BREAKING NEWS

Beza antara mandi sebelum khatan dengan mandi selepas khatan..


Sekarang ni musim cuti sekolah. Jadi ramailah yang mengambil kesempatan untuk mengkhatankan anak-anak lelaki masing-masing. Dah jadi seumpama tradisi, anak-anak kita ini akan dimandikan sebelum upacara khatan dilakukan. Selalunya, khidmat bomba digunakan untuk mencipta air hujan palsu bagi menyiram anak-anak ini semua.

Saya pernah bertanya kepada si tukang siram, apakah sebab upacara mandi sebelum berkhatan ini dilakukan. Jawapannya mudah saja, untuk mengelakkan anak-anak kita ni gemuruh dan untuk menghilangkan perasaan takut didalam jiwa anak-anak yang bakal dikhatankan.


Betul jugak kan jawapan tu. Budak-budak ni kan suka sangat main air. Tambah-tambah pula jika mereka boleh main air didalam jumlah yang ramai. Pastilah meriah dan hilang segala kebimbangan memikirkan bakal "disembelih" anunya oleh Tok Mudim selepas itu. Memang bijak sungguh orang kita berpsikologi.

Saya pun baru minggu lepas menghadiri satu upacara khatan beramai-ramai di daerah yang berdekatan. Bukan untuk menyertai anak-anak berkhatan, saya hadir cuma sebagai tetamu menemani anak buah yang "terpilih" untuk berkhatan bersama-rakan-rakannya. Memang meriah upacara mandi sebelum khatan ni, macam-macam gelagat ada..

Tapi hari ini, terkejut juga bila lihat orang-orang tua bangka "dimandikan selepas khatan" di ibunegara. Yang ini lain sikit sebab mereka bukan disiram oleh Bomba, tetapi pihak FRU yang menyumbangkan air kimia untuk mandikan mereka.

Gambar ni ehsan dari blog Gelombang Wangsa Maju...

Terfikir juga saya, kalau anak-anak kecil kita dimandikan untuk dikhatankan, apa hal pulak orang-rang tua bangka yang sudah lama berkhatan ini sampai terpaksa dimandikan? Mungkin sebab masa dulu khatan tak habis gamaknya? Tak pun saja gatal teringin nak mandi air pancut macam budak-budak?

Khabarnya, bukan sikit orang-orang tua yang dah berkhatan tu join upacara mandi di ibunegara tadi.., dekat seribu orang jugak lah.

Memalukan, patutnya hari-hari cuti hujung minggu macam ni, bawalah anak isteri pergi berkelah ke, makan angin ke, makan kenduri ke? Ni apa hal yang berhimpun semata-mata nak mandi air pancut FRU? Tak ada akal sungguh!

Inilah yang dikatakan ketaksuban berpolitik. Dah jadi macam agama pula politik tu sehingga ada manusia sanggup jadi "binatang" tunggangan. Apa yang dapat bila buat kerja tak ber"pahala" macam ni? Yang untung, hanya segelintir kepala-kepala partai diatas sana. Yang merana, hanyalah "kaldai-kaldai" beragama politik kepartian ditepi-tepi jalan ni semua.


p/s: Henti-hentikanlah buat kerja-kerja tak berfaedah nii...malu anak cucu tengok gelagat kita berpolitik macam orang hilang akal...

Alkisah penjual gelang sakti dan kencing sakti..

 Macam ni agaknya rupa gelang sakti...

Saya ada terbaca mengenai seorang artis yang membuat kekayaan dengan menjual "gelang sakti". Harga bagi gelang yang dijualnya ini pun bukannya murah, cecah ribu jugaklah kalau nak dapat satu. Tapi kalau ikut "kesaktian" dan khasiat gelang tu, memang ramai yang akan beli walaupun mahal.

Yang bagusnya, dah sampai tahap jutawan artis ni hanya dengan menjual "gelang sakti" tu saja. Baguslah kalau melayu pun dah boleh jadi jutawan dengan berniaga.

Tapi yang tak berapa seronoknya, ada pulak terdengar kisah artis ni menipu dalam penjualan gelang yang kononnya "sakti" tersebut. Harganya yang sebenar tak sampai pun seratus ringgit tapi dijual berkali ganda hanya dengan "topup" elemen "sakti" didalam pemasarannya. Jadi, yang "sakti" tu cuma tipu jelah, cuma gelang je yang betul.

Dunia ni dah akhir zaman gamaknya. Kalau tak menipu, dah tak sah dalam kehidupan. Ramai sungguh kaki kapur dan kaki putar alam sekarang ni. Dimana-mana saja kita boleh jumpa manusia spesis berukkera macam ni kalau kita tak bernasib baik.

Pada pandangan saya, yang paling banyak penipu dan juga kaki putar alam ialah didalam dunia perniagaan dan juga politik. Dalam bidang lain tu pun ada tetapi "kadang-kadang" saja kita jumpa. Saya sendiri pernah berniaga, dan sekarang lebih berminat didalam menganalisis politik. Mungkin sebab tu saya kata ramai kaki kapur dalam dua bidang ni.

Baik di pihak pemerintah, termasuklah pihak yang gila nak memerintah, bersepah-sepah pakar manipulasi yang hanya cari makan anak bini dengan "kencing atas kepala orang".Bagi puak-puak ni, dosa pahala ditolak ke tepi, halal haram belakang kira.., yang penting duit masyukkk. Lepas bohong, buat muka toya saja.

Semalam, ketika saya baca blog Flying Kick tulisan sahabat Cucu Tok Wan, saya dapat tahu kisah Pengerusi ANAK, si Mazlan Aliman yang nak buat demonstrasi besar-besaran tahun depan jika pihak pemerintah tak melayan kehendaknya. Bagi saya, inipun macam cerita jual "gelang sakti" juga. Bezanya Mazlan tak jual gelang.., dia cuma jual "air kencing".

Saya ada saudara yang telah menjadi peneroka FELDA sejak sekian lama di Jengka Pahang. Saya sedia maklum bahawa para peneroka FELDA sudah ada saluran untuk disuarakan masalah dalaman mereka iaitu JKKR yang menggabungkan suara peneroka dan pentadbiran Felda.

Peneroka sendiri mempunyai wakil ke GABUNGAN JKKR dan wakil gabungan pula berada di JKPP (Jawatankuasa Perunding Peneroka) yang sentiasa membincangkan suara akar umbi untuk diambil tindakan oleh pihak Felda dan Kerajaan.

Jadi, apa gunanya lagi ANAK dan Mazlan Aliman? Nampak tak bagaimana NGO seperti ANAK ni digunakan oleh Mazlan Aliman bagi "mengencing" para peneroka untuk karier politiknya?

Inilah yang saya katakan bahawa didalam politik banyak yang kaki kapur dan kaki putar. Salah satunya si Mazlan inilah. Sekarang ni dia paling champion jual kisah peneroka FELDA. Untuk apa? Nak jadi kaya lahh..., apa lagi!  Si Mazlan ni pun nak jadi jutawan macam artis yang jual gelang sakti tu jugak.


p/s: Nama saja wakil dari parti politik Islam, tapi dimana Islamnya pun tak tahulah.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online