Ini bukan awang import, lakonan dia je macam tuu...
Kalau sedikit masa dulu, kita dihebohkan dengan anak-anak gadis kita yang lari ikut lelaki Lombok. Tapi sekarang, perkara-perkara macam tu sudah jadi kebiasaan pada telinga rakyat negara ni. Siap ada satu kumpulan yang kerjanya bawak balik anak-anak yang dah tak dara tu dari negara luar untuk pulang ke Malaysia.
Dan yang terkini, anak-anak gadis "Ketuanan Melayu" ni dah mula beralih arah kepada "Awang Hitam" pula. Mungkin kerana awang hitam ni "lebih tegap, lebih sasa, lebih power dan lebih mantop" dari awang Lombok kot..
Sebenarnya dari pengamatan saya sendiri, anak-anak gadis "Ketuanan Melayu" sekarang ni tak berkira langsung dengan "barangan impot". Semuanya mereka terima dengan senang hati. Tak kiralah Bangla, Vietnam, Myanmar, Nepal, Indon, Pakistan, Awang Hitam ataupun Arab sekalipun.., semuanya boleh saja.
Apakah ini bermakna "barangan import" ni lebih berkualiti dari "produk tempatan"? Dan apakah anak-anak gadis "Ketuanan Melayu" telah mula pilih kasih dan melupakan ketuanan mereka?
Alasan yang selalu sangat kita dengar bila interview anak-anak gadis "Ketuanan Melayu" ni tentang mengapa mereka lebih suka barang import, jawapannya semua skema dan poyo saja. Kononnya "barang import" ni lebih "Loving, caring, reasonable dan matured". Humanghaiiii...malulah jantan-jantan "Ketuanan Melayu" semuaa...
Tapi, saya berani cakap bahawa ini semua salah Pak Menteri kita. Sebab apa? Sebab Pak Menteri kita suka sangat nak bandingkan segala macam hal didalam negara dengan apa yang ada di negara lain.
Sebagai contoh.., kalau petrol naik.., Pak Menteri kata kat Zimbabwe tu minyak lagi mahall. Kalau gula naik..., Pak Menteri jawab di Indon lagi tak cukup gula. Kalau Gas naik.., Pak Menteri kata ia lagi murah dari Nepal. Kalau beras naik, Pak Menteri kata rakyat patut tengok negara Bangladesh.
Jadi, macam mana saya tak kata ia bukan salah Pak Menteri? Ini lah yang menyebabkan semua anak-anak gadis "Ketuanan Melayu" kita ni selalu buat perbandingan diantara yang import dan tempatan.
Jantan-jantan "Ketuanan Melayu" semuanya ok dan terpelihara dari pengaruh anasir jahat Pak Menteri ni sebab mereka dikurniakan 9 akal. Pasal itulah cerdik sikit walaupun ada yang suka barang import juga.
Rasanya, Pak Menteri kita haruslah "bertaubat" dari buat perbandingan macam tu dimasa hadapan. Selain dari untuk mengelakkan rakyat makin meluat dan berbulu telinga mendengarnya, ia juga amat bermanfaat demi masa depan anak-anak gadis "Ketuanan Melayu" kita.
Nak naikkan harga petrol atau apa sekalipun.., naiklahhhh, tapi tolong jangan buat perbandingan dengan "negara-negara maju" di luar sana. Ia telah terbukti menjadi ikutan anak-anak gadis "Ketuanan Melayu" kita.
p/s: Bagus sangat ke "barang impot" ni? Bukan semuanya "segagah" seperti yang disangkakan...Tipu je lebih..


