BREAKING NEWS

Wowww....Proton lancarkan kereta konsep 5 pahlawan Melayu..

Proton Tuah - Persona Replacement.

Hebat!! Walaupun ini hanya pelancaran kereta konsep dari Proton, tapi ia cukup membuatkan hati saya rasa amat berbangga menjadi salah seorang rakyat Malaysia. Tambah-tambah pula bila kereta-kereta ni menggunakan nama 5 pahlawan Melayu lama iaitu Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi.

Saya lihat, Proton melangkah setapak lagi kedepan apabila memperkenalkan kereta konsep ini dengan menggunakan nama yang mempunyai kaitan dengan sejarah kesultanan Melayu. Selain berbisnes, Proton nampaknya tak lupa untuk memartabatkan sejarah bangsa dimata dunia. Tahniah!

Proton Jebat - Inspira Upgraded.

Khabarnya, semua kereta konsep ini akan dikomersialkan dalam negara secara berperingkat bagi menggantikan model sedia ada pada tahun 2012 nanti.

Saya yakin, jika Proton berusaha untuk menjadikan kesemua model ini sebagai kereta rakyat yang dijual bawah paras 90K, produk keluaran Proton akan sekali lagi menjadi kegilaan ramai dan juga pilihan utama rakyat negara.

Proton Lekir - Satria GTI Replacement.

Ini akan mengulangi kegemilangan model SAGA yang dilancarkan pada tahun 1985 dimana pada ketika itu berjaya membuatkan semua orang berbangga menjadi rakyat Malaysia termasuklah saya.

Mesti lepas ni akan ada manusia-manusia dengki dan tak puas hati yang akan mengkritik serta menghentam Proton habis-habisan, kononnya Proton tak mempunyai imej sendiri dan hanya tiru design orang. Siapa yang cakap macam ni sebenarnya adalah manusia yang tak tahu apa-apa. Tiada langsung semangat patriotik cintakan barangan buatan negara sendiri.

Proton Lekiu - Exora Replacement.

Mereka-mereka yang hanya tahu mengkritik ini saya anggap seumpama manusia dari golongan kurang upaya. Mereka-mereka semua kurang upaya untuk berfikir dan juga menerima segala kebaikan untuk negara. Kira macam mentaliti pembangkanglah kalau ditafsir melalui politik negara.

Kalau diingat balik, siapa sangka Proton akan berjaya sampai ketahap macam ni? Dulu masa Proton diumumkan akan dibina bagi menghasilkan kereta mampu milik rakyat Malaysia, ramai juga yang mengkritik Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu.

Proton Kasturi - Saga BLM Upgraded.

Alasan yang paling tak boleh blah yang saya ingat dari puak pembangkang masa tu ialah, "buat apa nak buat kereta Malaysia, tu kereta jepun dengan orang putih berlambak siapa nak naik?"

Tapi sekarang ni selepas 26 tahun Proton wujud, puak-puak tu jugalah yang berebut-rebut pakai Proton. Memang jenis tak tahu malu kann..? Siap ada yang lekat sticker bulan, roket dan mata lagi kat kereta Proton dorang. Macam gampang!

Apapun, saya merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada Tun Mahathir kerana beliau memang banyak berjasa kepada rakyat Malaysia melalui Proton. Saya sendiri dah guna beberapa model Proton. Biarlah orang nak kutuk apapun, saya tetap berbangga dengan Proton.

Proton for life!! Bravooo Proton !!!! Wohaaa..!!!


p/s:Ingat Proton.., ingat Tun Mahathir..

PANASS!!! Cerita tentang Ladies Night PKR..


Ini ada satu cerita menarik yang ingin saya kongsikan bersama semua. Semalam, ada seorang sahabat dari PKR memberitahu saya bahawa betapa meriahnya "Ladies Night" yang dianjurkan oleh Wanita PKR cabang Shah Alam pada 20 November lalu.

Wahh...dah ada Ladies Night lah pula didalam PKR. Dah pandai Clubbing & Happening nampaknya para wanita dalam parti Anwar ni rupanya. Ini sudah kira advance..

Mungkin ia hasil dari ajaran Elizabeth Wong yang mendapat undi tertinggi bagi kerusi yang ditandinginya dalam pemilihan PKR. Eli ni sudah tentu pandai dalam bab-bab macam ni. Seks bebas pun dia buat selamber je kann..inikan pula clubbing. Sosial lah katakan..

Mesti ada yang tertanya-tanya, menatang apakah Ladies Night ni? Bagi yang tinggal di hutan batu, tentu dah familiar dengan istilah Ladies Night. Kalau yang masih tinggal berdekatan hutan rimba tu, mungkin mereka anggap Ladies Night ni sama dengan malam jumaat yang famous tu.


Sebenarnya, Ladies Night yang dianjurkan oleh Wanita PKR cabang Shah Alam ni adalah Majlis yang dikhaskan hanya untuk wanita PKR sahaja. Selalunya, Ladies Night dibuat di club-club malam sambil diiringi dengan muzik rancak serta tari menari.

 Tapi tak tahulah pula dengan Ladies Night yang dianjurkan oleh Wanita PKR ni. Kena tanya Zuraidah lah kalau nak tahu lebih detail.

Saya tak pernah pergi ke majlis macam ni. Saya tak bersosial macam sesetengah warlord dan elitis UMNO yang kerjanya berziarah ke kelab-kelab malam seminggu sekali. Jadi, saya hanya mendapat makluman mengenai Majlis macam ni didalam ruang siber ataupun YouTube saja. Lagipun, manalah saya mampu nak bayar air Coke sampai RM18.30 segelas, baik saya beli beras 5 kilo dengan duit sebanyak tu.

So, kepada sesiapa yang nak sedikit gambaran mengenai Ladies Night ni, sila tengok video klip dibawah.. Peringatan, video ni bukan majlis yang dianjurkan oleh Wanita PKR tau. Ia cuma gambaran saja mengenai apa yang dikatakan Ladies Night tersebut dari apa yang saya tahu.

Jangan pula ada penjumud politik tuduh saya buat fitnah pula. Ingat saya tak ada kerja lain ke nak buat fitnah hari-hari? Nak berblog ni pun tak dibayar, apa lagi nak tambah dosa free.




p/s: Cuba bayangkan Eli dan Zuraidah menari macam tu...mau muntah hijau para penonton...

Edisi Seram!! Hantu Raya diperlukan di P.Pinang...

Sekadar gambar hiasan...

Siapa pernah baca cerita tentang hantu raya? Atau siapa yang pernah jumpa dengan hantu raya? Saya selalu juga baca cerita tentang hantu spesis ni, tapi saya sendiri tak pernah jumpa dan memang tak teringin untuk jumpa pun.

Zaman sekarang ni, agak susah untuk kita dengar cerita-cerita tentang hantu jenis ni. Dulu lainlah sebab hantu ni dikhabarkan banyak terdapat dikampung-kampung. Mungkin kerana banyak kampung yang dah dinaik taraf kepada taman, maka bertempiaranlah lari suku sakat hantu ni ke dalam hutan..

Apa yang saya tahu, hantu raya ni dulu orang bela buat jaga harta dan juga tanah milik sendiri. Ada juga yang terpaksa bela kerana diwarisi dari tok nenek moyang masing-masing.

Namun didalam kes waris ni, boleh saja dibuang hakmilik tersebut dengan bantuan sang paranormal..., bukan uncle seekers ye sebab dia hanya minat kepada permaisuri saja, hantu raya dia tak minat.

Jadi masa dulu, selamatlah tanah-tanah serta harta milik orang melayu yang menyimpan hantu raya ni.

Siapa yang berani ceroboh, alamat nahas lah. Menurut empunya cerita, ada yang terpaksa berenang diatas tanah, ada yang tak jumpa jalan keluar, dan yang paling teruk..ada yang dipulas telornya oleh hantu ni kalau orang luar berniat untuk membuat onar di kawasan yang diamanahkan oleh tuannya.

Gila power jugak hantu raya ni ye. Kalau upah Bangla atau Myanmar jadi security guard pun tak boleh lawan ke"efisyen"an khidmat hantu raya ni. Yang paling best, tak payah bayar gaji..bagi telur ayam pun dah cukup.

Memikirkan hal keberkesanan hantu raya yang jaga kampung ni, saya rasa elok penduduk-penduduk kampung tradisional di P.Pinang upah makhluk Allah ni jaga kawasan mereka dari ancaman Lim Guan Eng serta DAP.

Mesti susah apek melaka dengan team komunis dia tu nak rampas kampung-kampung tradisional melayu di P.Pinang kalau ia dijaga oleh hantu raya. Maka, dengan adanya hantu ni, terselamatlah Kampung Genting, Kampung Pokok Assam, Kampung Tengah, dan juga Kampung Binjai.

Saya kesian bila melihat penduduk-penduduk kampung melayu ni semua merayu-rayu agar tanah mereka tak dirampas oleh kerajaan DAP P.Pinang. Kalau ya pun nak ambil untuk pembangunan, sediakanlah ganti atau pampasan yang berpatutan.

Apakah cukup hanya sediakan pampasan RM10 ribu bagi setiap rumah di Kampung Pokok Assam? Kalau dalam sebuah rumah ada tiga keluarga, nak dapat berapa sangatlah kalau 10k tu dibahagikan? Dengar kata Lim Guan Eng tu bekas akauntan.., takkan perkiraan macam ni pun dia tak tahu? Sijil beli gamaknya kot..?

So, mungkin dapatkan bantuan hantu raya adalah alternatif terbaik buat penduduk-penduduk kampung tradisional P.Pinang untuk melawan Guan Eng dan gerombolan DAP. Nak harapkan UMNO pun susah sebab kebanyakan warlordnya tinggal di Kuala Lumpur.

PAS dengan PKR? Jangan haraplah sebab pemimpin-pemimpin parti politik tu dah "dihantu rayakan" bagi menjaga harta dan tanah gerombolan DAP dan Lim Guan Eng di P.Pinang!


p/s: Percaya kepada kekuasaan hantu dan mohon bantuan kepada sesama makhluk selain Allah adalah salah disisi agama....Tapi kalau taksub serta wala" kepada wali selipar tak apa...dapat pahala...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online