BREAKING NEWS

Edisi 18SX!! Artis lucah vs Ahli politik telanjang...


Telanjang bermaksud, tak pakai sebarang pakaian. Tapi kalau berpakaian yang jelas menunjukkan setiap bentuk tubuh badan, itu juga termasuk didalam kategori telanjang. Telanjang juga kita boleh maksudkan tanpa surat benang. Maknanya badan yang kosong dari ditutupi sebarang fabrik atau apapun elemen sebagai pelindung kemaluan.

Didalam satu blog hiburan, ada seorang artis berbangsa melayu di Tanah Melayu ini amat bangga berposing sambil "telanjang". Mungkin dia suka untuk berkongsi khazanah dirinya dengan rakyat Malaysia. Sebab itulah dia pakai macam nak tak nak saja.

Kalau artis melayu ni ditakdirkan menjadi warganegara negeri mat salleh, confirm rasanya dia betul-betul telanjang. Nasib baiklah dia masih di Malaysia, itu yang dibiarkan tinggal sikit je pakaian di badannya. Mungkin sebagai menghormati status negara ini sebagai negara Islam.

Peliknya, didalam isu macam ni, kemana hilang suara ahli politik yang menjaga bidang penyiaran dan dunia artis tanahair? Mana batang hidung pemimpin-pemimpin parti yang amat galak bercakap pasal nak mendaulatkan islam didalam negara?

Agaknya ahli-ahli politik ini pun termasuk dalam kategori manusia yang suka melihat kepada unsur-unsur telanjang. Ataupun,  sengaja mereka tak mahu bercakap kerana perkara ini tak berbaloi untuk mileage politik cap ayam mereka.

Saya terfikir, kenapa pemimpin politik kita perlu menjadi "bias" didalam sesetengah isu? Semalam saya terbaca mengenai Nizar Jamaludin yang minta supaya isteri Perdana Menteri menutup aurat. Teringin juga saya nak dengar komen Nizar tentang pemakaian artis melayu sorang ni.

Saya tak membela Rosmah kerana dia tak pakai tudung, saya juga tak suka dia tak pakai tudung, lagipun bukannya elok berambut gondrong macam tu. Tapi siapakah Nizar nak menasihatkan Rosmah? Nizar bukan suaminya, ataupun abang kepada Rosmah. Nizar hanya manusia kecil dari Perak yang kadang-kadang boleh menjelma menjadi kuda kepada DAP.

Nik Aziz sekalipun takkan boleh menasihati Rosmah. Kerana apa? Kerana Nik Aziz mengamalkan pilih kasih. Sebab apa saya kata Musyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan tu pilih kasih? Sebab dia tak langsung menasihatkan Raja Perempuan Kelantan sebelum ni pakai tudung. Jadi macam mana nak suruh Rosmah bertudung pula?

Saya "tabik" kepada keluarga Anwar didalam bab menjaga aurat. Manis saja bila tengok Nurul bertudung. Tapi malangnya, Anwar pula yang bikin spoil. Dalam keluarga dia elok menjaga aurat, dia pula yang sibuk nak menceroboh aurat jantan lain. Aurat belakang pulak tu..

Berbalik kepada isu artis "telanjang" ni tadi, sepatutnya isu ni tak timbul jika Menteri politik yang ditugaskan untuk jaga bab hiburan ni buat kerja. Mana garis panduan untuk artis berpakaian? Mana etika yang wajib artis ikut kalau nak cari makan dalam bidang hiburan ni? Takkan Pak Menteri kita yang sorang ni pun makan gaji buta juga?

Menteri politik yang jaga agama mana? Mufti negeri takkan nak tunggu orang interview? Pemimpin parti yang jadi pemilik syurga takkan tak mahu nak bersuara? Semua pemimpin-pemimpin politik yang kononnya nak jaga agama, bangsa dan negara, takkan nak diam saja? Sepatutnya pemimpin lah yang memimpin rakyat, bukannya pilih isu yang boleh mahsyukk dan bagi mileage politik saja.


Kalau artis tu ibarat dah telanjang tanpa cukup pakaian, ahli-ahli politik didalam negara ini juga telanjang, bukan tanpa pakaian..tetapi tanpa cukup akal. Nak jadi pemimpin tapi tak tahu bagaimana nak memimpin. Nakkan negara Islam tapi tak tahu apa maksud negara Islam yang sebenar.

Jadi apa persamaan diantara artis lucah ni dengan ahli politik telanjang? Persamaanya cuma satu..., dua-dua tak mampu berfikir dengan rasional!

p/s: Naik ngeri tengok kepala lutut artis ni...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online