BREAKING NEWS

Anak murid Nik Aziz dari Sepanyol...


Saya terbaca mengenai seorang wanita dari sebuah tempat yang bernama Galicia di Sepanyol yang menyatakan bahawa matahari adalah hak miliknya. Yang hebatnya, wanita ni juga dah mendaftarkan namanya siap dengan dokumen pemilikan matahari tersebut.

Lepas ni khabarnya, wanita yang bernama Angeles Duran ni nak caj sesiapa saja yang menggunakan cahaya matahari. Tetapi katanya, dia akan ambil hanya 10% dari jumlah kutipan caj tersebut kerana dia nak bahagi-bahagikan selebihnya untuk pelbagai pihak di negaranya.

Nasib baiklah wanita ni menetap di Sepanyol. Kalau dia tahu bahawa di Malaysia ada syurga dan neraka yang boleh dijadikan hak ekslusif, mesti besok juga dia naik penerbangan pertama untuk menetap disini.

Di Malaysia, hak ekslusif syurga dan neraka hanya dimiliki oleh parti politik PAS yang berlambangkan bulan. Sebab itulah didalam setiap pilihanraya 4 tahun sekali, akan diwar-warkan bahawa kalau pengundi pangkah PAS, akan diberi ganjaran syurga dan pahala.

Kalau pangkah gambar dacing pula akan masuk neraka. Mudah sungguh "binatang-binatang politik" ni buat kesimpulan. Macam mana mereka tahu siapa boleh ke syurga atau neraka? Sebab itulah saya katakan bahawa dua elemen tu adalah hak milik ekslusif parti politik PAS.

Dan yang paling lawaknya, tukang-tukang pangkah waktu pilihanraya tu semua yang mengharapkan dapat syurga dan pahala hanya dengan satu pangkah, dah gerenti ke terjamin "pelaburan" mereka?

Patutnya kena minta surat warranti dulu dari "binatang-binatang politik" yang janjikan semua tu. Tak pun, tunjukkan dulu geran hak milik syurga dan sign dari penjaga pahala. Lepas itu baru lah pangkah.

Saya nak sarankan sesuatu kepada Nik Aziz ataupun pemimpin-pemimpin politik PAS. Adalah lebih baik cepat-cepat pergi daftarkan hak milik bulan dan dapatkan sekali dokumen pemilikannya di Malaysia.

Bukan apa, takut nanti ada pula  manusia lain yang terlebih dulu daftarkan hak milik "menatang" bulan tu, tak pasal-pasal saja parti politik PAS kena bayar royalti bila pakai bendera cap bulan lepas ni..


p/s: Kalau kena bayar royalti pun tak apa.., PAS dah kaya sebab jual tiket ke syurga..

Edisi 18SG!!! Jangan makan gaji buta...DBKL patut disaman.

Gambar2 tempat kejadian ehsan dari Bro Sham di Ondscene blog

Walaupun sedikit terlewat, saya ingin merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga Arwah Mohd Helmi Hussin yang maut dalam kemalangan melibatkan sebatang pokok reput yang tumbang di Persiaran Maybank, Jalan Raja Chulan Kuala Lumpur.

Saya tak menafikan bahawa ajal maut itu ditangan tuhan, tetapi kita sebagai manusia, dikurniakan akal untuk berusaha menghindarkan segala kemungkinan bencana yang terzahir di depan mata.

Berkenaan dengan kemalangan yang menimpa arwah Mohd Helmi, saya terpanggil untuk menyeru semua kakitangan pihak-pihak yang berwajib khususnya pihak Majlis Bandaran untuk memantau dengan lebih teliti persekitaran kawasan jagaan mereka.


Saya lihat, tunggul pokok reput yang tumbang menimpa arwah sepatutnya telah lama dialihkan jika pihak DBKL menyelenggara landskap kawasan mereka dengan sempurna.

Mengapa tunggul mati ini dibiarkan sehingga reput dan membahayakan penunggang yang lalu lalang di tepi jalan tersebut? Apakah pihak DBKL terlepas pandang ataupun memang makan gaji buta?

Saya pernah menetap di Kuala Lumpur, dan apa yang saya dapat lihat, pihak-pihak ini hanya cekap didalam satu bab sahaja iaitu saman parking. Tak dinafikan di P.Pinang ini juga sama keadaannya dengan pihak Majlis Perbandarannya.


Tahulah bahawa saman parking adalah penyumbang utama pendapatan pihak tersebut, tapi janganlah sampai membiarkan perkara lain yang lebih penting sehingga menyebabkan nyawa manusia terkorban.

Alangkah baiknya jika kerajaan mewartakan bahawa saman parking ini hanya boleh dikeluarkan oleh Polis ataupun badan penguatkuasa jalan sahaja. Jadi tak perlulah puak-puak Majlis Bandaran ni terkejar-kejar untuk menyelitkan kertas saman di cermin kereta yang tak berkupon dan tak bayar meter parking.

Berbalik kepada kisah tunggul reput di jalan Raja Chulan tadi, saya mendapat makluman bahawa aduan dari orang ramai telahpun dibuat kepada pihak DBKL, tetapi malangnya tindakan susulan tak juga ada. Inilah sebab saya kata pihak-pihak terbabit jangan makan gaji buta.


Saya berharap keluarga arwah Mohd Helmi menyaman pihak-pihak berkuasa yang bertanggung jawab didalam hal ini. Bukannya kerana kita tamakkan wang ringgit. Dan wang ringgit juga sudah tentu tak mampu mengembalikan orang yang kita sayangi.

Tetapi, adakalanya puak-puak ini harus disedarkan. Segala aduan yang kita ajukan kepada mereka, hanya ibarat pahat dengan penukul. Sekali ketuk..., sekali jalan. Tak ketuk...alamat makan gaji butalah mereka.

Jadi, samanlah mereka untuk menyedarkan puak-puak ini bahawa tanggungjawab mereka perlu dijalankan dengan sempurna kerana ia membabitkan keselamatan rakyat. Kalau boleh tu, saman biar beratus juta biar terbeliak mata si Pengarahnya.

Apa nak heran, kalau "binatang-binatang politik" dalam negara boleh main saman beratus juta, kita sebagai rakyat pun boleh juga. Jangan beri muka terhadap pihak yang tak amanah kepada tanggungjawab mereka.



p/s: Jangan lupa saman Datuk Bandar sekali dalam kes ni...

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online