Sebelum ini, cadangan mewujudkan Hub Hiburan Malam oleh kerajaan Barisan Nasional dibantah habis-habisan oleh pengikut-pengikut Pakatan Rakyat khususnya PAS. Mereka beralasan bahawa hiburan malam akan menambahkan maksiat didalam negara dan juga meningkatkan gejala sosial dikalangan generasi muda.
Yang paling lantang menghentam pihak kerajaan tentunya kerajaan Khalifah Lim di P.Pinang. Sebab itulah kebanyakan pengikut PAS amat menyanjungi Lim GE yang dikatakan memerintah negeri seperti Khalifah Agung Islam, Umar Al-Khattab r.a.
Tapi tahukah anda bahawa Lim Guan Eng hanya pandai berlakon bagi menipu umat Islam di negara ini dengan imej Khalifah Umar nya. Tahun lepas sahaja sebanyak 96 lesen premis rumah urut dan 1,376 lesen hiburan awam diluluskan di seluruh Pulau Pinang.
Realitinya, dibawah pentadbiran Lim Guan Eng kini, P.Pinang sudah menjadi setanding dengan Thailand didalam bab hiburan malamnya. Tak percaya?? Lihatlah sendiri video dibawah yang dirakamkan di Mois Bristro P.Pinang.
p/s: Mana exco agama Malik Kassim, Salleh Man dan juga Mujahid Rawa...Tolong komen sikit....
Selepas Nik Aziz diangkat dan dipuja laksana wali hidup dan juga karamah agung oleh para pengikut PAS, kini giliran Anwar Ibrahim pula menerima penganugerahan darjat yang sama dikalangan pengikut PKR.
Kata-kata Wan Azizah yang mendakwa bahawa Anwar adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai kepada rakyat Malaysia, turut diSAHkan oleh Nik Aziz yang menjawat jawatan Mursyidul AM PAS yang tarafnya sama seperti jawatan Ketua Umum didalam PKR.
Malah, Nik Aziz juga turut menyifatkan Anwar sebagai seorang pemimpin yang kental menghadapi semua cabaran didalam menentang kezaliman UMNO dan Barisan Nasional.
Selepas ini, ramailah dikalangan pengikut PAS yang akan lebih taksub kepada Anwar Ibrahim dengan kenyataan pengesahan dari "Tok Guru" mereka ini. Ingat lagi bagaimana Guan Eng "dimahsyurkan" dengan gelaran Khalifah? Itu adalah jasa Nik Aziz kepada DAP yang tak mampu dibayangkan oleh seantero umat Islam di Tanah Melayu ini.
Mana pernah ada seorang kafir yang tak berminat kepada Islam dan juga langsung tak menunjukkan kecenderungan kepada Islam diangkat martabatnya setaraf dengan sahabat Nabi iaitu Umar Al Khattab r.a? Tapi itulah yang dilakukan oleh Nik Aziz serta gerombolan PAS di negara ini.
Dan kini giliran Anwar Ibrahim yang sedang menghadapi pertuduhan hubungan sonsang sesama lelaki di mahkamah, dan juga pakar nombor wahid penjualan janji-janji kosong kepada rakyat, diangkat sebagai pemimpin anugerah tuhan kepada rakyat oleh Nik Aziz. Tak ke pelik semua benda ini?
Kalau Wan Azizah nak puji suaminya sendiri sebagai apa sekalipun, itu kita boleh faham kerana mungkin Wan Azizah mahu menjadi seorang isteri yang baik kepada Anwar. Tetapi apabila Nik Aziz mengesahkan pujian "Anugerah Tuhan" ini kepada Anwar.., apa yang Nik Aziz maksudkan sebenarnya?
Apakah Nik Aziz mahu sekali lagi menyelewengkan pemikiran umat Islam di Malaysia dengan memaksa mereka menerima Anwar Ibrahim sebagai insan pilihan Tuhan yang wajar dijadikan pemimpin negara Malaysia? Apakah Nik Aziz mahu umat Islam di Malaysia mengamalkan "pendewaan" sesama manusia pula?
Nik Aziz ternyata amat suka kepada hal-hal yang mengarut sebegini. Inikah yang dikatakan oleh pengikut PAS sebagai Tok Guru yang mempunyai ciri-ciri ulamak pewaris nabi?
Wan Azizah bertanya apakah rahsia sebenar sehingga beliau tetap kental sehingga ke hari ini.
“Jawapan saya adalah Saudara Anwar Ibrahim adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat.
“Jika beliau insan biasa seperti kita, sudah lama mengundur dan tenggelam di celah segala cabaran dan gelora yang berlalu,” kata beliau. - Harakah.
p/s: Semua manusia adalah anugerah tuhan di muka bumi ni...bukan anwar sorang saja...
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik, (Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan, (Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Pensyarah ketuai projek patukan ular
-
SEORANG penyelidik kelahiran Malaysia kini mengetuai projek antarabangsa
untuk menyelamatkan nyawa beribu-ribu orang yang mati setiap tahun akibat
patukan ...
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
-
MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan,
rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai
Komuniti...