Memang syahdu.., cukup menyayat hati..., mungkin itulah perasaan pengikut PAS ini ketika menghasilkan sajak buat idolanya iaitu Khalifah Lim Guan Eng.
Malah lebih syahdu lagi apabila Lim Guan Eng disamakannya pula dengan Obama Presiden Amerika. Mesti Lim Guan Eng akan meleleh air hingus akibat terlampau sebak apabila begini hebatnya penghargaan yang diberikan oleh pangikut tegar PAS Ini.
Apa hebatnya Lim Guan Eng yang berfahaman DAP ini dimata pengikut PAS? Apa yang dibuat oleh Khalifah kafir ini sehingga Zakaria sanggup berdoa untuknya?
Di mata saya, hebat Guan Eng cuma satu yang menjadi kebanggaan PAS, iaitu menentang UMNO dan pemimpin-pemimpin melayu/Islam negara. Inilah yang amat disanjung oleh pengikut PAS sekalian.
Bak kata Nik Aziz, Syaitan yang dilaknat pun sanggup dijadikan kawan jika menentang UMNO. Inilah yang menjadi pegangan mereka selama ini.
Mungkin selepas ini, jika binatang babi mampu menunjukkan kebenciannya terhadap UMNO, ia pastinya akan disamak untuk "dihalalkan" malah mungkin dijadikan maskot bagi puak-puak PAS!
Lim Guan Eng Ketua Menteri
Obama Presiden
Lim Guan Eng di Pulau Pinang
Obama di Amerika
Mereka orang nombor satu
Nombor satu di negeri
Nombor satu di negara
Zakaria doakan Lim Guan Eng
Sarah Omar doakan Obama
Siapa pun Lim Guan Eng
Siapa pun Obama
Siapa pun Zakaria
Siapa pun Sarah
Pendengar doa mereka
Adalah
ALLAH YANG MAHA ESA
Ya Allah...
Doa kami bersama doa mereka
p/s: Sayang sungguh puak-puak karat hijau ni kat Guan Eng..
Pemimpin-pemimpin UMNO kebanyakannya mendekatkan diri dengan Persatuan-persatuan Silat di seluruh negara. Malah baru-baru ini, TS Muhyidin sendiri dianugerahkan gelaran Ulul Amri Keempat Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM).
Tetapi, itu bagi pemimpin-pemimpin yang benar-benar melayu. Bagaimana pula dengan pemimpin yang tak bangga jadi melayu? Seni mempertahankan diri apakah yang menjadi pilihannya?
Tak tahulah bagi pemimpin lain, tetapi Nik Aziz yang sebelum ini mengaku tak berbangga dengan status melayunya, lebih cenderung kepada seni beladiri kungfu Shaolin.
Mungkin apabila Nik Aziz melihat gaya kungfu Shaolin ini, dia tak perlu lagi memikirkan untuk berbangga dengan bangsa keturunannya sendiri.
Mungkin dimata Nik Aziz, kungfu Shaolin ini lebih hebat dari Silat Melayu seperti Gayung, Cekak, Lincah dan pelbagai lagi. Sebab itulah dia tak bangga dengan melayu gamaknya...
*Kredit to Effa Rania.
p/s: Anwar pulak suka seni mempertahankan diri jenis apa yee..?
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.