Kejayaan Felda mengeluarkan rakyat daripada arus kemiskinan terus mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila ditawarkan bekerjasama untuk membuat penerokaan tanah di negara Laos.
Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Noor berkata, Presiden Laos Choummaly Sayasone menyatakan rasa kagum terhadap keberkesanan Felda dan berhasrat bekerjasama bagi membangunkan tanah di Laos ketika melakukan lawatan ke Wisma Felda.
"Presiden Laos telah menyatakan senang hatinya setelah mendapat maklumat tentang Felda dan beliau sangat teruja dengan kejayaan Felda sejak dari awal penubuhannya sehingga kini hinggakan menyatakan keinginan beliau untuk bertukar pengalaman dan kepakaran antara pegawai dari negara itu dengan Felda mengenai pembangunan tanah.
"Beliau berminat untuk mengambil pengalaman Felda menghadapi kesulitan di peringkat awal (penubuhan) iaitu pada 10 tahun pertama dan bagaimana Felda berjaya melepasi period kesulitan itu," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan delegasi Laos di pejabatnya di Kuala Lumpur.
Mohd Yusof berkata pelawaan tersebut tepat pada masanya kerana Felda kini melihat potensi untuk memperluaskan perladangan getah berdasarkan permintaan dan harga yang tinggi terhadap barangan komoditi itu.
Katanya setakat ini Felda hanya mempunyai 10 peratus tanah yang ditanam getah berbanding 90 peratus penanaman kelapa sawit di lebih 800,000 hektar tanah yang diusahakan di 317 Rancangan Tanah Felda di seluruh negara.
Menurutnya sebagai permulaan kerjasama, Felda akan menghantar pegawai teknikal ke Laos bagi mengkaji potensi terutamanya daripada aspek kesesuaian tanah khususnya penanaman getah sejurus kepulangan Presiden Choummaly ke negaranya.
Beliau berkata peruntukan bagi penerokaan di Laos tidak menjadi masalah kerana Felda memiliki aset kira-kira RM17 bilion sekiranya didapati sesuatu pelaburan itu mampu membawa kebaikan kepada Felda.
Terdahulu, Mohd Yusof serta pihak pengurusan Felda menerima kunjungan Presiden Laos yang tiba di perkarangan Wisma Felda dengan diiringi tujuh menteri Kabinet dan pegawai kanan pentadbirannya.
Rombongan itu kemudiannya diberi taklimat ringkas mengenai pembangunan Felda oleh Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abdul Wahab selain dibawa melawat ke balai sejarah Felda dan kedai produk usahawan Felda di bangunan tersebut selama dua jam.
Choummaly dan rombongannya berada di Malaysia sempena lawatan rasmi selama dua hari bermula semalam.
--Bernama
p/s: Mazlan Aliman dan gengnya mesti meroyan tak kira bila baca tentang pujian terhadap FELDA ni...
Beberapa kain rentang 'Kami tak nak wang judi' berlambangkan PAS dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah digantung di beberapa lokasi sekitar negeri ini. Terdapat juga banner yang bertulis 'Kami Pemuda Membantah Kerajaan Negeri Lulus 96 lesen Judi, Lesen Permis Rumah Urut 1,367. Hiburan Awam'.
Tak dapat dipastikan siapa yang bertanggungjawab menghasilkan banner-banner ini tetapi pihak PAS dengan pantas menuduh UMNO/BN yang menjadi dalang disebaliknya.
Pihak PAS juga dengan segera menugaskan jenteranya untuk menurunkan banner-banner tersebut sebelum ia dilihat oleh masyarakat sekitar P.Pinang.
Ini dipercayai bagi mengelakkan timbulnya persepsi buruk terhadap imej PAS kerana banner tersebut memppunyai lambang parti mereka.
Ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa, kain rentang ini dihasilkan oleh para penyokong PAS yang tak setuju dengan pemberian duit hasil judi kuda kepada warga emas.
Mereka ini dikatakan telah berkerjasama dengan NGO bebas di P.Pinang bagi menyatakan pendirian sebenar PAS terhadap penolakan terhadap wang judi sepertimana yang diberikan oleh keraJaan negeri DAP.
Jika benarlah ahli PAS sendiri yang membuat banner-banner tersebut, ia merupakan tindakan yang harus kita puji kerana ia melambangkan bahawa PAS amat komited didalam menolak sebarang unsur judi didalam negeri.
PAS dari awal lagi sepatutnya menasihatkan kerajaan DAP negeri tentang wang yang halal untuk disalurkan kepada umat Islam negeri P.Pinang, bukannya hanya mengangguk setuju dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan kafir tersebut.
Tapi masalahnya, beranikah PAS mengakui bahawa banner-banner ini adalah hasil karya ahli-ahli mereka? Beranikah Salleh Man angkat muka dihadapan Khalifah Lim Guan Eng?
p/s: Didalam PAS semuanya halal..
Saya pernah menulis artikel yang menyentuh tentang kemewahan Nik Aziz sewaktu di Tanah Suci Mekah
(baca sini). Ekoran dari artikel tersebut, saya banyak menerima kecaman dari pengikut PAS kerana dikatakan menghina Tuan Guru mereka.
Tetapi menariknya, saya diberitahu mengenai ada ramai juga pengikut PAS yang malu dengan gambar-gambar yang menunjukkan kemewahan Mursyidul Am mereka semasa menunaikan Haji tersebut.
Cuba baca komen seorang jemaah PAS ini yang dihantar kepada anak Nik Aziz sendiri iaitu Nik Abduh..,
Salam tuan.
Tuan lebih maklum tentang kewajipan menunaikan Rukun Islam kelima ini. Namun apa yang saya ingin perkatakan di sini ialah bagaimana ‘wajah’ sebenar pemimpin Islam yang berpura-pura bersederhana, berjimat cermat, hanya melakukan perkara yang sangat berfaedah dan menitiskan ‘air mata’ demi memperjuangkan Islam sebenar dan melawan parti yang dianggap sekular olehnya.
Berapakah kos sebenar bagi melaksanakan ‘Haji’ seorang MB di sebuah negeri yang paling betul melaksanakan gaya kepimpinan seorang Nabi ini?
Bukankah jumlah itu boleh membiayai 5 orang Islam atau lebih melengkapkan kesemua lima rukun Islam tersebut? Inilah yang dikatakan cakap tidak serupa bikin.
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda bahawa : “Aku bimbang ke atas kamu orang-orang yang lebih dahsyat dari dajjal”, bila ditanya siapakah mereka itu? jawab baginda, “Ulama Sukk”
Dalam sebuah hadis yang lain: “Sesungguhnya perumpamaan orang munafiq yang membaca Quran adalah sebagai pohon kemangi, baunya wangi tetapi rasanya adalah pahit”. Maksud hadis ini iaitu sesiapa yang berpura-pura adalah walaupun luaran begitu cantik, tetapi dalamnya adalah begitu jijik dan kotor, berwaspadalah terhadap orang-orang yang berpura-pura tahu, tetapi sebenarnya apa yang keluar dari mulutnya adalah cakap kosong sahaja.
Sesungguhnya Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus. Firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 175: “..dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang Kami berikan keterangan-keterangan Kami kepadanya, lalu dibuangkannya. Sebab itu mereka didatangi oleh syaitan, dan syaitan itu termasuk dalam golongan yang sesat”
Bukankah jemaah PAS ini juga ragu-ragu tentang matlamat sebenar Nik Aziz bermewah di Mekah? Dan bukankah jemaah PAS ini mempertikaikan kerakusan Nik Aziz duduk di Hotel bertaraf 5 star?
Malangnya, pertanyaan secara baik yang dikemukakan oleh jemaah PAS ini dijawab dengan agak kurang matang oleh Nik Abduh. Dia bukan sahaja membela ayahnya bermewah di Mekah malah menghina jemaah haji lain dari Malaysia yang mengambil pakej murah.
Bacalah sendiri apa yang ditulis oleh anak kepada Mursyidul Am PAS ini...,
Dua tahun lepas saya dan isteri menunaikan haji. Saya mengambil pakej murah sekitar 10 ribu ringgit lebih. Saya terpaksa terpisah daripada isteri. Tinggal 6 orang dalam bilik yang sempit. Berkongsi 2 bilik air dengan puluhan jamaah haji. Berhadapan masalah orang – orang tua yang sering uzur dan kerenah orang jahil yang menyusahkan dan menjijikkan ( kencing berdiri dalam bilik air sampai memercik ke dinding! Aduss! ). Ianya pengalaman yang cukup berguna dan menginsafkan, sesuai dengan matlamat haji.-Nik Abduh
Inilah yang dikatakan oleh kebanyakan orang selama ini tentang PAS iaitu "walharammu, walhalalku". Bagi mereka, hanya mereka dan yang wala' kepada mereka sahaja yang betul. Lain daripada itu semuanya salah.
Seperti Nik Abduh ini, kalau ya pun nak membela perlakuan ayahnya yang bermewah di Mekah, janganlah sampai menghina jemaah Haji yang lain. Apakah dosa jemaah Haji lain yang mengambil pakej murah hinggakan Nik Abduh memandang mereka dengan begitu jijik sekali?
Jangan hanya kerana berstatus anak kepada Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS, Nik Abduh bebas menghina dan memandang rendah kepada orang lain. Jangan kerana biasa bermewah sampaikan sanggup menghina orang yang susah!
p/s: Inikah pemimpin pelapis yang ada didalam PAS? Anak Mursyidul Am pun tak boleh pakai...tambah pulak yang lain...
Nampaknya masyarakat sudah semakin hilang kepercayaan dan keyakinan dengan kredibiliti Anwar sebagai Ketua Pembangkang.
Anwar juga semakin diragui kebolehannya bagi mengepalai PR mengambil alih pentadbiran negara dari kepimpinan UMNO/Barisan Nasional.
Semakin ramai juga yang berani menyatakan secara direct bahawa Anwar dan PKR sudah tak lagi layak dan tak relevan untuk menjadi peneraju didalam Pakatan.
Jadi nak tunggu apa lagi Anwar? Penyokong PR dah mula bersuara tu, takkan nak nafikan lagi.. Sebelum "dipecat" oleh rakyat, eloklah berundur sendiri secara sukarela...sebelum dihumbankan masuk ke dalam penjara!
Seorang aktivis masyarakat Dr Mohamed Rafick Khan bin Abdul Rahman mencadangkan agar PAS mengambil alih kepimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Ini berdasarkan kepada fakta bahawa PKR gagal untuk menunjukkan kewibawaannya sebagai sebuah parti yang berkemampuan dan berintegriti memimpin PR.
Menulis di dalam blognya di http://rights2write.wordpress.com, beliau berkata PKR telah mengecewakan harapan rakyat apabila PKR telah gagal untuk melakukan perkara yang paling penting di dalam menjalankan sesuatu pemilihan.
Ini telah menjejaskan maruah mereka sendiri. Beliau menyatakan jika JPP atau parti telah mengakui wujudnya kekurangan dan mahu melakukan semula Pemilihan atau mengekalkan status quo sehingga semua isu-isu kepincangan diselesaikan, mereka akan lebih dihormati.
Sebaliknya, pemimpin PKR terus melakukan pembohongan untuk menutup kepincangan tersebut.
p/s: Siapa tak kenal Anwar..Kaki putar, kaki kencing, kaki spin...macam ni kah yang nak jadi pemimpin nombor satu negara?
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.