Kononnya perjumpaan Rapat Umum di Auditorium MBSA, Shah Alam adalah diantara pucuk pimpinan parti PKR bersama ahli-ahli parti tersebut. Tetapi mengapa tak kelihatan langsung Wan Azizah selaku Presiden PKR?
Mengapa Anwar Ibrahim yang merupakan penasihat PKR pula yang ditonjolkan dan menjadi keutamaan di Majlis itu? Bukankah Zaid Ibrahim pernah berkata yang jawatan Penasihat PKR ini langsung tak berkuasa didalam PKR?
Cuba bayangkan jika Perhimpunan Agung UMNO tak dihadiri oleh DS Najib sebagai Presiden parti tetapi diwakili pula oleh isterinya DS Rosmah. Mesti blog-blog Pro Pakatan serta pemimpin-pemimpin mereka bertalu-talu menghentam UMNO dan DS Najib.
Puak-puak Pakatan ini pasti "raya hindu" berpesta mengutuk UMNO kerana Presiden parti tak hadir dan digantikan dengan "penasihatnya" bagi mewakili di dalam majlis itu.
Tetapi, inilah yang terjadi didalam PKR. Penasihat parti yang tiada didalam perlembagaan dan juga hanya jawatan lantikan, diagung-agungkan..., sementara Presiden parti pula diketepikan. Bukankah Wan Azizah sebagai Presiden yang mendapat mandat dari ahli parti yang patut diutamakan?
Ke mana hilangnya Wan Azizah? Adakah Anwar sengaja tak membenarkan dia hadir bagi memberi laluan "sessi mengutuk Zaid Ibrahim" oleh Azmin Ali dan para kroninya di Majlis Rapat Umum tersebut?
Ini jelas menunjukkan bahawa Anwar dan kroninya langsung tak menghormati hak dan pilihan ahli-ahli PKR yang memilih Wan Azizah sebagai Presiden.
Ini juga membuktikan bahawa Wan Azizah hanya dijadikan boneka Anwar sahaja selama ini. Perana Wan Azizah tak lebih hanya sebagai tunggul kayu mati didalam PKR.
Apa gunanya menjawat jawatan sebagai Presiden tetapi langsung tak berkuasa didalam parti? Baik Wan Azizah jadi penasihat PKR sahaja kerana ia lebih elit dan tersohor menguasai politik PKR.
p/s: Dalam parti jadi tunggul kayu..., dalam rumahtangga pun jadi bisu...kesian nasib Kak Wan...Anwar jugak yang untung...
Shamsul Iskandar kembali lagi dengan fitnah terbarunya terhadap kerajaan bagi melindungi Anwar Ibrahim dari pendedahan yang dibuat oleh blogger Rachel Motte didalam blognya New Ledger.
Didalam kenyataan yang ditulis dalam blognya sendiri, Shamsul Iskandar telah menuduh bahawa artikel Rachel yang bertajuk "Anwar bukan Suu Kyi" adalah "diupah" oleh APCO dan kerajaan DS Najib Tun Razak.
Shamsul juga meminta siasatan dilakukan terhadap APCO kerana didakwa kononnya berkomplot untuk menjatuhkan Anwar. Peliknya, tuduhan Shamsul tentang penglibatan APCO yang katanya memfitnah Anwar ini langsung tak disertakan bukti.
Kalau Shamsul nak menyuruh pihak berkuasa menyiasat dakwaannya, dia perlulah menyertakan bukti tentang dakwaan penglibatan APCO tersebut. Kalau tuduhan tanpa bukti yang kukuh, Shamsul dah membuat fitnah terhadap kerajaan DS Najib.
Saya cabar Shamsul buktikan dakwaannya tersebut. Jangan main tuduh-tuduh saja. Malulah Shamsul sebagai seorang Ketua AMK tetapi hanya tahu bermain politik kotor seperti budak-budak 6 tahun.
Jika inilah taraf mentaliti dan pemikiran Shamsul sebagai Ketua AMK PKR, Anwar serta ahli-ahli PKR memang langsung tak pandai memilih orang untuk dijadikan pemimpin!
Angkatan Muda keadilan mahukan syarikat perunding APCO disiasat bersabit satu lagi cubaan menfitnah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menerusi artikel pembohongan .
APCO ialah syarikat perunding yang diupah oleh kerajaan pimpinan Najib Razak dengan kos lebih RM70 juta bagi memulihkan imej beliau di dalam dan luar negara.
Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin berkata tulisan Rachel Motte dalam blog New Ledger diberikan liputan meluas oleh Bernama, Berita Harian, Utusan Malaysia dan media lain namun fakta yang disembunyikan ialah tuduhan yang mengaitkan penulis itu kepada APCO.-ShamsulIskandar
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.