Kesian sungguh bila tengok Nik Aziz tak berdaya nak jalan diatas kaki sendiri di Tanah Suci Mekah. Sampaikan kena diusung atas kerusi roda kesana ke mari.
Dah uzur sangat nampaknya "wali" PAS ni. Tapi pelik bin ajaib, dia masih pula bernafsu besar untuk mengekalkan jawatan Menteri Besar Kelantan dan juga Mursyidul Am PAS.
Kalau dah berjalan pun tak mampu, macam mana nak memimpin negeri? Inilah yang dikatakan "tak ukur baju dibadan sendiri".
Dulu orang tua ni kata kat Tun Mahathir nak menongkat langit bila jadi Perdana Menteri selama 20 tahun lebih..., sekarang ni nampaknya Nik Aziz ni lagi teruk dari apa yang dia kata pada Tun.
Bila orang tanya, dia bagi alasan kata ramai pengikut PAS yang masih perlukan dia. Betul ke? Syok sendiri agaknya Nik Aziz ni kot?
Dengan keadaan berkerusi roda untuk ke sana ke mari ni..., mungkin Nik Aziz nak bawak jawatan MB Kelantan dan juga Mursyidul Am dia tu hingga ke liang kubur agaknya..
p/s: Orang lain pandai pulak Nik Aziz ni kutuk, tapi diri sendiri rupanya lagi teruk!
Selepas berjaya memperbodohkan warga emas dengan wang sumber derma judi, kini Khalifah Lim Abdul Aziz di P.Pinang datang lagi dengan idea baru bagi mempopularkan dirinya dikalangan pengikut taksub PAS dan PKR.
Dalam pembentangan Bajet 2011, Khalifah Lim bermurah hati menyediakan elaun sebanyak
RM 8.30 sen sebulan kepada warga OKU yang berdaftar dengan kerajaan negeri DAP P.Pinang mulai tahun 2011.
Ini menunjukkan betapa pemurahnya Khalifah kesayangan Nik Aziz ini terhadap rakyat negeri. Elaun ini juga membuktikan betapa Khalifah Lim begitu mengambil berat tentang kesusahan warga OKU.
Khalifah Lim didalam pembentangan tersebut mengharapkan, dengan sumbangan sebanyak
RM 8.30 sen sebulan ini dari kerajaan DAP, ia dapat membantu mengubah taraf hidup semua OKU yang ada di P.Pinang.
Khalifah Lim juga berkata, wang
RM 8.30 sen sebulan ini adalah merupakan satu bentuk sokongan Kerajaan DAP terhadap para OKU semua.
Mulia sungguh hati Khalifah Lim yang dididik oleh "wali" PAS Nik Aziz ini. Mesti Nik Aziz amat berbangga dengan murid kesayangannya yang begitu prihatin memberikan elaun
RM 8.30 sen sebulan terhadap golongan OKU.
Inilah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat. Pemimpin UMNO mana ada nak bagi
RM 8.30 sen sebulan untuk OKU P.Pinang..., kalau bagi pun bukannya ikhlas macam Khalifah Lim yang amat disayangi pengikut PAS ni.
TakeBeerrr Guan Eng!!! Wa caya sama lu...
p/s: Lapan ringgit tiga kupang sebulan.... banyak boleh beli tuuuuu......
Lihat sendiri tempat penginapan Nik Aziz di Tanah Suci nun, mewah bukan main. Tapi kalau disini, Nik Aziz berlakon macam zuhud. Makan bersila, duduk di rumah biasa-biasa, dan kononnya tak mau kemewahan. Tapi tengoklah sendiri gambar-gambar ni semua..
Macam ni kah yang semua pengikut PAS kata Tok Guru mereka tu zuhud? Kalau macam ni, tak ada bezanya Nik Aziz dengan Nuar yang pandai bermuka-muka tu.
p/s: Nak bagi air bersih kat rakyat Kelantan pun kena tunggu lagi 17 tahun... agak2nya Nik Aziz ada lagi tak masa tu...?
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.