BREAKING NEWS

Keputusan Penuh (tak rasmi) DUN N45 Galas...BN MENANGGGG....



Kampung Pulai - BN Menang - 44 Majoriti

Bandar Lama Gua Musang - BN Menang 37 Majoriti

Kampung Batu Papan - BN Menang - 108 Majoriti

Kampung Baru - BN Menang - 41 Majoriti

Pos Brooke - BN Menang - 346 Majoriti

Sungai Ber - BN Menang - 160 Majoriti

Belatim - BN Menang 108

Sungai Terah - PAS Menang - 258 Majoriti

Balar - BN Menang - 112 Majoriti

Bihai - BN Menang - 228 Majoriti

Hau - BN Menang - 49 Majoriti

Bandar Baru Gua Musang - BN Menang 16 Majoriti

Lepan Tupai - BN Menang - 80 Majoriti


BN menang dengan majoriti 1069

Update Keputusan Terkini..



BN - 5177   PAS - 4108   BN MENDAHULUI 1069 UNDI


p/s: Saya dimaklumkan bahawa para pengikut PAS telah membakar bendera sendiri di Kampung batu Papan... tension agaknya kot


*SILA REFRESH UNTUK KEPUTUSAN TERKINI..

Update keputusan Terkini !!!!



Kampung Pulai - BN Menang - 74 Majoriti

Kampung Batu Papan- BN Menang 108 Majoriti



 BN MENDAHULUI DENGAN MAJORITI SEBANYAK 190


*ini adalah keputusan tak rasmi.

Pusat pengundian ditutup. 77.73% jumlah keseluruhan mengundi di N45 Galas.


Saya kini berada di Pusat Penyiaran media di bangunan KESEDAR Gua Musang bagi membuat liputan terkini keputusan pengundian di DUN N45 Galas.

InsyaAllah, saya akan updatekan keputusan terkini dari masa ke masa.

Keputusan tak rasmi untuk seketika ini yang baru diterima ialah:

Kampung Pulai: 74 majoriti - BN Menang.

Undi orang asli selamat tiba di Pusat pengundian...


Empat pusat pengundian di kawasan pedalaman bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas ditutup pada 1 tengah hari tadi.

Pusat pengundian tersebut ialah Pos Belatim, Pos Hau, Pos Bihai dan Pos Balar.  Semua kertas undi di kawasan itu perlu dibawa keluar menggunakan helikopter.


Jika mengikut maklumat dari SPR, seramai 924 penduduk Orang Asli menjadi pemilih berdaftar di empat kawasan itu. Semua peti undi orang asli ini telah dihantar ke pusat pengumpulan peti undi dan penjumlahan undi dijangka akan dilakukan Dewan Sivik Gua Musang.

Saya kini berada di Bilik Gerakan Pusat di Bukit Cekati bagi persediaan liputan penjumlahan undi pada pukul 6.30 ptg nanti. Keputusan penuh dijangka akan diketahui pada pukul 9 malam.

Kertas undi tanpa lambang ditemui di Pusat Pengundian SRJKC Kampung Baru.



Sebanyak 69.31% telah keluar mengundi setakat jam 2 ptg. Diberitahu jumlah ini masih belum dicampur dengan undi orang asli. Ketika ini, saya masih berada di Pusat Pengundian SRJKC Kampung Baru dikawasan Bandar Lama Gua Musang.

Saya telah diberitahu terdapat kertas undi tanpa logo parti dikenalpasti di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Kampung Baru. Perkara itu telah didedahkan isteri calon PAS, Zainab Jalar apabila kertas undinya tidak tercetak lambang parti.


Keadaan agak kecoh sedikit dimulakan oleh jentera pilihanraya PAS yang memprotes isu tersebut tetapi petugas-petugas SPR masih mampu mententeramkan keadaan.

Pasukan peguam PAS yang berada dikawasan peti undi ini juga telah dimaklumkan dan akan membuat laporan kepada urusetia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Selain itu, saya juga diberitahu isu yang sama juga ditimbulkan di peti undi Sg Terah serta Kampung Baru. Laporan polis juga telah dibuat oleh unit PAS berkenaan isu tersebut.

Update 1 tgh hari: 50.15% keluar mengundi. PAS kata sebahagian besar pengundi mereka telah keluar mengundi.


Setakat jam 1 tgh hari ini, hampir 5000 pengundi Galas telah keluar mengudi. Sumber yang rapat dengan PAS telah memberitahu saya bahawa lebih separuh dari penyokong PAS telah keluar membuang undi termasuk pengundi yang tinggal luar.


Keadaan ini katanya sedikit sebanyak memberikan kedudukan selesa kepada PAS terutama di kubu kuat PAS di Sg Terah. Ini memungkinkan PAS akan dapat mengekalkan peti undi mereka Sg Terah tetapi dengan undi yang sedikit kurang.


Di kawasan peti undi majoriti pengundi Cina, saya lihat beberapa petugas PAS dari kaum Cina memberi jaminan bahawa PAS akan meningkatkan undi di kawasan tersebut seterusnya meningkatkan majoriti di semua peti undi majoriti Cina dan peti undi campuran.


Perayu UMNO/BN kelihatan masih bersemangat walaupun jumlah mereka agak berkurangan berbanding perayu undi PAS. Diharap semangat perayu undi UMNO/BN ini tidak luntur didalam keadaan yang semakin panas terik ini.

Laporan lanjut akan menyusul nanti.

Update: 39.7% setakat ini. Orang Asli keluar mengundi pakai baju UMNO/BN.


Berita yang baru saya terima dari SPR, jumlah keluar mengundi di Galas kini telah meningkat sebanyak 4,589 orang atau 39.72 peratus. Ini tidak termasuk jumlah di enam kawasan Orang Asli.



Apa yang menariknya, dari makluman rakan-rakan disini, pengundi orang asli disini hampir keseluruhannya keluar mengundi dengan memakai pakaian serba merah iaitu baju rasmi UMNO/BN di PRK DUN Galas.

Ini membuatkan perayu-perayu undi dari kem PAS agak terkedu.


Saya kini berada di Pusat Pengundian SK Lepan Jaya iaitu tempat pengundian bagi kawasan Lepan Tupai. Keadaan disini agak tenang tetapi liputan internetnya agak kurang memuaskan.

Laporan lanjut akan menyusul dalam waktu yang terdekat.

25% Keluar mengundi setakat Jam 12...Khalid James dikesan di Bandar Baru..


Setakat pukul 12 tengah hari ini, sudah 25% penduduk di DUN N45 Galas keluar mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka.


Saya membuat liputan di Bandar Baru dan juga Bandar Lama Gua Musang mendapati keadaan bagi kedua-dua pihak perayu undi agak panas. Namun setakat ini, pihak berkuasa masih mampu mengawal penyokong-penyokong kedua-dua parti.


Walaupun terdapat "perang mulut" diantara para perayu undi, tiada sebarang insiden kekecohan yang berlaku dikawasan ini.


Peratusan mengundi ketika ini boleh dikatakan amat rendah berbanding dengan PRK sebelum ini. Jika ini berterusan, sasaran SPR yang menyasarkan 80% keluar mengundi sukar untuk dicapai.


Laporan terbaru akan menyusul nanti.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online