BREAKING NEWS

Kempen terakhir jentera PAS di Galas...


Suasana malam di sekitar Bandar Lama dan Bandar Baru Gua Musang sekarang ini penuh sesak dengan penyokong PAS serta pengundi luar yang bersedia untuk hari pengundian besok. Jalanraya utama Gua Musang ini penuh sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu masuk dari luar.

Dari apa yang saya lihat, kebanyakan kereta yang masuk ke sini membawa penyokong PAS yang boleh dikenali dengan kibaran bendera dan juga melalui cara pemakaian mereka.

Saya diberitahu, petugas-petugas PAS yang baru tiba dari luar kawasan pada petang tadi terutamanya dari Perak dan Selangor, telah mula menjalankan kempen dari rumah ke rumah bagi merayu undi.

Saya sempat bersembang dengan kumpulan muslimat PAS yang baru tiba dari Ampang Selangor tentang destinasi kempen mereka di malam terakhir ini.

Saya difahamkan oleh kumpulan muslimat ini, jentera PAS akan mengedarkan risalah serta makanan dari rumah ke rumah bermula dari Bandar Baru hinggalah ke kawasan perkampungan Sungai Terah.

Antara barangan yang mereka bawa bersama ialah bungkusan bihun goreng dan juga peket-peket gula 2 kilo disamping risalah tentang calon PAS Dr Zulkifli. Kata mereka, inilah barangan yang akan mereka edarkan.

Selain itu, akhbar Harakah edisi Khas juga telah diedarkan disepanjang jalan disini secara percuma.

Dengan berbaki hanya kurang satu jam, PAS semakin giat melakukan kempen terakhir mereka. Dan laporan awal yang saya terima, ramalannya agak kurang menyenangkan bagi malam terakhir kempen di Dun Galas ini iaitu 51% memihak kepada PAS berbanding 49% BN.

Walaubagaimanapun, kita tunggu saja keputusan dihari mengundi besok. Semoga Allah memberi kemenangan di pihak kita.

Laporan Polis kepada Ustaz Mohd Nor Deris...



Hanya kerana bertindak menegakkan kebenaran dihadapan Mursyidul Am PAS iaitu Nik Aziz, PAS telah membuat satu laporan Polis terhadap Ustaz Mohd Nor Deris pada Petang Tadi di Balai Polis Gua Musang.

Majlis Tindakan PAS Dun Galas telah membuat laporan polis terhadap tokoh agama tersebut yang didakwa menghina Menteri Besar Kelantan.



Laporan polis tersebut telah dibuat oleh Ketua Penerangan Majlis Tindakan Dun Galas, Mohd Zaki Mat Zain yang diiringi oleh beberapa orang penyokong PAS.

Lihatlah sendiri bagaimana taksubnya pengikut-pengikut PAS. Nik Aziz bagi mereka adalah seumpama "wali agung" yang langsung tak boleh disentuh. Mengapa laporan Polis tersebut dibuat atas dakwaan menghina Menteri Besar Kelantan?



Mengapa tak ditulis sahaja Ustaz Mohd Nor Deris telah menghina "wali" bagi kaum PAS semua? Bukankah Nik Aziz lebih tinggi tarafnya daripada Menteri Besar Kelantan dimata para juak-juak PAS?

Selama ini, ramai pemimpin PAS yang memaki hamun pemimpin negara secara terang-terangan. Nik Aziz sendiri pun secara terbuka memohon bala untuk DS Najib dengan mendoaknnya "pecah perut". Namun tiada siapapun yang membuat laporan Polis terhadap pemimpin-pemimpin PAS.



Ini membuktikan bahawa pengikut-pengikut PAS amat emosional dan juga kurang kewarasan apabila apabila ada pihak yang mahu mengur Tok Guru mereka biarpun ia membabitkan perkara yang benar.

Nyata ketaksuban dan wala' juak-juak PAS terhadap "wali selipar" ini amatlah melampau seumpama lembu yang sudah dicucuk hidung!

Edisi Misteri!!! Calon PAS tipu Nik Aziz...?


PAS akan mengketengahkan calon yang tidak merokok pada pilihan raya kecil DUN Galas akan datang bagi meningkatkan imej Islam parti itu, kata Nik Aziz.

PAS, yang merupakan gabungan Pakatan Rakyat berkata, calon yang bakal dipilih bertanding mempertahankan kerusi undangan negeri di Kelantan itu mesti mempamerkan perwatakan Islam yang baik serta tidak merokok.

"Perkara pertama, saya akan tolak perokok. Mereka bukan sahaja membahayakan kesihatan sendiri tetapi membazirkan wang,” kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sedap benar bunyinya bila Nik Aziz kata nakkan calon yang baik dan tak merokok. (kalau tak merokok tu confirm baik ke?)

Tapi apakah benar calon PAS ini tak merokok? Anda nilaikan sendiri dengan melihat gambar dibawah ini...


p/s: Mungkin dia tertekan bila tembelang Nik Aziz bagi rasuah orang asli terdedah...

PANASSS!!! Operasi terdesak PAS dihari kempen di Galas...


PAS semakin bercelaru...PAS kini semakin keliru... Apa saja yang mereka buat kini semakin tak kena. Ini adalah bahana tembelang Tok Guru mereka terbongkar merasuah orang asli di perkampungan Lojing semalam.

Hari ini, PAS yang semakin tertekan dengan asakan gerak kerja kempen UMNO/BN telah melakukan operasi menurunkan banner serta sepanduk BN yang mereka dakwa sebagai menghasut masyarakat di Galas.

Operasi yang diketuai oleh Penasihat jentera pilihan raya PAS di Galas, Wan Abdul Rahim bersama dengan segerombolan jentera PAS telah bertindak menurunkan banner yang digantung sekitar kawasan Bandar Baru Gua Musang.


Tindakan gerombolan PAS ini adalah merupakan langkah terakhir mereka bagi menafikan pengaruh kempen UMNO/BN yang di terajui oleh Ku Li. Nampak sangat cara PAS yang sangat terdesak di hari terakhir kempen PAS di DUN Galas.

Inikah cara kempen yang PAS definasikan sebagai bersopan santun dan menjaga tatasusila masyarakat melayu?

Adakah ini merupakan petanda awal akan kekalahan PAS di PRK Dun Galas ini. Semoga Allah swt memberikan kemenangan di pihak yang benar..amin.

PAS dah sempurna..., Nak tunggu apa lagi ahlul PAS semua..?



Dulu..., UMNO dituduh tolak hudud didalam negara ini...,
Sekarang..., Presiden PAS sendiri tak mau hudud kerana takutkan DAP!
||


Dulu..., UMNO dituduh parti maksiat...,
Sekarang..., pemimpin PAS yang banyak buat maksiat dan berkhalwat!
||


Dulu..., UMNO dituduh tak ikut undang-undang Islam...,
Sekarang..., pemimpin PAS yang banyak permainkan agama Islam!
||


Dulu..., UMNO dituduh menipu rakyat...,
Sekarang..., pemimpin PAS yang sibuk "kencing" masyarakat!
||


Dulu..., UMNO dituduh merampas harta orang melayu...,
Sekarang..., tanah orang asli pun pemimpin PAS nak sapu!
||


Dulu..., UMNO dituduh zalim dan kejam...,
Sekarang..., perangai pemimpin PAS lagi macam haram!!
||


Dulu..., UMNO dituduh jadikan rasuah sebagai amalan...,
Sekarang..., pemimpin besar PAS sendiri hulurkan rasuah demi undi di Kelantan!
||

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online