Pada petang tadi, berlaku sedikit kekecohan di Rumah Selangor yang terletak di Lepan Jaya Gua Musang. Ianya berpunca dari sebilangan pengikut-pengikut PAS yang bertindak membakar risalah-risalah UMNO/BN yang disifatkan oleh mereka sebagai menghasut.
Pihak UMNO Selangor yang berada di tempat kejadian, sempat merakamkan insiden membakar flyers tersebut. Saya dikhabarkan, hampir tercetus pergaduhan kecil akibat dari provokasi yang dilakukan oleh para pengikut PAS disitu.
Mujurlah pihak Polis datang awal ke tempat kejadian bagi meredakan keadaan.
Salinan laporan Polis yang dibuat oleh UMNO Selangor
Satu laporan Polis telah dibuat oleh pihak UMNO Selangor terhadap PAS Pasir Mas kerana bertindak membakar risalah BN yang diletakkan di kedai berhampiran.
Bagi saya, perbuatan membakar risalah pihak lawan yang dilakukan oleh PAS ini membuktikan bahawa mereka takut dengan pendedahan tembelang mereka oleh UMNO/BN. Kalau tak salah, mengapa perlu PAS Pasir Mas ini takut dgn flyers tersebut?
Ini juga membuktikan bahawa PAS langsung tak menghormati hak lawan mereka didalam sistem demokrasi pilihanraya. Perbuatan membakar risalah ini juga memberitahu kita bahawa PAS tak mahu rakyat kampung tahu siapa mereka yang sebenar.
Betullah selama ini mereka asyik menipu orang-orang kampung. Sebab itulah mereka takut dengan kebenaran yang dibawa oleh UMNO/BN.
p/s: Gambor tok guru sedang bagi "sodoqahh" ni jangan kita lupa pulak... Ini bukti bahawa MB Kelantan ni memang betul-betul wali.....terompah jamban. Hahahaha...
Tadi, saya terbaca kenyataan pengikut-pengikut PAS di dalam kebanyakan blog pro Pakatan yang mengatakan bahawa Tun Mahthir mengakui kebijaksanaan Nik Aziz didalam penggunaan Dinar Emas.
Saya tak tahu nak labelkan apa terhadap pengikut PAS yang begitu taksubkan Nik Aziz ini semua. Kalau dikatakan mereka kurang cerdik, marah pulak nanti. Tapi kenyataan mereka jelas menunjukkan kekurangan akal pemikiran yang ada pada mereka.
Tahukah mereka bahawa saranan penggunaan dinar emas di negara ini telah dibuat oleh Dr Mahathir hampir 10 tahun yang lalu ketika krisis kejatuhan mata wang Asia pada tahun 1997 dan 1998.
Jika Tun Mahathir tak berundur pada tahun 2003 dan digantikan oleh Tun Lah, pastinya penggunaan Dinar Emas dan perak telah dilaksanakan didalam sistem kewangan negara ini.
Pengikut-pengikut PAS semua tak sepatutnya menjadi jumud dan buta mata hanya kerana taksub dan mahu mengagung-agungkan Nik Aziz.
Mereka semua sepatutnya berterima kasih kepada Tun Mahathir yang mereka selalu caci dan maki hamun selama ini kerana telah memberi idea yang kemudiannya di copy & paste oleh "ulamak tua" Kelantan tersebut.
Kalau nak harapkan cetusan idea dari dalam serban Nik Aziz sendiri, alamatnya sampai dia masuk ke liang lahad lah "wahyu" yang di tunggu-tunggu tak akan turun-turun.
Nik Aziz hanya tahu mengambil idea dan juga kesempatan dari orang lain sahaja. Sebab itulah Kelantan amat perlahan pembangunannya dibawah pemerintahan PAS selama hampir 22 tahun.
Yang "maju" di Kelantan hanyalah perniagaan "menjual tiket masuk syorga" yang difrancaiskan oleh Nik Aziz kepada lebai-lebai kangkong PAS Kelantan.
Mungkin sebab pengaruh "tiket syorga" inilah, masyarakat Kelantan khususnya pengikut parti cap bulan amat percaya kepada kebijaksanaan Nik Aziz. Dan mungkin sebab itulah mereka sentiasa taksub kepada apa yang di katakan oleh Nik Aziz.
Saya percaya, kalau Nik Aziz "berfatwa" menyuruh pengikut-pengikutnya terjun ke perigi buta sekalipun, pasti akan berduyun-duyun pengikutnya menurut arahan tersebut kerana ketinggian perasaan taksub mereka!
Semalam, bertempat di penempatan orang asli Sandrop, Lojing Gua Musang, Nik Aziz dan juga rombongan PAS negeri telah melakukan lawatan bagi menarik undi dari 75 keluarga orang-orang asli di kawasan tersebut.
Dengan alasan untuk menyerahkan watikah perlantikan Ketua Masyarakat bagi beberapa kampung orang asli di Gua Musang, Nik Aziz dan rombongannya ternyata mempunyai agenda tersembunyi disebalik lawatan tersebut.
Ternyata Allah SWT itu maha besar. Tembelang Nik Aziz ketika "merasuah" para pengundi orang asli di penempatan tersebut berjaya dibongkarkan.
Lihatlah sendiri betapa HIPOKRITnya Menteri Besar Kelantan ini yang selama ini bertopengkan islam tetapi mengamalkan "sogokan" bagi membeli undi. Sudah tak lakukah tiket syorga Nik Aziz?
Selama ini "celako" yang Nik Aziz selalu hamun kepada pemimpin UMNO telah berbalik menghempap ke mukanya sendiri. Inikah "wali agung" yang diangkat setaraf nabi oleh pengikut-pengikut PAS semua?
Saya mendapat berita bahawa ada "ribut besar" sedang melanda didalam kem PAS di PRK DUN Galas ini. Ini semua dikatakan berpunca dari pengumuman PAS yang mahu memberikan rasuah RM250 kepada pengundi luar supaya balik mengundi.
Seorang AJK Kawasan Gua Musang yang saya temui ternyata kesal kerana pucuk pimpinan PAS Pusat menghadkan peruntukan kepada petugas yang bertungkus lumus siang dan malam sedangkan mereka membayar pengundi luar yang belum pasti mengundi PAS.
Menurut sumber dalaman PAS ini, pengundi setia PAS sendiri terkejut dengan pengumuman tersebut kerana ' RASUAH ' adalah modal terbesar PAS selama ini.
Seorang lagi AJK Dewan Pemuda yang bertugas di DUN Galas ini menyatakan, mereka sedang mempertimbangkan akan berhenti berkempen sekiranya isu ini tidak dapat diselesaikan oleh pemimpin tertinggi PAS dalam masa terdekat.
"Jika cadangan pemberian rasuah kepada pengundi luar ini tetap diteruskan, apa bezanya PAS dengan tuduhan rasuah yang dilemparkan kepada UMNO selama ini?" katanya lagi.
Satu kumpulan yang menamakan diri mereka "Malaysians For Beng Hock" dikesan telah membuat kacau disekitar kawasan penduduk cina di Bandar Lama Gua Musang sejak hari Ahad yang lalu.
Kumpulan ini dipercayai didatangkan khas dari Perak dan dikhabarkan telah dinaungi oleh Ketua Pemuda DAP iaitu Antony Loke Siew Fok.
Saya diberitahu kelmarin bahawa Ahli jawatankuasa MCA Pusat, Senator Heng Saie Kie juga telah diganggu oleh kumpulan ini ketika beliau sedang meninggalkan sebuah majlis perjumpaan dengan penduduk cina di Galas.
Kumpulan berkenaan telah menghalang Senator Heng yang juga merupakan Timbalan Menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat.
Kekecohan berlaku apabila berlaku insiden tolak menolak diantara kumpulan penyokong DAP tersebut dengan kumpulan yang mengiringi Senator Heng.
Ini mengakibatkan Ketua Kumpulan "Malaysians For Beng Hock" yang juga merupakan abang ipar kepada TBH terjatuh. Peristiwa ini segera dimanipulasi oleh pemimpin DAP khususnya yang datang dari Perak dengan mengatakan Senator Heng telah mengasari masyarakat cina disitu.
Ketua Pemuda DAP Antony Loke telah menjuarai isu ini dengan mendesak MCA mengemukakan permohonan maaf kepada kumpulan tersebut.
Dia juga turut membekalkan gambar-gambar insiden tersebut bagi menimbulkan ketegangan dikalangan masyarakat setempat.
Politik kotor DAP ini adalah taktik untuk menakut-nakutkan para pengundi cina di DUN Galas. Sokongan semakin kuat pengundi cina kepada calon BN telah membuatkan pemimpin-pemimpin Pakatan tak senang duduk.
Dan saya juga difahamkan, ini merupakan taktik terakhir yang mereka akan gunakan sehinggalah hari pengundian bagi memastikan sokongan pengundi cina akan kekal kepada PAS dan Pakatan.
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik, (Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan, (Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Pensyarah ketuai projek patukan ular
-
SEORANG penyelidik kelahiran Malaysia kini mengetuai projek antarabangsa
untuk menyelamatkan nyawa beribu-ribu orang yang mati setiap tahun akibat
patukan ...
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
-
MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan,
rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai
Komuniti...