BREAKING NEWS

Petugas propaganda dan bloggers PAS di Galas KANTOIIIII.....


Sudah dua tiga hari saya dapat tahu bahawa ada satu flyers mengenai calon-calon yang bertanding untuk PRK DUN Galas ini yang diedarkan di ceramah-ceramah PAS serta diletakkan dihadapan cermin-cermin kereta sekitar Bandar Lama Gua Musang.

Walaupun begitu, baru hari ini saya berkesempatan melihat sendiri flyers berkenaan yang didakwa kononnya calon UMNO/BN iaitu Abdul Aziz Yusoff menipu tentang kelulusan akademiknya.

Saya telah ada di Gua Musang ini sehari sebelum hari penamaan calon hinggalah ke hari ini, dan saya  tahu bahawa calon UMNO/BN ini hanya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia sahaja. Bila pulak SPM boleh bertukar menjadi "Degree" sebagaimana yang tertera didalam flyers tersebut?

Rupa-rupanya, flyers ini dihasilkan oleh jentera propaganda PAS di DUN Galas ini kerana terdesak akibat ketiadaan isu mengenai calon UMNO/BN Abdul Aziz Yusof. Ini diberitahu kepada saya oleh sumber yang boleh dipercayai.

Apa yang saya dapat simpulkan disini, penghasilan flyers ini telah mendedahkan kedungguan serta tahap kerendahan pemikiran jentera gerak saraf PAS termasuklah bloggers mereka sekali.

Jika menurut flyers tersebut, calon UMNO/BN Abdul Aziz Yusof telah tamat pengajian dan menerima Ijazah Sarjana Muda pengajian perniagaan pada tahun 1988 dari Universiti Utara Malaysia Sintok Kedah. Betulkah begitu kerana apa yang saya tahu, UUM telah ditubuhkan pada tahun 1986.

Dua tahun sebelum itu, UUM hanya dikenali sebagai Sekolah Pengurusan Perniagaan (Bussiness Management School). Takkan pengajian bagi peringkat Ijazah hanya mengambil masa 2 tahun sahaja?

Lagi satu, mengikut rekod di KESEDAR, Abdul Aziz Yusof sudah berkhidmat selama 30 tahun di situ bermula dari beliau berumur 19 tahun. Tiada rekod pun samaada beliau mengambil cuti melanjutkan pelajaran ataupun cuti bagi meneruskan pengajian.

Ini membuktikan bahawa flyers yang dihasilkan oleh jentera gerak saraf PAS dan dihebohkan oleh bloggers mereka sebenarnya bertujuan untuk memalukan calon UMNO/BN.

Semua ini menunjukkan betapa terdesaknya jentera PAS di Galas untuk memburuk-burukkan calon UMNO/BN. Flyers ini juga memberikan satu signal bahawa PAS amat takut dengan pengaruh calon UMNO/BN yang bersih dari sebarang isu.

Edisi Meletopp!!!! Ustaz Mohd Nor Deris kata Nik Aziz dirasuk JIN...


Hari sabtu yang lalu, Nik Aziz dah teruk dimalukan oleh Ustaz Mohd Nor Deris sewaktu berkunjung ke RPT Kampung Sungai Terah, Gua Musang. Ia berikutan Ustaz Nor Deris yang tak setuju perhubungan PAS dan juga DAP.

Hari ini, rakan blogers DarulEhsan Today serta dua tiga orang pembantunya telah berkunjung ke rumah Ustaz Mohd Nor Deris serta berjaya menemuramah beliau mengenai kenapa Nik Aziz tak layak digelar ulamak.

Ustaz Mohd Nor Deris juga banyak mendedahkan cerita sebenar tentang Nik Aziz yang diagung-agungkan sangat oleh pengikut-pengikut PAS semua. Korang dengar dan nilaikan sendiri kata-kata Ustaz Nor Deris ini.

p/s: Ustaz Mohd Nor Deris adalah bekas AJK PAS Pusat serta bekas orang kanan Nik Aziz di Kelantan.

PAS: Menipu itu satu ibadah...


Asyik menipu saja kerjanya kerajaan negeri PAS di Kelantan ni. Tipu sana..., tipu sini..., tak ada kerja lain asyik nak menipu je.

Sudahlah habis licin tanah-tanah orang asli Lojing ditipu oleh penyamun-penyamun tarbus didalam PAS, kini terdedah pulak pengakuan penduduk-penduduk Gua Musang yang mendakwa mereka telah ditipu oleh Nik Aziz serta kerajaan PAS negeri mengenai pemberian lot tanah.

Bukan seorang dua, tetapi 300 penduduk Gua Musang dari pelbagai bangsa dan kaum telah dikencing hidup-hidup oleh Nik Aziz dan PAS Kelantan.

Apalah punya sengkek Menteri Besar Kelantan ni.. Kalau setakat beri watikah palsu geran tanah lepas tu buat-buat bodoh tiga empat tahun, itu bukannya kepimpinan ulamak namanya. Itu dah jadi kepimpinan p***mak.

Kalau dalam Islam, berjanji tetapi mungkir tu dah kira sebahagian dari sifat-sifat munafiq. Tetapi PAS Kelantan ni bukan saja mungkir janji, menipu pun seiring jugak dengan janji-janji kosong yang di buat kepada rakyat Kelantan. Dah dua ciri-ciri munafiq tuu..


Dan korang semua fikirlah sendiri apakah PAS Kelantan menghargai kepercayaan yang diberi oleh rakyat kepada mereka bagi mentadbir negeri Kelantan dengan sebaik mungkin.

Ini kerana, ciri-ciri terakhir bagi memenuhi KPI Munafiq adalah bila diberi kepercayaan (memerintah), mereka selalu mengkhianati kepercayaan tersebut.

Kesimpulannya, PAS bukanlah parti yang mengamalkan ajaran Islam sebenar. Islam tak mengajar kita menipu demi kepentingan didalam politik. PAS pula menjadikan menipu itu sebagai amalan harian mereka.

Mungkin bagi PAS, Menipu itu juga adalah sebahagian daripada ibadah mereka!

Orang Asli "diliwat" di DUN Galas...


Saya berkesempatan menemubual beberapa orang asli sewaktu berkunjung ke penempatan mereka di PostBrooke, Lojing.

Terdapat 18 perkampungan Orang Asli disini dengan penduduk lebih kurang 2400 orang. Isu yang mereka bangkitkan adalah berkaitan tanah dan isu 'Ladang Rakyat'.

Mereka menyatakan rasa tidak puas hati dengan projek 'Ladang Rakyat' kelolaan kerajaan negeri Kelantan. Yang jelas menunjukkan kemarahannya berkenaan isu ladang rakyat ini ialah pengerusi JKKK, Rashid Akuh.


Dengan penuh semangat pengerusi JKKK tersebut menyalahkan kerajaan negeri diatas isu tanah orang asli ini.

Beliau begitu bersungguh-sungguh melaporkan betapa susahnya kehidupan orang asli kerana kesukaran menjana pendapatan. Beliau berkata semua kerja mereka telah diambil alih oleh pendatang asing dari Indon dan Bangla.

Pengerusi JKKP tersebut menyuruh sendiri melihat bukti apa yang berlaku di Lojing yang mana tanahnya telah diambil alih oleh kontraktor cina yang didakwa dari Singapura.


Tok Batin di penempatan orang asli Kem Hendrop pula telah menyatakan kegusarannya tentang nasib masa depan generasi muda orang asli di penempatan tersebut. Batu a/k Sungai berkata, dia amat risau jika tanah milik mereka sekarang ini tak dapat diwariskan kepada generasi anak cucunya akan datang.


"Apa lagi yang mahu kami tinggalkan kepada anak-anak kalau semua tanah kami diambil oleh kerajaan negeri?" katanya sayu. Dia juga risau kalau mereka terpaksa berpindah ketempat lain akibat dari kerakusan pengambilan tanah oleh kerajaan negeri yang semakin berleluasa.

"Inikah dikatakan kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat?" kata Tok Batin ini di akhir perbualan.




About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online