BREAKING NEWS

Edisi Gambar!!! Gotong Royong bersama pemimpin BN di Galas...


Satu Program Gotong Royong bersama pemimpin UMNO/BN bagi membersihkan masjid telah diadakan bertempat di Masjid Razaleigh, Bandar Lama pada tengah hari tadi. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Razali Ibrahim bersama para sukarelawan BN telah turun padang bagi menjayakan program berkenaan.

Ramai kariah Masjid tersebut turut bersama-sama dengan pemimpin UMNO/BN tersebut didalam gotong royong yang diadakan ini.

YB Razali juga sempat beramah mesra dengan penduduk setempat serta menikmat jamuan petang yang disediakan setelah selesai Majlis Gotong Royong tersebut.










p/s: Tahniah YB Razali kerana sanggup turun padang bersama masyarakat di DUN Galas.

Edisi Bergambar!! YB Razali bersama calon BN meraikan 1000 penyokong bolasepak Kelantan..


Pagi tadi, bertempat di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 1, Gua Musang Kelantan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB Razali Ibrahim bersama-sama calon UMNO/BN di Galas iaitu Abdul Aziz Yusoff, telah meraikan lebih 1000 penyokong bolasepak Kelantan yang akan bertolak ke Stadium Bukit Jalil.

Lebih 17 buah bas disediakan bagi penyokong pasukan tersebut yang tak mempunyai kenderaan sendiri.

Perjalanan secara konvoi tersebut diiringi juga oleh lebih 50 buah kenderaan persendirian dan juga van-van yang disewa khas untuk penyokong-penyokong bolasepak Kelantan.
















Penghalau hantu diperlukan di Galas...


Pakar pengamal mistik ala-ala uncle seekers diperlukan oleh PAS di Galas bagi menghalau hantu-hantu yang didakwa akan berkeliaran semasa tempoh pengundian berlangsung 4 November nanti.

Bagi sesiapa yang mempunyai kebolehan menjampi air mineral yang boleh digunakan untuk menghalau hantu-hantu tersebut, silalah berjumpa dengan wakil-wakil PAS di markaz-markaz yang berhampiran.

Khabarnya, setiap seekor hantu yang berjaya ditangkap akan dibayar dengan dinar emas mengikut berat setiap kilo. Sekeping tiket ke syorga akan diberikan kepada penangkap hantu yang memperolehi hasil terbanyak.



Pada sidang media, Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mendakwa BN akan melakukan apa sahaja bagi memastikan memperoleh kemenangan dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

BN akan menggunakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengeluarkan kad pengenalan dan menabur wang kepada pengundi-pengundi supaya menyokong mereka.

“Kalau terpaksa BN buat untuk mendapatkan sokongan, BN akan tawarkan sogokan kepada pengundi-pengundi di sini.

“Malah saya percaya BN akan menghantar petugas-petugas mereka untuk menyamar sebagai pengundi ketika hari pengundian nanti (4 November).

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online