Seorang pekebun getah di Kg Pulai yang namanya enggan dikenali berkata, selepas mereka mendirikan pos BN di kampung tersebut, senarai namanya dibuang daripada mendapat bantuan subsidi benih getah dari exco pertanian negeri.
“Nama kami dibuang serta merta dari senarai penerima benih bantuan tanaman getah. Sedangkan sebelum ini bantuan tersebut diberi tanpa sebarang masalah."
“Ini menggambarkan Pakatan benar-benar terdesak kerana bantuan benih bukan dari sumber duit Pakatan sebaliknya ia adalah hasil cukai yang dibayar rakyat.”
Difahamkan lebih 30 pekebun Cina dinafikan hak mendapat bantuan tersebut.
Penduduk Cina di kampung tertua didiami kaum terbabit di Kelantan sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat DAP. Namun pada pilihan raya umum lalu sokongan mereka kepada calon BN meningkat .
Berdasarkan kepada momentum sekarang kelihatan sokongan penduduk Cina semakin bertambah dan cenderung kepada BN.
Ini dapat dilihat hasil sokongan terbuka mereka terhadap calon UMNO/BN iaitu Abdul Aziz Yusoff. Malah pada majlis makan malam yang dianjurkan DAP di sebuah tokong di kampung berkenaan baru-baru ini tak mendapat sambutan.
Sementara itu lawatan Abdul Aziz ke perkampungan yang didiami majoriti kaum Cina itu kelmarin menerima sambutan hangat penduduk tempatan yang rata-rata kaum Tionghua.
Ramai sungguh yang hadir ke ceramah Nik Aziz yang diadakan di Sg Terah, Gua Musang semalam. Walaupun didalam keadaan hujan renyai-renyai, tak berganjak mereka yang hadir hanya semata-mata untuk mendengar amanat Tok Guru.
Hampir 60'000 berasak-asak ke ceramah tersebut hingga mengakibatkan kesesakan lalulintas sepanjang 10 kilometer dari tepat ceramah.
Ceramah yang sepatutnya dihadiri juga oleh Anwar dan Lim Guan Eng ini agak kurang meriah kerana kedua-dua tokoh
pembangang....opsss..tokoh pembangkang tersebut tidak hadir dengan alasan kesesakan teruk didalam perjalanan.
Namun, barisan penceramah simpanan dari PAS berjaya mengawal keadaan dengan cara yang amat profesional sekali. Tahniah diucapkan kepada mereka.
Ceramah yang sesekali diselang selikan dengan lawak tahap internasional dari penceramah PAS, telah berjaya menghiburkan para hadirin. Ini menyebabkan para hadirin yang berjumlah
60 orang...opsss lagii....berjumlah 60'000 orang disitu tersenyum riang.
Nik Aziz pasti berbangga dengan sambutan hangat sebegini!
Barisan Kedai Peniaga Cina di Bandar Lama Gua Musang
Saya berkesempatan bersembang dengan seorang peniaga cina yang berniaga kasut dan peralatan sekolah di Bandar Lama Gua Musang tentang Pilihanraya Kecil Galas yang sedang berlangsung kini.
Saya agak terkejut bila diberitahu dia mendengar khabar bahawa para peniaga cina di kawasan tersebut telah diugut oleh pihak-pihak tertentu supaya wajib mengundi PAS jika tak mahu sebarang masalah timbul.
Peniaga-peniaga tersebut telah diberitahu bahawa lesen perniagaan mereka akan dibekukan dan tak diperbaharui jika PAS tewas dikawasan pengundi cina.
Peniaga cina ini menyatakan kegusaran mereka terhadap cerita ugutan tersebut dan menyifatkan bahawa hak mereka telah dirampas demi kepentingan politik pihak tertentu.
Bagi saya, jika perkara ini benar ada.., perbuatan pihak yang tak bertanggung jawab ini adalah amat memalukan. Kebebasan masyarakat untuk memilih wakil mereka dinafikan hanya kerana ada pihak yang kejarkan kuasa dan jawatan.
Jika beginilah cara permainan politik pihak tersebut didalam mencari kemenangan, apalah yang boleh mereka banggakan?
Ini bukanlah demokrasi sebenar yang diamalkan didalam negara ini. Ini sebenarnya adalah politik haprak bertopengkan demokrasi yang dicipta oleh pemimpin-pemimpin tak sedar diri!
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.