Bukan sedap lagi Nik Aziz menyifatkan UMNO sebagai lebai malang. Menteri Besar Kelantan ini membuat kenyataan macam tu sebagai membidas kata-kata TS Muhyidin yang mempersoalkan hubungan PAS dan DAP yang anti Islam.
Rasanya tak salah bila TS Muhyidin mempersoalkan matlamat hubungan PAS-DAP. Ramai rakyat sendiri mengetahui bahawa kedua-dua parti tersebut mempunyai haluan yang bertentangan jika ditakdirkan PR berjaya menubuhkan kerajaan.
Tiada sebab Nik Aziz nak melatah dengan kenyataan TPM tersebut. Tak perlulah Nik Aziz nak melabelkan UMNO sebagai "lebai malang" kerana seluruh negara dah tahu bahawa PAS sebenarnya telah lama menjadi Pak Pandir didalam gerombolan Pakatan Rakyat.
Tuan Guru menyifatkan Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit sehingga tidak tahu menilai kesyumulan Islam secara keseluruhan.
“Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama Lebai Malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama.
“Apa yang mereka tahu, hanya mengkritik orang saja,” jelasnya. -HRK.
Mana taknya, didalam kelompok Pakatan, PAS dilihat sebagai parti yang paling lemah dan sering dipermainkan oleh PKR dan DAP.
Lihat sendirilah di PRK N45 Galas ini sebagai contoh yang paling ideal. Di Galas ini petugas-petugas PAS hanya bersendirian menghadapi jentera Barisan Nasional. Dimanakah petugas-petugas dari PKR ataupun DAP bagi membantu PAS didalam Pilihanraya kecil Galas ini?
Bukankah petugas-petugas PAS yang lebih banyak bertungkus lumus di setiap PRK yang ditandingi oleh Pakatan sebelum ini? Lihat sahaja di Hulu Selangor semasa PKR bertanding, jentera PAS yang lebih banyak membuat "kerja-kerja kotor" di sana.
Begitu juga dengan PRK Sibu yang menyaksikan DAP bertanding menentang parti komponen BN iaitu SUPP. PAS juga yang banyak mengerahkan petugas-petugasnya menjalankan kerja untuk DAP. Hinggakan pada satu ketika, Khalid Samad dan juga Dr Mariah juga terpaksa menjadi pengedar risalah Gereja bagi menarik undi penganut agama kristian.
Tetapi lihatlah PRK yang melibatkan calon dari PAS. Berapa banyakkah tenaga kerja yang disumbangkan oleh petugas-petugas DAP dan PKR?
Sebab itulah saya katakan PAS hanya umpama Pak Pandir didalam gerombolan Pakatan Rakyat. Lebai Malang yang Nik Aziz labelkan kepada UMNO hanyalah mengambarkan seorang yang tak berkesempatan mendapatkan apa yang dihajatinya, tetapi malang lagi bagi PAS yang menjadi Pak Pandir didalam Pakatan.
Parti cap bulan ini bukan sahaja kurang cerdik, malah mereka selalu memperbodohkan diri sendiri dan menyerlahkan kedungguan mereka kepada umum!
Anugerah Raja Lawak yang paling tak boleh blah patut diberikan kepada Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun. Ini kerana mamat ni telah meminta supaya UMNO lupakan cerita lama yang berlaku diantara PAS dan DAP.
“Itu cerita lama, buat apa nak bangkitkan perkara lama. Kalau nak bangkitkan juga susahlah.- MI
Apalah bengapnya pemikiran seorang yang dilantik sebgai Pengarah Pilihanraya.., buat kenyataan dah macam orang nyanyuk saja gayanya. Abdul Fatah mahu UMNO lupakan cerita lama tetapi dia lupa sebab utama kenapa Nik Aziz menolak perpaduan dengan UMNO.
Bukankah dendam Nik Aziz terhadap UMNO yang diwar-warkannya selama ini juga adalah satu cerita lama? Sepatutnya Abdul Fatah menasihati Nik Aziz terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai kempen UMNO.
Kenyataan Abdul Fatah ini berikutan timbulnya isu kain rentang yang didakwa oleh DAP sebagai menghina agama dan juga perkauman.
Ketika memberi kenyataan kepada MalaysianInsider, Abdul Fatah juga bertindak membela DAP didalam hubungan kedua-dua parti tersebut. Katanya, hubungan PAS dan DAP kini adalah untuk membawa perubahan kepada negara.
Tindakan Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan ini dilihat sebagai mahu menjaga hati DAP yang berang dengan isu kain rentang tersebut. Semalam, Tony Pua sudah mengeluarkan kenyataan marahnya dengan isi kandungan kain rentang tersebut.
Abdul Fatah juga mengingatkan UMNO Kelantan supaya berkempen dengan menggunakan isu dan bukannya menggunakan agama. Ini lah yang paling lawaknya..., siapa yang sering menggunakan agama sebelum ini sebagai modal berkempen? PAS atau UMNO?
Sepatutnya, pada waktu pilihanraya ni para pemimpin bagi duit kepada rakyat, bukannya "merompak" duit poket rakyat. Macam mana PAS memerintah ni kalau asyik-asyik nak minta derma saja.
Daripada derma untuk mengenyangkan tembolok pemimpin PAS, baik sedekahkan duit tu kepada masjid/sekolah agama/surau/rumah anak yatim/ ataupun fakir miskin. Itu lagi bagus rasanya daripada bagi duit tu pada parti cap bulan ni.
Kalau nak minta derma sekalipun, takkan lah buat jamuan laksa jee....Agak-agaknya, berapa persen tuan rumah boleh dapat dari kutipan derma tu?
Haprak betul puak-puak PAS Kelantan ni.. Untuk tabung pilihanraya, sibuk sangat minta derma . Tapi masa ada duit dulu mereka hentam pergi beli bangunan Markas PAS yang berharga RM4.5 juta . Ntah-ntah.., duit beli bangunan tu pun hasil dari kutip derma jugak kot...?
Saya bukannya tak suka dan menghalang sebarang program kutipan derma, tetapi saya agak kesian apabila melihat pengikut-pengikut PAS yang sering ditipu oleh orang-orang yang berlakon alim mengalahkan Tok Lebai ni semua.
Kerajaan PAS Kelantan bukannya tak ada sumbernya sendiri. Harta negeri puak-puak mereka ini baham tanpa langsung memperdulikan nasib rakyat. Tapi, pemimpin-pemimpin PAS ini masih tamakkan duit rakyat.
Lepas habis mereka "gomo" harta perbendaharaan negeri seperti balak dan juga tanah, kini kerajaan PAS Kelantan nak "gomo" pulak harta rakyat. Apa punya jenis kerajaan negeri macam PAS ni? Dan macam komunis pulak bila asyik-asyik menyusahkan masyarakat.
Lagi satu, duit derma selama 22 tahun PAS memerintah Kelantan tu pernah di audit tak? Pernah tak PAS isytiharkan duit-duit derma tersebut digunakan untuk apa? Apakah duit-duit sumbangan derma ini semua masuk ke poket individu-individu tertentu?
Agak-agaknyalah kan, kenapa masih ramai pengikut PAS yang mudah diperbodohkan melalui kutipan derma jihad dan ntah apa-apa lagi ni..? Bukankah bukti terang-terang ada membabitkan penyelewengan wang derma Tabung Memali dan juga Kohilal ?
Takkan itupun mereka masih tak nampak? Ataupun sengaja mereka buat-buat tak nampak kerana takut "tiket syorga" mereka ditarik balik?
Apahal si Husam Musa ni bising sangat pasal Projek Perumahan Rakyat? Bukankah program ni baik untuk rakyat miskin di Kelantan? Apakah Husam tak mahu rakyat di Dun Galas memiliki dan mendiami rumah yang lebih selesa?
Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mempersoalkan kos pembinaan yang tinggi bagi setiap unit rumah dalam Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang yang dilancarkan timbalan perdana menteri Sabtu lalu.
"Harga (peruntukan kos untuk membina) terlalu tinggi, RM120,000 bagi (unit seluas) 700 kaki persegi di Gua Musang untuk flat 5 tingkat 18 blok.
Apa perlunya Husam mempertikaikan kos yang digunakan untuk membina setiap unit rumah didalam program ni? Kalau mahal sekalipun, bukannya guna duit dia ataupun duit kerajaan isle Kelantan.
Saya agak, tindakan Husam ini mesti berpunca dari perasaan dengkinya yang menebal terhadap UMNO kerana program PPR ini mendapat sokongan kuat dari masyarakat berpendapatan rendah di Galas.
Jadi untuk meredakan rasa kecewa dan sakit hatinya dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN, Husam telah cuba memutarbelitkan cerita mengatakan bahawa PPR ini diselewengkan.
Persoalannya disini, adakah Husam dan kerajaan negeri PAS sebelum ini mengambil berat tentang kedaifan penduduk miskin yang tak mempunyai rumah kediaman di Kelantan?
Dan adakah Husam serta pimpinan PAS Kelantan turun padang di Galas ini bagi meninjau masalah yang dialami oleh masyarakat disini? Husam hanya tahu bercakap dan menuduh pihak yang ingin melakukan kebaikan dengan tuduhan yang bukan-bukan.
Sepatutnya Husam sebagai salah seorang pemimpin utama PAS di Kelantan, berusaha membantu masyarakat yang memerlukan bantuan, bukannya menghalang pihak yang ingin menghulurkan bantuan.
Ini jelas menunjukkan bahawa Husam adalah pemimpin Hipokrit yang hanya mahu menjaga kepentingan politiknya sendiri sahaja apabila dia cuba mempertikaikan kebaikan program PPR ini.
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.