BREAKING NEWS

DAP malu dikatakan kafir harbi di Galas...


Kain rentang yang tertera “Kenapa PAS masih menyokong DAP (harbi)?” yang digantungkan di sekitar kawasan Pekan Baru DUN N45 Galas, mendapat bantahan daripada pihak Pakatan Rakyat dengan alasan ia membabitkan agama.

DAP melalui Setiausaha publisitinya Tony Pua, menyifatkan kain rentang tersebut amat rasis dan juga tak demokratik.

Tony juga mengecam Ku Li dengan mempersoalkan cara kempen UMNO/BN di Galas. Tony Pua mendesak agar Ku Li lebih bersopan santun didalam menjalankan kempen pilihanraya.

Disamping itu, Setiausaha publisiti DAP ini juga melahirkan rasa tak senang dan marahnya kerana kain rentang yang membabitkan DAP ini telah mengeruhkan hubungan baik DAP dan PAS di mata masyarakat Galas.


Tony Pua mendakwa UMNO/BN di Galas ini tiada etika dan tiada kelas langsung kerana cuba memainkan sentimen agama.

Manakala penasihat jentera pilihan raya PAS Galas, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah cuba membela Tony Pua serta DAP didalam isu kain rentang ini.

Wan Abdul Rahim segera mendakwa kain rentang tersebut amat bertentangan dengan Islam. Dia juga menyifatkan kain rentang ini memberi mesej perkauman dan mahu membuatkan umat Islam marah kepada PAS.


p/s: Kalau kafir tu kafir jugak laaa... apalah yang nak dimalukannn....

Jentera kempen Pakatan lumpuh di Galas...


Patutlah jentera Pakatan Rakyat dilihat lemah di DUN N45 Galas, rupa-rupanya tiada petugas dari PKR yang dihantar ke Galas bagi membantu jentera kempen PAS.

Anwar telah mengumumkan di ceramahnya semalam bahawa kebanyakan petugas PKR tak dapat hadir kerana bebanan kewangan yang tinggi terpaksa ditanggung oleh parti tersebut.

Dalam ceramah tersebut, Anwar juga berkata PKR terpaksa menumpukan kekuatannya di Parlimen Batu Sapi bagi menghadapi PBS yang mewakili Barisan Nasional. DAP juga telah Anwar kerahkan ke Batu Sapi bagi membantu jentera kempen partinya.

Jadi, PAS dibiarkan keseorangan untuk menghadapi UMNO/BN di Galas ini.

Dan, telah mula ada rungutan dari kebanyakan para petugas PAS yang mengatakan bahawa PKR tak mengenang budi kerana pada PRK Hulu Selangor dahulu, petugas PAS lah yang paling banyak menggerakkan jentera kempen Zaid Ibrahim.

Dan ada juga diantara petugas PAS merungut kerana Anwar bersikap acuh tak acuh ketika datang ke Galas. Ini semua membuktikan bahawa semangat dan moral jentera Pakatan khususnya PAS disini semakin menurun.

Inilah dilema yang dihadapi oleh PAS. Dengan sumber kewangan yang terhad serta semangat ahli-ahli yang semakin menurun, peluang untuk DUN Galas kembali kepada UMNO/BN semakin cerah dari hari ke hari.

Saya menunggu dengan penuh minat perkembangan selanjutnya keadaan jentera kempen PAS yang kebanyakannya datang dari luar. Apakah mereka mampu bertahan sehingga hari pengundian? Wallahualam.

Edisi N45 Galas!!! Mimpi ngeri pemimpin-pemimpin PAS di Galas.




Pemimpin-pemimpin PAS kini mula keresahan apabila rakyat Galas mula ghairah memperkatakan tentang Projek Perumahan Rakyat yang diumumkan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Kerajaan pusat telah memperuntukkan sebanyak RM180 juta bagi membina 1,500 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk disewakan dan dijual kepada penduduk miskin dan berpendapatan rendah di jajahan Gua Musang.

Setiap rumah kediaman PPR ini akan dijual dengan harga diantara RM33,000 dan RM35,000 seunit dengan kadar sewa RM124 hingga RM190 sebulan. Ini adalah yang paling rendah jika berbanding pasaran semasa.

Kerajaan BN juga telah bersetuju untuk menanggung subsidi sebanyak RM45'000 bagi setiap rumah rakyat yang dibina melalui program PPR ini.

Banyak penduduk setempat yang saya temui disini berasa amat berbesar hati dengan program PPR ini yang disifatkan oleh mereka sebagai satu langkah yang tepat. Mereka juga sudah mula membandingkan pembangunan setempat yang dibawa oleh kepimpinan PAS negeri dan juga kerajaan BN.

Bagi penduduk-penduduk di Galas ini, keperluan utama rakyat bawahan perlulah diutamakan. Yang paling penting ialah rumah dan makanan. Kalau keduanya telah terjamin barulah pergi kepada yang seterusnya pendidikan, kesihatan dan lain-lain.

Sama ada di kawasan luar bandar mahupun bandar, masyarakat Melayu adalah golongan teramai yang dikelaskan miskin dan miskin tegar. Dan sebahagian dari penduduk disini adalah dari golongan berpendapatan rendah.

Sebab itulah Program Projek Perumahan Rakyat ini menjadi satu isu besar yang kian menggugat kempen petugas-petugas PAS.

Pemimpin-pemimpin PAS mula pening kepala untuk memburukkan program PPR ini didalam ceramah-ceramah mereka kerana ia diterima baik oleh masyarakat amnya. Mungkin ini yang mendorong Husam Musa membuat kenyataan dangkal beberapa hari lepas tentang kononnya kos pembinaan PPR ini lebih mahal dari biasa.

Ternyata mereka semua telah kehabisan modal untuk berkempen di Galas. Tambah-tambah lagi apabila Ku Li yang mengatur strategi kempen dipihak BN disini.

Edisi N45 Galas!!! Malangnya jadi anak pengikut totok PAS.





Cuba lihat nasib anak-anak kecil yang berbapakan pengikut PAS totok ini.., bayangkanlah keperitan anak-anak ini yang terpaksa menahan panas terik matahari bagi melindungi kepala bapanya yang penuh dengan ketaksuban terhadap parti PAS.

Dan cuba bayangkan pula bagaimana tertekannya perasaan anak-anak kecil ini yang diheret ke medan politik haprak PAS. Sepatutnya anak-anak kecil ini bermain riang dengan rakan-rakan sebayanya dihalaman rumah.

Tetapi disebabkan kejumudan sebilangan pengikut PAS, waktu bermain anak-anak kecil mereka telah diragut dan dikorbankan hanya kerana "seruan jihad" bagi memperoleh sekeping "tiket ke syorga" yang dijanjikan oleh pemimpin PAS.

Apalah dosa anak-anak kecil ini diperlakukan sedemikian rupa? Mengapakah anak-anak kecil ini dipergunakan untuk meramaikan majlis politik seperti di Galas ini? Alangkah ceteknya akal para pengikut PAS yang terbabit.

Inilah yang dikatakan sikap jumud tanpa mengira waktu didalam PAS. Inilah juga maksud sebenar assobiyah kepartian yang diamalkan oleh "ahli-ahli syorga" parti cap bulan.

Sikap taksub mereka terlampau kuat hinggakan anak kecil mereka sendiri sanggup dijadikan sebagai "hamba politik" bagi melampiaskan sifat wala' mereka terhadap perjuangan haprak PAS!

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online