BREAKING NEWS

Edisi N45 Galas!!! PAS itu pengotor.., pengotor itu adalah PAS!!!







Lihatlah sendiri bagaimana pengotornya para pengikut-pengikut PAS yang datang dari seluruh negara ke PRK N45 Galas Kelantan ini.

Saya telah membuat tinjauan ke tapak ceramah mereka di Lorong Masjid Razali, Kampung Baru Gua Musang selepas berakhirnya majlis ceramah yang diadakan oleh penceramah PAS.

Keadaan di sekitar tapak ceramah tersebut amatlah memualkan. Sampah sarap dibuang merata-rata dan ditinggalkan begitu saja oleh para "ahli syorga" PAS. Jika dikumpulkan, mungkin sampah sarap tinggalan bangsa-bangsa PAS ini boleh memenuhi 3 tong Majlis Daerah Gua Musang.

Beginikah yang dikatakan PAS itu mengamalkan ajaran Islam tulen? Bukankah Islam itu sendiri menuntut umatnya mengamalkan kebersihan walau dimanapun berada?

Himpunan sampah sarap yang ditinggalkan oleh pengikut serta penyokong PAS di kawasan bersebelahan Masjid Razali ini membuktikan bahawa PAS itu memang pengotor.

PAS bukan saja telah menjatuhkan imej Islam itu sendiri, tetapi PAS dan pengikutnya juga telah membuktikan bahawa mereka hanya tahu bercakap sahaja mengenai ajaran Islam.

Pemimpin-pemimpin PAS hanya tahu berkokok berderai-derai tentang keislaman parti mereka, tetapi dalam masa yang sama, hujung jubah mereka penuh bergelumang dengan tahi akibat dari kebodohan sendiri!

PAS kata ada pengundi hantu orang asli di Galas...


Ada pemimpin PAS yang menimbulkan persepsi awal bahawa akan ada pengundi hantu di penempatan orang asli sekitar DUN N45 Galas. Ini merupakan isu wajib yang sering ditimbulkan oleh puak-puak parti isle ini dimana-mana PRK yang berlangsung.

Dari satu sudut, kita dapat melihat bahawa PAS memang serasi dengan propaganda pengundi hantu. Ini memungkinkan bahawa puak-puak merekalah yang akan menjadi pengundi hantu tersebut.

Jika dilihat dari sudut lain pula, ia menunjukkan bahawa PAS amat risau dengan kesetiaan pengundi orang asli yang selama ini diketahui sentiasa menyokong penuh kepimpinan Ku Li di DUN Galas ini.

Kerana itulah mereka menimbulkan persepsi pengundi hantu dikawasan penempatan orang asli kerana sudah tentunya mereka tahu akan tewas di peti undi tersebut.

Namun, jika difikirkan menggunakan logik akal, pemimpin-pemimpin PAS yang bimbang tentang pengundi hantu ini sebenarnya seumpama takut kepada bayang-bayang sendiri.

PAS amat takut dengan masyarakat orang asli kerana mereka tahu tentang isu penyelewengan ladang rakyat yang dilakukan oleh kerajaan PAS negeri Kelantan.

Inilah faktor utama yang membuatkan semua pemimpin PAS panas punggung dan mereka dengan segera seolah-olah mahu menutup dosa-dosa mereka itu apabila awal-awal lagi menimbulkan soal pengundi hantu!

Alahaii Pakatan Rakyat, bendera rasmi pun tak ada.., ada hati nak tawan Putrajaya...


Habis meroyan didalam blog-blog pro Pakatan apabila SPR mengumumkan bahawa bendera parti lain selain dari bendera PAS tidak dibenarkan di pasang bagi pilihanraya kecil DUN N45 Galas.

Puak-puak Pakatan menuduh bahawa SPR tidak adil dan telus. Pihak SPR juga dituduh menjadi balaci UMNO kerana tidak membenarkan bendera parti gabungan Pakatan dikibarkan.

Nampak sangat bahawa puak-puak Pakatan ini berotak udang. Di Galas, hanya PAS yang bertanding. Bukannya DAP ataupun PKR. Jadi wajarlah hanya bendera PAS sahaja yang dinaikkan. Begitu juga dengan UMNO. Bendera UMNO pasti akan dinaikkan seiring dengan bendera Barisan Nasional.

Juak-juak PAS yang kurang cerdik ini semua telah mempertikaikan kenapa bendera BN dibenarkan untuk dipamerkan di PRK Galas. Mengapa bendera parti didalam Pakatan Rakyat tak pula boleh? Bagi mereka, inilah bukti bahawa SPR menjadi pencacai kepada pihak kerajaan.

Nampak tak betapa tak cerdiknya para pengikut PAS? Mereka nak pihak SPR membenarkan mereka menggunakan bendera Pakatan Rakyat, tetapi selama ini ada tak Pakatan Rakyat didaftarkan? Dan ada tak bendera rasmi Pakatan Rakyat?

Kalau Pakatan Rakyat itu sendiri belum didaftarkan dan juga dijadikan sebagai parti induk pembangkang, mana nak datangnya bendera rasmi Pakatan? Itu pun penyokong dan pengikut Pakatan tak boleh nak fikir ke?

Seharusnya mereka-mereka itu semua sedar bahawa Pakatan Rakyat itu sendiri adalah sebuah parti tidak sah kerana ia tak pernah didaftarkan!

Ini sekaligus memberi maksud bahawa pengikut serta penyokong PAS, DAP dan PKR sedang bergelumang didalam sebuah tempat perkubangan HARAM yang bernama PAKATAN RAKYAT! Itupun ada hati nak tawan Putrajaya!

Memalukan sungguh!!!

UMNO sudah kafir & Murtad ???


Golongan kafir nampaknya semakin berani menyuarakan ketidak puasan hati mereka terhadap umat Islam lainnya apabila mereka bernaung dibawah bendera PAS. Ini terutamanya umat Islam yang mengambil pendirian menyokong perjuangan UMNO.

Ucapan Dr Balachandran dalam Ijtima' pas kali ke 14 di Batu Rakit, Sabtu baru-baru ni amat biadap sekali apabila mempertikaikan keimanan dan juga taraf keislaman ahli-ahli UMNO.

Sambil berhujah dengan memperalatkan surah al-Maidah yang menyebut tentang keadilan islam yang bersifat sejagat didalam PAS, kafir ini dengan berani telah menuduh bahawa UMNO yang merosakkan Islam didalam negara.

Si kafir dari Dewan Himpunan Penyokong Pas juga menyifatkan bahawa UMNO sedang melakukan perbuatan dan amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ini amat berbeza dengan pendekatan yang dilakukan oleh PAS yang memartabatkan Islam, kata si kafir ini lagi.

Lebih teruk lagi, Dr Balachandran ini telah mengatakan bahawa UMNO sendiri menentang hukum hudud. Disinilah dia mengeluarkan pandangan bahawa dari sudut pemahamannya bahawa UMNO itu sudah kafir dan murtad!!!!

Nampaknya, menjadi penyokong PAS adalah umpama lesen besar bagi kafir-kafir didalam negara memperlekehkan keimanan dan juga keislaman ahli-ahli UMNO.


PAS juga bagaikan laluan mudah untuk para kafir memporak perandakan umat Islam dan juga memecahkan persaudaraan Islam di pentas politik.

Inilah fungsi sebenar PAS yang digunakan sepenuhnya oleh musuh-musuh Islam di Malaysia. PAS hari ini dijadikan hanya sebagai alat untuk puak kafirun untuk meruntuhkan kekuatan umat Islam dan memecah belahkan lagi ukhwah islamiyah umat Rasulullah SAW.

Sebab itulah PAS harus ditolak sepenuhnya sebelum bangsa-bangsa pengkhianat agama ini memusnahkan kesucian Islam di bumi melayu ini!

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online