BREAKING NEWS

Pemimpin PAS yang Hipokrit...



Sedar atau tidak selama ini, duit derma ceramah yang dikutip dari penduduk kampung yang taksub hendakkan syorga percuma, dibelanjakan untuk kemewahan Presiden PAS. Dikhabarkan, siap ada Istana Hinggap di Kuala Lumpur lagi.
    
Ini amat berbeza dengan masa zaman arwah Fadhil Noor menjadi Presiden, Istana Hinggapnya hanyalah di Markaz Tarbiyah Taman Melewar. Orang tua tu cuma tidur atas lantai saja dulu kalau nak dibandingkan dengan Presiden PAS sekarang yang tidur diatas tilam empuk.

Nabi kita ada tak Istana Hinggap di Mekah ?? Takda baiiii. Habis cara hidup siapa yang Presiden PAS ikut ni?? Ini bukan ikut nabi…tapi ini ikut perangai yahudi yang bermegah dengan harta dunia.
Inilah yang dikatakan sifat cakap tak serupa bikin yang ada didalam semua penceramah PAS. Ke hulu ke hilir berceramah ikut Quran dan Sunnah. Tapi sembang saja lebih. Tahukah mereka apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan erti Sunnah.

Sunnah tu adalah cara hidup nabi dan para sahabat-sahabatnya. Ada tak Anwar Ibrahim dan Hadi ikut sunnah? Lihat saja bagaimana anak Anwar yang nak nikah dengan bermewahan ketika dulu.
Anak nabi dan para sahabat nikah kahwinnya amat miskin dan doif. Pernikahan Fatimah anak Rasulullah dengan Ali lagi menyedihkan. Apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan pernikahan Fatimah anak Rasulullah dengan Ali yang menyedihkan.

Hadi pulak bermegah ke hulu ke hilir berceramah dengan kereta mewahnya. Samalah juga macam pemimpin PAS yang lain. Cakap bukan main hebat lagi tentang zuhud dan jangan membazir, tapi diri mereka sendiri pun hampeh!!!

Tengok saja pula Nik Aziz. Adakah orang tua ni ikut sunnah nabi tentang hal larangan bermewah-mewahan? Orang tua ni pergi ke mengajar kuliah pun “menunggang” mercedes. Sedangkan nabi dulu hanya menunggang unta untuk menjalankan urusan dakwahnya.

Alahhh…, kalau setakat Pulau Melaka ke Kota Bharu tu, naik Kancil pun boleh sampai. Minyak lagi jimat. Spy naik Kancil dari utara ke selatan jerr…. serupa jugak sampainya ketempat yang nak dituju. Tak ada pun patah riuk tulang belakang. Nampak sangat Nik Aziz nak tunjuk dia ada Merc!

Jangan pulak nak bandingkan dengan pemimpin UMNO. Pemimpin UMNO tak hipokrit macam pemimpin PAS. Pemimpin UMNO tak berlakon seolah-olah mereka alim dan juga lebih Islam dari pemimpin lain. Itulah bezanya pemimpin UMNO dengan pemimpin PAS!

Kalau nak kata pemimpin UMNO boros, pimpinan PAS & PKR pun dah jadi 2×5 dgn UMNO nampaknya! Pemimpin-pemimpin PAS juga mengamalkan budaya bermewah-mewah. Kalau nak kata pemimpin UMNO tak boleh diharap.., pemimpin-pemimpin PAS lagi lah tak boleh nak diharap langsung!

Nak berdakwah kononnya bila berceramah merata-rata ceruk kampung.., tapi cuba tak dibayar saguhati dan di sponsor Hotel kepada mereka, mati hidup balik puak-puak ni tak akan datang berceramah. Kalau bayar 5-6 ratus dan dilayan bagaikan VVIP, laju saja mereka menawarkan khidmat petua masuk syorga kerajaan langit!

Heran betul dengan perangai manusia berserban dan berjubah labuh didalam PAS ni. Dalam ceramah bukan main lagi bercakap tentang kesederhanaan didalam Islam, tapi semua hanya retorik haprak lagi memualkan untuk memperbodohkan masyarakat.

Mereka-mereka ni agaknya tak tahu apa itu kesederhanaan dalam Islam. Lain kali kalau nak bercakap tu, biarlah logik sikit. Buat malu umat Islam saja puak-puak PAS ni semua bila merapu dan meraban macam orang tak siuman.

- myKMU

Gerakan Anti Liwat ditubuhkan di Sarawak..


Syabas diucapkan kepada kumpulan anak muda yang menggerakkan "Gerakan Anti Liwat" di Sarawak. Syabas juga kepada rakan blogger Sarawak yang berusaha mendedahkan tembelang pengkhianat negara si Anwar Ibrahim ini.

Nampaknya Anwar tak akan mampu menerobos masuk ke Sarawak dengan mudah. Rakyat Sarawak bukan mudah untuk Anwar "kencing" dengan janji-janji hapraknya.

Satu negara dah tahu tentang sikap serta peel Anwar yang sebenar. Anwar janji setinggi langit pun tiada siapa dah nak percaya dahhh....

Dikabarkan sebanyak 8000 t-shirt sedang diedar secara percuma mulai hari ini, oleh ahli -ahli gerakan yang menggelarkan diri mereka sebagai “Gerakan Anti-liwat”.

Kumpulan anak muda yang bergerak secara senyap, dan memiliki rangkaian di bandar-bandar utama seperti Kuching, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri sedang melancarkan gerakan menggedar T-shirt tersebut secara aktif.

Tidak diketahui, apakah kumpulan anak muda tersebut mewakili parti komponen BN negeri. Begitu juga tentang sumber kewangan mereka?

Yang pasti, difahamkan gerakan tersebut telah aktif secara senyap di Kuching sejak Ogos lalu.

Apakah mereka akan buat ‘pertunjukan’ di Miri pada 23 Oktober nanti, sempena menyambut kehadiran Anwar?

Anwar dan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dijangka hadir di "Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat Miri" pada 23 Oktober 2010 (sabtu). Pelancaran tersebut akan diadakan di rumah Dr Teo, Lot 349, Jalan Tanjong.

Sumber dari rakan Melanau Blogger.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online