BREAKING NEWS

Tikus Gergasi bakal jadi sajian popular di P.Pinang...


Selepas 2 tahun negeri P.Pinang diperintah dengan gaya kepimpinan Khalifah Umar, ingatkan Lim Guan Eng berjaya menjadikan Pulau Mutiara sebagai salah satu negeri terbersih dalam negara, rupanya semuanya indah khabar dari rupa..

Kehadiran tikus-tikus bersaiz gergasi disekitar bahagian Pulau menunjukkan bahawa Guan Eng langsung tak peka dengan kebersihan persekitaran negeri.

Ataupun, apakah semua tikus-tikus gergasi ini sengaja "diternak" oleh kerajaan DAP negeri pimpinan Guan Eng bagi dijadikan sebagai salah satu keunikan negeri untuk menarik pelancong?

Selain bakal menjadi tarikan pelancong, Lim Guan Eng disarankan agar mempertimbangkan idea untuk menjadikan tikus-tikus gergasi ini sebagai "sajian eksotik" bagi mempopularkan lagi negeri P.Pinang.

Selain itu, Guan Eng juga boleh menyediakan resepi baru seperti Sup Tikus berherba, Kari Dalca Tikus dan juga Kebab Tikus berserta ekor. Ini mesti akan menjadikan nama P.Pinang mahsyur seluruh negara bahkan terkenal di merata donia.

Bukankah Lim Guan eng dan DAP negeri amat sukakan pendekatan yang populis? Dan tikus-tikus gergasi ini amat berpotensi untuk mempopularkan lagi pemerintahan gaya Khalifah Guan Eng.

Jangan bimbang.., Nik Aziz pasti setuju dan memberi restu!



GEORGE TOWN - Nama-nama seperti Jalan Chowrasta, Jalan Penang, Jalan Macalister dan Jalan Burmah di sini memang cukup terkenal sebagai lokasi tumpuan pelancong.

Namun di sebalik populariti itu, disebabkan pengabaian kebersihan dan sikap ambil mudah segelintir golongan peniaga menyebabkan lokasi tersebut kini menjadi antara tempat pembiakan tikus.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris mendakwa, dianggarkan terdapat dua juta ekor tikus di George Town iaitu melebihi jumlah penduduk di kawasan itu terutama di kawasan gerai makan serta pasar.

Menurut beliau, perkembangan tersebut menunjukkan amalan pengurusan sisa dan kebersihan di negeri ini begitu rendah.

Katanya, kepesatan pembangunan bandar dan perancangan penduduk yang tidak sempurna memburukkan lagi keadaan.

Kaki kencing PKR akan disaman oleh "ejen UMNO"....


Ingat tak lagi sebelum ni Saifuddin Nasution kata bahawa orang luar yang membuat kekecohan didalam pemilihan PKR? Dan Saifuddin juga membayangkan bahawa UMNO terlibat didalam semua kekecohan yang berlaku.

Dan bila Saifuddin dicabar oleh pemimpin UMNO supaya membuktikan tuduhannya tersebut, Kaki kencing PKR ni telah memberikan satu nama yang dikatakan bukan ahli PKR dan dikatakan "ejen UMNO" yang diupah bagi menimbulkan kekecohan sewaktu pemilihan PKR berlangsung.

Bertepuk soraklah seluruh pengikut PKR dan Pakatan dengan kejayaan Saifuddin memberikan bukti orang yang kononnya "dalang kekecohan upahan UMNO" tersebut.

Tapi, air kencing itu tetap hancing juga dan takkan bertukar menjadi seharum air teh herba.

Saifuddin Nasution bukan sahaja menambah burukkan imej PKR malah dia secara langsung telah menunjukkan bahawa dia memang seorang yang kuat kencing dengan terdedahnya pengakuan ahli PKR yang dituduh sebagai "ejen UMNO" tersebut.

Malu wehh...mana Saifuddin nak letak muka selepas ini? Silap haribulan, dia akan kena saman juta-juta pulak dengan Razak Halidi yang dituduhnya sebagai dalang tersebut!


SHAH ALAM - Selepas seminggu mendiamkan diri apabila dituduh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail sebagai orang luar yang mendatangkan kekecohan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Kuala Langat, Abdul Razak Halidi, tampil untuk sahkan beliau masih ahli PKR.

Menurutnya, beliau masih memegang jawatan ketua cabang itu dan pemecatannya pada 9 September 2008 tidak sah.

Katanya, beliau tidak dimaklumkan pemecatan keahliannya, sebaliknya masih mempunyai keahlian B210000792 yang dicetak pada tarikh 2 November 2008.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang tidak cerdik Saifuddin kerana mendakwa saya ahli UMNO sedangkan langsung tidak pernah menjadi ahli kepada parti itu, cuma ahli Pas. Malah ketika Pilihan Raya Kecil Lunas saya adalah ahli jentera keselamatan kepada beliau," katanya kepada :Sinar Harian,: semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab tuduhan Saifuddin pada sidang akhbar pada 6 Oktober lalu yang Abdul Razak adalah orang luar yang menjadi dalang kepada kekacauan MATC Kuala Langat.

Abdul Razak berkata, beliau juga telah membayar yuran keahlian sebelum proses pengundian yang melayakkannya menunaikan tanggungjawab terhadap pemilihan parti.

Katanya, tindakan menjawab dakwaan Saifuddin itu sebagai tindakan tepat.

"Masa inilah perlu membuat pembetulan. Jika makin berusia lebih sukar membuat perubahan mengenainya. Buat masa ini saya percaya salah guna kuasa dalam parti banyak berlaku dan saya minta penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan," katanya.

Menurutnya, beliau telah berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan susulan terhadap parti dan Saifuddin. -SH

PKR Tak Layak bertanding di Batu Sapi.



Oleh Spy Leman.

Kemampuan PKR menyatupadukan ahli-ahlinya dan mengekalkan pengaruh di Sabah bakal teruji dengan Pilhanraya Kecil yang bakal diadakan di P185 Batu Sapi.

Spy jangkakan bahawa laluan Pakatan Rakyat akan sukar jika mereka tetap meletakkan calon dari parti PKR untuk menentang calon Parti Bersatu Sabah dari Barisan Nasional.

Peluang Pakatan mungkin akan lebih cerah sedikit jika calon PAS diletakkan untuk bertanding di Parlimen tersebut. Jika Anwar berdegil untuk menempatkan calon dari partinya seperti saranan dari Azmin, ini bermakna akan memberi kemenangan mudah kepada Barisan Nasional.

Ramai yang sedar bahawa PKR sekarang ini berdepan dengan masalah imej parti yang terjejas teruk berikutan insiden-insiden yang berlaku semasa pemilihan parti tersebut.

Ini tak dikira lagi kegagalan projek 16 September yang meranapkan terus kredibiliti Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia didalam negara dan juga di mata luar.

Dan senario keluar parti beramai-ramai dikalangan pemimpin dan juga ahli-ahli PKR di semenanjung juga bakal mempengaruhi sokongan pengundi Sabah terhadap parti tersebut.

Semua faktor-faktor ini menjadikan PKR dilihat sebagai sebuah parti yang kucar-kacir dan tidak berwawasan. Selain itu, rakyat mula buka mata dengan perangai sebenar pimpinan PKR yang hanya mementingkan diri sendiri dan begitu tamakkan kuasa.

Mengikut pemerhatian Spy, PAS lebih popular di Sabah berbanding PKR. Ada satu tinjauan yang dibuat di kawasan Parlimen Batu Sapi baru-baru ini.

Pungutan suara di Lupak Meluas menunjukkan bahawa 25% rakyat kawasan tersebut memilih PAS, 17.24% PKR, 2.59% DAP, 54.0% memilih BN dan 1.17% tidak membuat keputusan.

Begitu juga ketika mereka ditanya tentang sokongan mereka terhadap parti-parti didalam Pakatan Rakyat. 58.18% memilih PAS, 20% PKR, 1.82% DAP dan 18.18% berkecuali.

Selain itu, Anwar dan Nik Aziz ketinggalan jauh dari segi populariti diantara pemimpin-pemimpin politik didalam negara. Pungutan suara yang dibuat menunjukkan 51.69% memilih Tun Dr Mahathir Mohamad, 27.97% memilih Dato Seri Najib Razak, 3.39% memilih Anwar Ibahimdan 3.03% memilih Nik Aziz sebagai pemimpin terhebat.

Keadaan yang amat menarik Spy lihat di kawasan mengundi Batu Sapi sendiri. Ketika ditanya tentang keyakinan majoriti rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat, 25.45% telah menyatakan yakin, 61.82% tidak yakin dan 12.73% berkecuali.

Semua ini menunjukkan bahawa rakyat masih menerima dan berpuashati dengan pemerintahan Barisan Nasional pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Spy ingin nasihatkan kepada pucuk pimpinan PKR supaya lupakan saja niat untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu Sapi. Mereka sebenarnya langsung tak layak untuk mencalonkan diri dimana-mana PRK sekalipun buat masa ini.

Lebih baik Anwar and the geng menumpukan hal ehwal dalam kelambu mereka sendiri saja. Bukannya apa.., takut-takut juga kalau yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula akan berciciran.


Spy Leman melaporkan dari Kampung Tradisi Lupak Meluas, Batu Sapi Sabah.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online