Mahfuz ni dah hilang akal gamaknya.. Dah la menjerit-jerit nama Rosmah semasa pembentangan Bajet 2011 semalam, Mahfuz juga melabelkan bajet kali ni sebagai Bajet seluar dalam.
Inilah yang dinamakan pemimpin-pemimpin bebal didalam Pakatan Rakyat. Semuanya salah dan tak elok dimata mereka. Mereka-mereka ini sebenarnya tak tahu apa fungsi sebenar pembangkang didalam negara.
Mahfuz semalam bising tentang jaminan kerajaan tak menaikkan tol dalam tempoh lima tahun. Dia tak puas hati kerana barangan lain khususnya yang bersubsidi tak disentuh oleh DS Najib.
Ahli Parlimen Pokok Sena ni mendesak kerajaan supaya tak menaikkan harga barangan keperluan yang disifatkannya membebankan rakyat.
Sekali dengar, nampak macam baik dan mengutamakan rakyat je si Mahfuz ni. Tapi bila fikirkan balik, dia ni tak lain hanyalah seorang munafiq besar didalam PAS.
Kalau betul Mahfuz pentingkan masalah rakyat, kenapa dia langsung tak bersuara semasa tarif air dinaikkan dinegerinya sendiri?
Bukankah rakyat Kedah marah terhadap MB Azizan dengan kenaikan tersebut hinggakan ahli PAS sendiri sanggup berdemonstrasi mendesak Azizan meletak jawatan?
Dimana suara salakan Mahfuz yang kononnya prihatin terhadap beban rakyat di negerinya sendiri? Takkan lah Mahfuz hanya berani melalak di Parlimen dan depan media sahaja kot?
Memalukan betul kerana orang macam Mahfuz ni diangkat sebagai ahli Parlimen dan juga Naib Presiden PAS. Bakat kepimpinannya langsung tak ada untuk dibanggakan. Taraf kematangan pula hanyalah diperingkat cap ayam.
Cuma satu saja bakat pada diri Mahfuz ini yang memang terserlah...., BAKAT GILA!!!

