Sebelum ni bukan main Samsul Iskandar @ Sam ketot beria-ia nak bertanding kerusi Naib Presiden PKR. Sekarang ni dah kedengaran pula bahawa Samsul akan membuat U Turn kembali bersaing mempertahankan jawatan Ketua AMK.
Keputusan Samsul ini mungkin kerana dia takut kepada Fuziah Salleh yang mendapat pencalonan tertinggi bagi jawatan Naib Presiden PKR. Malu lah dia kalau tewas kepada seorang wanita seperti Fuziah.
Jadi untuk mengelakkan malu, Samsul terpaksa menelan kembali ludahnya sebelum ini dengan bertanding bagi jawatan Ketua AMK bersama-sama Chegu Bard dan juga Rafizi Ramli.
Tetapi, Samsul mungkin akan berputih mata pada pemilihan kali ini. Ini kerana, Chegu Bard adalah calon paling popular sebagai Ketua AMK PKR yang baru. Dan pencalonan yang diterima oleh Chegu Bard jauh lebih banyak dari yang diterima oleh Samsul sendiri.
Nampaknya, Samsul hampir pasti akan kehilangan semua jawatannya didalam PKR selepas pemilihan parti tersebut yang dijadualkan pada November ini.
Inilah yang dikatakan "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Kesiannn Sam...
p/s: Kalau dah tak ada jawatan nanti, jangan pula Samsul ada hati nak lompat masuk UMNO. Liabiliti yang dok ada sekarang ni dalam UMNO pun dah cukup menyusahkan...
Kenapalah makcik sorang ni jeles sangat dengan DS Rosmah niii...? Apa yang DS Rosmah buat, semunya makcik Zuraida ni nak kutuk dan bantah.
Dulu masa isu First Lady, makcik ni lah jugak yang mula-mula bising macam ayam hilang telor. Sekarang ni, DS Rosmah nak bantu atasi masalah pembuangan bayi pun makcik Zuraidah ni menyalak jugak.
Hairan sungguh dengan telatah makcik PKR sorang ni. Ntah apa yang dicemburukan dengan DS Rosmah pun tak tau lah....
Agaknya..., dia jeles sebab DS Rosmah tu isteri PM. Datuk Seri Najib tu pulak hensem jugak orangnya. Mungkin pasal nilah yang makcik Zuraidah ni cemburu sangat kottt...
Mungkin bibir laki makcik Zuraidah ni tak "semerah" dan "seseksi" bibir DS Najib. Tu yang jeles dan dengki sangat makcik ni dengan DS Rosmah. Agaknya lah kannnnn...
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin membidas cadangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya pusat bersepadu bagi membantu golongan remaja perempuan yang melahirkan bayi tanpa berkahwin ditubuhkan, lapor Suara Keadilan.
Ini kerana menurut Zuraida (kanan), tindakan Rosmah itu dilihat mahu mengambil alih tanggungjawab serta memperlekehkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dam Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.
"Saya hendak cakap pun tak faham, apakah sebenarnya peranan Rosmah. Beliau menteri atau isteri Perdana Menteri ke, apa jawatan rasmi beliau yang sebenarnya?
"Cadangan beliau menunjukkan beliau ingin campur tangan dalam kementerian dan urusan kerajaan, dia tidak ada apa-apa latar belakang maklumat mengenai masalah tersebut tiba-tiba nak bagi idea yang sebegini. Ini adalah satu perkara yang 'adhoc'.
"Sebarang cadangan sekali pun, Rosmah perlu berbincang dengan pihak kementerian yang berkenaan dan bukannya berlagak seperti mahu ambil alih tugas menteri dan campur tangan dalam pentadbiran negara," kata Zuraida.
Zuraida berkata Rosmah seolah-olah mencerminkan kepada rakyat bahawa Shahrizat tidak menjalankan tugasnya sebagai anggota jemaah menteri.
"Kalau macam ini baik tutup sahaja kementerian Shahrizat dan letak sahaja tanggungjawab ini di bawah Rosmah," sindir beliau lagi.
Tarikh pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi di Sabah akan diadakan serentak dengan pilihan raya kecil dewan undangan negeri Galas iaitu pada 4 November ini.
Manakala tarikh penamaan calon juga diadakan pada hari yang sama, iaitu 26 Oktober ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.
Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.
"Sebanyak 25,582 pemilih yang melibatkan 24,047 pengundi biasa dan 1,535 pengundi pos layak mengundi dalam pilihan raya ini," katanya.
Menurutnya, daftar pemilih yang digunakan adalah Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan bersama dengan daftar pemilih suku tahun pertama dan kedua tahun ini yang dikemaskini pada 9 Oktober lalu.
"Sebanyak 45 saluran akan dibuka manakala 405 petugas telah dilantik bagi mengendalikan perjalanan pilihan raya ini," kata Abdul Aziz.
p/s: Mana satu nak pilih untuk buat liputan niii.....
"Kami tetap sayang YB Lim Guan Eng". mungkin itulah luahan ikhlas para pengikut tegar PAS apabila ditanya tentang tindakan kerajaan DAP negeri yang akan menghalau 40 penjaja melayu di pasar pagi Kampung Tanjung Tokong.
Pihak MPPP dan kerajaan negeri memberi alasan terpaksa memindahkan kawasan perniagaan melayu tersebut kerana terdapat aduan orang ramai bahawa ianya kotor dan menghalang perjalanan lalulintas.
Sejak awal tahun ini, pihak MPPP dengan arahan dari kerajaan negeri bertindak tidak mengeluarkan lesen perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil melayu di Lebuh Sungai Pinang 1 berhampiran dengan perumahan Pinang Court, Pinang Court 2 dan Ocean View.
Peniaga-peniaga melayu di kawasan tersebut yang rata-ratanya berniaga nasi lemak dan juga barangan basah seperti sayur dan ikan, bukan sahaja diberi amaran malah mereka turut disaman oleh pihak MPPP.
Hairannya, peniaga-peniaga cina di sepanjang Lebuh Chulia yang duduk berniaga sepanjang malam di situ sehingga mengganggu aliran trafik, tak pula diambil sebarang tindakan oleh pihak MPPP dan kerajaan negeri.
Begitu juga kisahnya di New Lane Jalan McAlister. Peniaga-peniaga cina yang jelas mengotorkan jalan serta longkang dan mengganggu lalulintas disitu dibiarkan berniaga tanpa sebarang gangguan.
Inilah sikap double standart yang diamalkan oleh kerajaan DAP negeri pimpinan Lim Guan Eng. Peniaga-peniaga cina dibiarkan secara bebas memacakkan gerai dimana-mana sahaja serata negeri. Manakala peniaga kecil melayu pula dihambat umpama anjing kurap dibumi sendiri!
Itupun masih ada melayu-melayu yang belum sedar serta masih sayang dan setia kepada kepimpinan khalifah kafir Lim Guan Eng ini!
p/s: Buat macam manapun....,Melayu PAS dan PKR tetap akan kata "i love u Guan Eng".......
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.