BREAKING NEWS

Ish...... Berselera Sungguh Anwar Ni Meliwat Orang...



Siapa Rashid ?

Difahamkan Rashid merupakan tukang urut peribadi Anwar semenjak Anwar dipenjarakan di Sungai Buloh. Sebaik sahaja Anwar dan Rashid dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, Anwar telah mengambil Rashid bekerja dengannya sebagai tukang urut peribadi dan merangkap orang gaji.

Rashid telah diberi penginapan percuma di rumah Anwar sepertimana yang pernah dilakukan kepada adik angkat Anwar bernama Sukma Darmawan Sasmitaat Madja suatu ketika dahulu.

Menurut sumber, Rashid telah dihalau dari rumah Wan Azizah apabila ketiadaan Anwar yang ketika itu menetap di Amerika Syarikat. Apabila Anwar kembali semula ke Malaysia, Anwar telah mengambil semula Rashid sebagai pembantu peribadinya dan ditempatkan di pejabat Seksyen 16, Petaling Jaya.

Rashid menjadi subjek utama ketika peperangan di antara Ezam dan Wan Azizah baru- baru ini.

Ezam mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena di antara dengan Rashid pada tahun 2005. Ketika itu, Ezam merupakan Ketua AMK PKR, manakala Anwar pula menjadi pensyarah pelawat di Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.

Insiden berlaku ketika pertembungan perjalanan Wan Azizah dan Anwar. Wan Azizah dalam perjalanan ke Washington melawat anak-anaknya yang turut dihantar belajar ke Amerika Syarikat. Salah seorangnya, Nurul Izzah yang belajar di universiti sama tempat ayahnya mengajar iaitu Universiti John Hopkins. Manakala, Anwar ketika itu dalam perjalanan bercuti dari Washington ke Malaysia untuk menguruskan kerja-kerja parti.

Wan Azizah dapat mengagak apa yang dilakukan oleh Anwar semasa ketiadaannya, sebab itu dia mengirimkan SMS dan menelefon orang kepercayaannya, Ezam Mohd Nor. Azizah memang rapat dengan Ezam, dari Anwar dipenjarakan, hingga Anwar berhijrah ke Amerika Syarikat, Ezam lah tempat bergantung Azizah. Mereka ibarat satu keluarga.

Kepulangan Anwar disambut oleh Ezam Mohd Nor yang ketika itu masih Ketua Angkatan Muda PKR. Pada sebelah malamnya, Ezam bersama dengan exco-exco Angkatan Muda PKR telah hadir ke rumah Anwar untuk bermesyuarat berkenaan perkembangan parti.

Semasa mesyuarat berlangsung, Wan Azizah dari Amerika telah mengirim sms kepada Ezam bertanyakan sesuatu berkenaan aktiviti Anwar.

SMS Wan Azizah : 'siapakah yang ada dalam mesyuarat di rumah'.

Ezam balas : Saya dan beberapa exco pemuda lain

SMS Wan Azizah : 'selain daripada aktivis parti, adakah mana-mana lelaki lain yang tidak berkaitan ?'.

Ezam : Tidak ada

SMS Wan Azizah : Pastikan tidak ada mana-mana lelaki bermalam di rumah saya!

Ezam terkejut dengan sms keras dari Wan Azizah yang dapat membaca sesuatu apa yang bakal berlaku di rumahnya walaupun ketika itu dia berada di Amerika Syarikat.

Dalam tertanya-tanya itu, Ezam menjawab OK!

Selesai bersms, Ezam meneruskan perbincangan dengan Anwar. Ketika itu datang seorang lelaki membawa kopi dan kuih muih dan karipap (kuih kegemaran Anwar) kepada semua ahli mesyuarat. Ezam sangat terkejut dengan kehadiran lelaki itu, kerana lelaki itu sangat dikenalinya yang menjadi musuh ketat Azizah iaitu Rashid.

Selesai bermesyuarat Ezam pulang ke rumahnya dengan penuh tanda tanya. Kenapa Rashid boleh berada di rumah Azizah sedangkan dia telah dihalau keluar rumah itu sebelum ini.

Ezam juga tidak melaporkan perkara itu kepada Azizah, walaupun Azizah sebenarnya sudah dapat menghidu kehadiran Rashid ke rumahnya sepanjang ketiadaanya.


ehsan AIDC


p/s: Dalam banyak-banyak lobang..., lobng jantan jugak yang Anwar suka... ish, ish, ishhhh..... doniaaa...doniaa....

Cina lebih takutkan UMNO berbanding PAS ?



Mungkin benar kenyataan dari pengarang laman web The Malaysian Insider (TMI) kelmarin bahawa cina lebih takutkan UMNO berbanding PAS.

Pertamanya, kaum cina khususnya yang berfahaman chauvinist dan racist didalam DAP memang takutkan UMNO yang sejak sekian lama mempertahankan hak serta maruah bangsa melayu didalam negara.

Kaum cina didalam DAP hanya berani kepada PAS yang malu untuk mengaku bahawa melayu sebagai bangsanya sendiri. Dan DAP tahu bahawa PAS tak akan mempertahankan hak serta maruah bangsa melayu kerana terlalu takut dilabelkan assobiyah.

Buktinya, DAP yang menguasai P.Pinang selama hampir dua tahun masih terkial-kial untuk berdepan dengan UMNO di negeri tersebut. Berbeza dengan PAS P.Pinang yang mudah sekali mereka perkudakan untuk menjadi talibarut membohongi rakyat serta pengikut PAS dan melayu Pakatan.

DAP juga langsung tak boleh berkerjasama dengan UMNO berbanding parti kaum cina lain seperti MCA dan GERAKAN. Ini kerana, polisi DAP yang mahu berkuasa dan bukannya berkongsi kuasa didalam negara ini.

Tetapi, DAP jelas selesa bersekongkol dengan PAS akibat dari perjuangan PAS yang sentiasa berubah-ubah dan pemimpin tertinggi PAS yang langsung tak mempunyai pendirian!

DAP pastinya tak mampu duduk semeja dengan UMNO. DAP ialah sebuah parti yang hanya tahu merampas hak orang lain dan juga mempunyai sifat perkauman yang amat tebal.

Dan walaupun UMNO itu juga adalah parti perkauman, tetapi UMNO bukanlah sebuah parti yang mempunyai keinginan untuk merampas hak dari kaum lain didalam negara ini. Tetapi UMNO tak pernah bertoleransi didalam isu hak dan juga maruah bangsa melayu.

Inilah yang ditakutkan oleh cina yang berfahaman chauvinist dan racist didalam negara Malaysia. Sebab itulah mereka-mereka ini lebih sukakan PAS berbanding dengan UMNO yang begitu tebal semangat kemelayuannya.

Jadi, kenyataan pengarang laman web The Malaysian Insider sebenarnya tak salah. Cuma ia perlu diperbetulkan sedikit bahawa hanya kaum cina yang berfahaman DAP dan Pakatan Pembangkang sahaja yang takutkan UMNO.

Manakala kaum cina yang bernaung dibawah parti-parti didalam komponen Barisan Nasional memang memahami prinsip dan perjuangan UMNO mempertahankan hak melayu. Dan semua parti-parti komponen di dalam BN juga menjalinkan kerjasama yang erat sejak awal kemerdekaan dengan berkongsi kuasa pemerintahan.

Inilah kesefahaman yang tiada dalam gabungan DAP, PAS dan PKR.

Sebenarnya, bukan sahaja kaum cina didalam DAP sahaja yang tak takutkan PAS.., melayu dan india didalam PKR juga hanya pandang sebelah mata sahaja kepada PAS kerana kelemahan pemikiran pemimpin parti melayu tersebut!

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online