Sesi penerangan untuk menjawab isu wang hasil judi kerajaan DAP di P.Pinang telah diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi pagi tadi. Ia dikepalai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Saleh Man.
Ceramah juga disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng.
Hampir 70 warga emas yang merupakan ahli PAS dan PKR hadir setelah dibawa ke Majlis itu oleh petugas-petugas parti tersebut.
Saya dimaklumkan bahawa warga-warga emas ini dikumpul dari lebih 10 kawasan Seberang Perai iaitu Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan-kawasan lain.
Saya juga diberitahu oleh pihak majlis, pada awalnya dianggarkan lebih 600 warga emas penerima wang ehsan telah dijemput ke majlis penerangan ini. Tetapi akhirnya, hanya 70 sahaja yang hadir.., itupun setelah usaha menyediakan pengangkutan dan urusan perjalanan disediakan.
Menariknya di Majlis Penerangan ini, Salleh Man telah mengaku bahawa kerajaan pimpinan Lim Guan Eng telah menerima hasil judi dari kelab lumba kuda. Tetapi Salleh Man segera manafikan duit tersebut digunakan didalam pemberian wang ehsan RM100.
Duit itu kononnya digunakan untuk program yang lain. Terfikir juga saya, adakah program lain yang dimaksudkan oleh Salleh Man ini ialah Program berbuka puasa dan sumbangan kepada Masjid-masjid di sekitar P.Pinang yang dilakukan kerajaan DAP sebelum Aidilfitri dulu?
Nampaknya, setelah exco agama Malik Kassim dari PKR tak mampu menangani isu wang hasil judi yang diterima Lim Guan Eng untuk Program Basmi Kemiskinan di P.Pinang, kini Salleh Man dari PAS pula menjadi lembu tambatan kepada Lim Guan Eng dan DAP negeri.
Inilah bukti bahawa PAS dan PKR hanya menjadi barua talibarut mencuci najis kepada kafir harbi DAP di negeri P.Pinang ini!
Pelik bin ajaib!!! Kenapa Pemuda PAS yang wala' dan taksub kepada ketua Pakatan yang mengamalkan aktiviti gay dan homoseksual seperti Anwar sanggup membantah konsert Adam Lambert?
Timbalan ketua Pemuda PAS iaitu Azman Shapawi Abd Rani memberi alasan bantahan tersebut ialah kerana ia bakal membawa "keruntuhan akhlak masyarakat", khasnya dikalangan anak muda.
Dan Pemuda PAS menuduh kerajaan tak peka dan perlu bertanggung jawab menarik balik konsert tersebut.
Tahu pula Pemuda PAS ini bahawa amalan gay dan homoseksual itu tak baik untuk masyarakat dan juga golongan muda. Tapi kenapa mereka-mereka ini masih lagi menyokong dan berbumbungkan Pakatan yang dikepalai oleh pelaku homoseksual?
Mat Sabu sendiri mempopularkan panggilan Al Juburi kepada Anwar pada lewat tahun 97. Ini bermakna PAS sudah sedia maklum dengan aktiviti songsang yang menjadi amalan Anwar.
Dan pasti Mat Sabu juga lebih sedia maklum tentang perangai Anwar. Saya sarankan supaya Azman Sharpawi rujuk kepada Mat Sabu untuk penerangan lebih teliti tentang kisah Al Juburi ini.
Tak payahlah Azman Sharpawi menyuruh kerajaan supaya peka dengan perkembangan budaya songsang amalan homoseksual kerana dia sepatutnya menasihati partinya sendiri terlebih dahulu!
Mungkin Anwar juga suka dan menjadi penonton dikedudukan yang paling depan sekali jika Adam Lambert dibenarkan bernyanyi dan menari di dalam negara. Siapa tahu kann?
Oleh itu, Pemuda PAS jangan hanya tahu menuduh punggung orang lain hitam sedangkan punggung mereka sendiri lebih hitam dan berkerak-kerak keadaannya.
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.