BREAKING NEWS

Khalid Samad yang sengal...


Hanya kerana sekeping banner Hari Raya Datuk Noh Omar di Selangor, Khalid Samad telah menjadi bertambah sengal..

Hanya kerana tulisan di banner tersebut yang mengucapkan Selamat Hari Raya buat seluruh keluarga UMNO di Selangor, Khalid meroyan bagai nak gila didalam blognya.

Punca yang menyebabkan Khalid Samad tak tentu arah dengan banner ini ialah, Datuk Noh HANYA khaskan ucapan raya kepada keluarga UMNO sahaja di Selangor, tetapi bukan untuk keluarga PAS dan PKR.

Khalid juga mempertikaikan apakah hanya keluarga UMNO sahaja yang Islam dan menyambut Aidilfitri hinggakan Datuk Noh lupa kepada umat Islam lain.

Disinilah nampak ketara sangat sengal si Khalid gereja ini.

Salahkah pemimpin UMNO nak buat banner untuk sampaikan Ucapan Aidilfitri kepada ahli-ahlinya sendiri? Takkanlah Datuk Noh nak pergi melawat dari rumah ke rumah setiap ahli UMNO untuk menyampaikan ucapan raya tersebut?

Lagi satu, takkanlah Datuk Noh nak tulis di banner tu ucapan raya khas ditujukan untuk ahli PAS dan PKR? Dia kan pemimpin UMNO di Selangor, bukannya pemimpin PAS ataupun PKR. Khalid ni dah hilang akal gamaknya?

Apalah sengal sangat Khalid Samad ni hingga isu ni pun nak diperbesarkan? Khalid ni tak ada kerja lain ke hinggakan benda-benda macam ni pun nak dipolitikkannya?

Memalukan betul jika hanya tahap ini sahaja pemikiran seorang YB PAS. Pesuruhjaya Shah Alam pulak tu... Macam manalah rakyat dikawasan tersebut boleh pilih "yakpurr salamm" macam Khalid ni jadi YB?

Kesian betul masyarakat Shah Alam kerana dapat YB sengal macam Khalid nii...

Edisi Lawak!!! Jawatan kosong Setiausaha Sulit De Facto. (Untuk lelaki jambu sahaja)


Kepada lelaki-lelaki jambu diluar sana, jangan bazirkan masa anda dengan sia-sia. Sertai keluarga bahagia PeeKayyaaR sebagai Setiausaha Sulit De Facto bagi menjamin masa depan anda.

Kerjanya mudah, fleksibel dan cukup bebas. Anda takkan terikat dengan sebarang komitmen dan anda diberikan ruang secukupnya untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja.

Yang paling penting adalah "kerjasama" anda...hehehehe...

Syarat-syarat kelayakan:-

a) Mestilah lelaki jambu ataupun separuh jambu..
b) Mengutamakan kebersihan diri terutamanya dikawasan "peribadi".
c) Sanggup berkerjasama sewaktu "susah" dan "senang"..
d) Sanggup bersama semasa "sakit" dan "sedap"..
e) Sanggup berkerja "didalam" kawasan ataupun "diluar" kawasan..
f) Suka makan karipap..
g) Sanggup simpan rahsia bersama..

Jika anda memenuhi KPI seperti yang disebutkan di atas, sila hubungi pihak kami dengan segera kerana anda memang diperlukan secepat mungkin.

Calon-calon berkelayakan akan ditemuduga sendiri oleh De Facto kami secara peribadi di Kondominum Desa Damansara. (Segala peralatan membersihkan diri serta karipap juga akan disediakan sewaktu temuduga nanti)

Kami mengalu-alukan kedatangan anda dan berbangga anda akan menjadi sebahagian dari keluarga besar kami. Sila hubungi ranting atau dahan PeeKayyaaR terdekat untuk mendapatkan borang permohonan anda. Terima Kasih.

Salinan Laporan Polis Rahimi Osman dan sidang media Latheefa Koya...


Latheefa Koya bersama Saiful Ramli yang disebut dalam laporan polis Rahimi akan mengadakan sidang media pagi ini jam 11.30 bagi menjawab tuduhan Rahimi di ibupejabat parti PKR, Merchant Square Tropicana.

Sesiapa yang berminat nak tengok Latheefa Koya, bolehlah hadir ye..

Latheefa akan akan saman Rahimi Osman..


Kem PKR kecoh lagi. Selepas insiden memalukan yang berlaku didalam pemilihan parti tersebut di seluruh negara baru-baru ini, kini PKR berdepan pula dengan tuduhan memaksa saksi bagi kes liwat Anwar Ibrahim membuat akuan bersumpah palsu.

Akibat dari pendedahan serta laporan Polis yang dibuat oleh bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim iaitu Rahimi Osman, kem PKR kini bergegar ibarat dilanda gempa berskala 7.0.

Ramai yang serta merta membuat kenyataan bagi menafikan tuduhan Rahimi terhadap kumpulan Anwar didalam PKR.

Antara yang terawal ialah calon bagi Ketua AMK Chegu Bard, Peguam Anwar Sankara Nair dan terkini ialah Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya.

Semuanya menafikan tuduhan Rahimi yang menyatakan bahawa dia dipaksa untuk membuat akuan sumpah palsu didalam kes liwat Anwar terhadap Saiful Bukhari Azlan.

Latheefa Koya yang dikatakan memaksa Rahimi membuat akuan bersumpah palsu tersebut beria-ia menafikan dia terlibat. Malah Latheefa juga bercadang untuk mengambil tindakan terhadap Rahimi yang dikatakan telah membuat fitnah terhadap dirinya.


KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya turut menafikan dakwaan bahawa beliau telah memaksa seorang saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menandatangani dua akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Latheefa mendakwa saksi itu Rahimi Osman, yang satu ketika dulu merupakan pembantu Anwar secara “sukarela” telah bekerjasama dengan pasukan guaman penasihat PKR itu semasa menandatangani akuan bersumpah itu pada Jun 2008.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenakan tekanan ke atas dia.

“Ketika itu dia merupakan saksi yang berpotensi dalam kes Anwar, sebagai sebahagian daripada pasukan pembela, kami hanya menyediakan kenyataan-kenyataan melibatkan saksi-saksi berpotensi, yang merupakan perkara biasa dalam mana-mana pembelaan perundangan,” kata beliau dalam kenyataan SMS petang tadi.

Latheefa yang melabel dakwaan Rahimi ke atas dirinya dan anggota PKR yang lain sebagai “fitnah dan tohmahan” bercadang mengambil tindakan ke atas bekas pembantu Anwar itu. - MalaysianInsider


p/s: Kalau tak ada angin, takkan pokok nak bergoyang....

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online