Saya mendapat cerita dari pemandu Nizar Jamaluddin iaitu Sdr Norman, bahawa kereta yang selalu dinaiki oleh bosnya sentiasa "dipancitkan" sewaktu menghadiri program-program di seluruh semenanjung.
Yang menjadi misterinya, tiada siapa yang tahu bagaimana kereta Nizar ini dipancitkan kerana ia tetap akan pancit walaupun pemantauan dibuat Unit Keselamatan Pimpinan (UKP).
Menurut pemandu Nizar lagi, Tayar kereta seperti ditoreh kiri kanan.Kesan seperti penggunaan benda tajam seolah-olah tayar dicucuk juga telah ditemui.
Ketika Nizar mengadakan program jemputan di Kedah pada bulan Ramadhan, keretanya dipancitkan sewaktu program tersebut berlangsung.
Begitu juga pada 25 September lalu, tayar kereta Nizar dipancitkan lagi dan kejadian ini berlaku di Parit Buntar Perak selepas dia memenuhi jemputan dari PAS kawasan.
Dan yang terbaru, pada 30 September lalu sebaik sahaja selesai program Jamuan Raya anjuran Pas Cawangan Pak Dollah di kawasan Bukit Gantang, sekali lagi kejadian pancit ini berlaku.
Inilah yang menjadi misteri kepada pemandu peribadi Nizar ini. Siapakah yang begitu dengki dan irihati kepada Nizar sehingga sanggup mensabotaj tayar keretanya setiap kali ada program yang melibatkan Nizar?
Nak kata budak-budak UMNO, mustahil juga kerana semua kejadian tayar pancit ini berlaku sewaktu program-program PAS. Jadi...., siapa yang melakukannya???
p/s: Misteri Nusantara sungguh niii.....
Kira-kira pukul 3 petang tadi, seramai 47 warga emas penerima wang dari Dana Basmi Kemiskinan P.Pinang telah bertindak memulangkan kembali wang tersebut kepada Lim Guan Eng dan DAP negeri.
Majlis tersebut menjadi penuh emosi apabila terdapat sebilangan warga tua Bukit Mertajam yang meluahkan perasaan geram serta marah mereka kepada kerajaan DAP dan juga Lim Guan Eng.
Disamping itu, ada seorang anak kepada warga emas di kawasan tersebut telah datang memulangkan kembali wang RM100 yang diterima oleh ayahnya yang telah meninggal dunia hampir 3 bulan lepas.
Dengan linangan airmata, dia meluahkan kesal yang amat sangat dengan tindakan Guan Eng dan DAP P.Pinang yang telah menipu selurh warga emas di negeri tersebut.
Sebanyak RM4700 berjaya dikumpul dan akan diserahkan kepada Pemuda UMNO negeri untuk dipulangkan kepada Lim Guan Eng.
Selepas ini, dikhabarkan ada dua lagi kawasan Parlimen yang akan mengadakan majlis yang sama.
"Kalau merokok saya memang tidak boleh terima untuk jadi calon. Itu kena bagi tau awal-awal kerana merokok ini boleh merosakkan segala-galanya dan tidak ada doktor baik Islam atau kafir mengatakan rokok ini baik".- Nik Aziz
Pelik sungguh perangai orang tua nyanyuk ni. Sepatutnya dicari calon yang boleh berkhidmat kepada rakyat dengan ikhlas. Sepatutnya juga dicari calon yang dapat memimpin rakyat dengan baik.
Tetapi, Nik Aziz tak pedulikan semua itu. Dia hanya mahu memilih calon yang TAK MEROKOK!
Mungkin bagi orang tua ni, tak merokok adalah lebih penting dari kebolehan memimpin. Tak merokok juga adalah lebih penting dari keupayaan untuk berkhidmat kepada rakyat.
Sebab itulah syarat tak merokok itu paling diutamakan oleh Mursyidul Am PAS ini bagi menentukan calon di N45 Galas nanti.
Malanglah nasib masyarakat di DUN Galas nanti jika memilih calon PAS. Mereka hanya boleh berbangga dengan wakil rakyat PAS yang tak merokok tapi tiada kemahiran memimpin dan kemampuan untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan tersebut!!
p/s: Kalau monyet tu monyetlah jugak... apa bezanya hisap rokok dengan tak hisap rokok... sama saja perangai puak-puak ni semua..
Semakin ramai yang menolak kepimpinan Lim Guan Eng di P.Pinang. Daripada warga emas hinggalah ke generasi muda, semuanya semakin meluat dengan Ketua Menteri kaki bohong ini.
Semalam di Bayan Baru, rasa tak puas hati warga emas dengan pembohongan Lim Guan Eng didalam hal dana Program Basmi Kemiskinan semakin membara. Kali ini, 70 orang warga emas bertindak memulangkan kembali "wang haram" tersebut sambil mengecam pembohongan Lim Guan Eng.
Tak habis di situ, Guan Eng terus "dihentam" apabila sekumpulan anak muda yang dipercayai berang dengan sikap Guan Eng yang berbohong kepada warga emas, bertindak menunggu kepulangan Ketua Menteri dari Melbourne di lapangan terbang Bayan Lepas.
Ketibaan Guan Eng disambut dengan kain rentang serta sorakan "booooo" serta "Ketua Menteri Pembohong"!
Nampaknya, kerusi Ketua Menteri yang diduduki oleh Setiausaha DAP ini di P.Pinang semakin panas. Dia semakin teruk "diserang" kiri dan kanan akibat dari sikapnya yang tak sensitif kepada masyarakat sekitar negeri.
Hari ini dijangka akan ada lagi penyerahan wang RM100 yang dilakukan oleh warga emas di negeri ini. Dan besok, dikhabarkan satu perhimpunan akan diadakan di KOMTAR dengan tujuan yang sama.
Sebab itulah saya katakan, Lim Guan Eng patut letakkan jawatan dan pulang saja ke Melaka.
Selepas ini, banyak isu besar negeri akan dilondehkan satu persatu. Masih banyak lagi penyelewengan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan kroni DAPnya yang masih belum diketahui umum. Semua isu ini umpama "bom jangka" yang bakal meletup menggegar pentadbiran kerajaan negeri!
Apa yang pasti, tidur Guan Eng mesti tak akan lena lagi selepas ini!
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.