BREAKING NEWS

DUN N45 Galas.., Belum lawan PAS dah takuttttt.....


Lawak pun ada, pelik pun ada bila membaca kenyataan Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat yang meminta Barisan Nasional supaya tak bertanding jika pilihanraya kecil diadakan di DUN Galas.

Yang lawaknya adalah, alasan yang diberikan oleh Takiyuddin Hassan untuk memujuk UMNO/BN supaya tak bertanding ialah kononnya demi perpaduan melayu.

PKR memang parti yang kuat...


Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menuduh kekecohan sewaktu pemilihan PKR baru-baru ini sengaja dilakukan bagi mesebotaj mesyuarat PKR.

Ia bertujuan untuk memberi gambaran kepada rakyat bahawa PKR sedang kalut dan mengalami masalah dalaman. Kekecohan itu dilakukan dan didalangi oleh orang luar yang dengki dan sakit hati melihat kehebatan demokrasi didalam PKR.

Kata Saifuddin lagi, kekecohan ini merupakan satu lagi bukti menunjukkan PKR kuat dan menghantui pemikiran musuhnya apabila beberapa pemimpin Umno termasuk Muhyiddin Yassin turut sama mengulasnya.

Melayu oh Melayu...., jangan tengok saja....


Masalah yang semakin parah berhubung dengan nasib melayu dan agama Islam di Pulau Pinang seharusnya menyedarkan bangsa Melayu tentang betapa kerajaan negeri yang diketuai DAP dan Pakatan sebenarnya tidak ikhlas dan layak untuk diangkat sebagai pemimpin.

Segala kekacauan serta huruhara yang menggugat ketenangan kehidupan orang-orang melayu di P.Pinang, jelas menunjukkan wajah sebenar kepimpinan DAP dan Pakatan yang hanya berlumba-lumba mengejar keuntungan politik tanpa mengira sensitiviti rakyat.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online