Pertama sekali, takziah kepada keluarga Allahyarham Che Hashim, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas yang kembali ke Rahmatullah petang tadi. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang diredhai oleh Allah swt.
Sewajarnya, apabila berlaku kematian dikalangan ahli politik, terutamanya mereka yang memegang jawatan sebagai pemimpin dikalangan umat Islam, kita sepatutnya menghormati perasaan keluarga arwah.
Hari ni, saya tersesat masuk ke dalam satu blog pro pembangkang ketika sedang ber"blogwalking". Tuan punya blog ini didalam entry terbarunya bercerita tentang surat pengesahan derma kelab lumba kuda yang diterima oleh kerajaan negeri DAP P.Pinang.
Menariknya, dia dengan bangganya menyatakan bahawa surat rasmi pihak kerajaan DAP P.Pinang tersebut sebenarnya adalah rekaan dari budak-budak UMNO (
baca sini).
Presiden: Anwar Ibrahim
Timbalan Presiden: Azmin Ali
Naib Presiden: Dr. Mansor Othman
Dr. Lee Boon Chye
R. Sivarasah
(Wakil dari Sabah/Sarawak)
Naib Presiden (yang dilantik)
Fuziah Salleh
Chua Jui Meng
Sorang dari Sabah/sarawak
Ketua wanita: Zuraidah
Ketua AMK: Rafizi Ramli
Inilah yang digembar gemburkan dikalangan penyokong tegar Anwar sebagai barisan Dream Team Anwar untuk menerajui PKR. Sangat menarik dan sangat licik permainan Anwar didalam pemilihan PKR kali ini.
Inilah juga salah satu sebab mengapa Wan Azizah dan juga anaknya Nurul Izzah bergabung menentang Azmin serta menyatakan sokongan kepada Zaid Ibrahim. Dan Nurul sendiri telah bersedia untuk bertanding bagi jawatan Naib Presiden PKR bagi menidakkan pengaruh total Azmin jika dia ditakdirkan menang.
Sebelum ini, adalah didalam satu blog totok Pas yang sibuk tuduh UMNO buta huruf kerana kesilapan ejaan di banner-banner bagi bulan Ramadhan.
Kira ok lah tu salah ejaan. Mungkin si tukang tempah banner tu silap masa proses membuat tempahan kerana terlampau sibuk main tawar menawar harga dengan tauke banner. Kalau dapat murah, bolehlah dia dapat duit poket buat beli jajan.
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.