BREAKING NEWS

Pemuda PAS kata Tun Mahathir kurang cerdik...

Usianya masih mentah. Kalau ikut peribahasa melayu, dia bolehlah di ibaratkan sebagai budak yang baru nak kering hingus.

Tapi ayatnya cukup tak beradab apabila melabelkan orang tua yang sebaya dengan ayahnya sebagai "tak cerdik". Mungkin ini berlaku disebabkan kurang didikan sewaktu kecil yang diterima oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS ini.

Dalam kenyataannya didalam MalaysianInsider berkenaan dengan ulasan Tun Mahathir berkenaan kuasa melayu, Khairul Faizi Ahmad Kamil yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO Pemuda PAS telah melabelkan kenyataan Tun sebagai kenyataan orang kurang cerdik.

Malah, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor ini juga menyifatkan Negarawan tersebut sebagai "melayu mudah lupa".

Inilah sikap kurang ajar hasil dari didikan ulamak-ulamak PAS kepada generasi muda. Mereka terlampau taksub dengan dunia politik mereka sehingga tak tahu menghargai jasa-jasa orang tua dahulu kepada mereka.

Lebih malang lagi, Khairul Faizi ini membesar di negeri yang hampir sepenuhnya dibangunkan oleh UMNO iaitu Johor. Sedikit sebanyak, jasa dan juga pengorbanan Tun Mahathir mengalir didalam urat nadi anak muda ini.

Bukan setakat itu saja, malah tak keterlaluan jika dikatakan bahawa seluruh keluarganya terhutang budi kepada apa yang dilakukan oleh Tun M di negeri tersebut dan juga di negara ini.

Malangnya, pemuda seperti Khairul Faizi inilah yang dikatakan bakal menjadi barisan pelapis kepimpinan negara oleh PAS terutamanya di negeri Johor.

Jika sebeginilah kualitinya, jangankan kata negara akan sejahtera, rumahtangga pun belum tentu aman jika diketuai oleh manusia bebal dan kurang ajar seperti itu!

PANASSS!!! Peguambela suspek pembunuhan Sosilawati adalah pelakon lucah..

Ravi Nekoo and D.P Vijandran

Semalam, kes pembunuhan Datuk Sosilawati agak panas apabila peguam suspek pembunuhan iaitu Peguam D P Vijandran bersama peguam Ravi Nekoo telah membuat kenyataan bahawa anak guaman mereka tidak bersalah.

Kedua-dua peguam ini juga membuat dakwaan bahawa suspek telah dipukul dan dipaksa mengaku oleh pihak Polis sewaktu didalam tahanan.

Pada, pendapat saya, tindakan kedua-dua peguam ini dilakukan hanya bertujuan untuk meraih simpati dari masyarakat khususnya masyarakat india dan juga untuk memburukkan imej pihak Polis negara ini sepertimana kes A Kugan terdahulu.

Siapakah sebenarnya peguam yang mewakili suspek pembunuhan Datuk Sosilawati ini sehingga mereka begitu berani menyatakan anak guamnya tak bersalah dan mendahului siasatan yang masih berlangsung.

Masyarakat cuma tahu bahawa kedua-dua peguam ini adalah dari pihak yang pro pembangkang. Ramai yang tak tahu bahawa salah seorang peguam ini adalah merupakan penentang kuat Samy Vellu pada penghujung tahun 80an.

D P Vijandran juga pernah dikaitkan dengan 2,000 keping gambar dan negatif serta sebelas video tape lucah! Malah, "pelakon wanita" didalam video tersebut telah mati akibat membunuh diri!

Selain itu...., akibat dari rasa ketidakpercayaan terhadap peguam D P Vijandran ini..., Majlis Peguam pernah menolak permohonannya mendapatkan sijil amalan guaman untuk membolehkannya terus menjadi peguam bela dan peguam cara. Namun ia dapat diselesaikan setelah peguam tersebut merayu beberapa kali di Mahkamah Rayuan.

Saya tak mempertikaikan kebolehan yang dimiliki oleh peguam tersebut didalam mengendalikan perbicaraan di mahkamah.

Cuma apa yang dipersoalkan disini ialah, bagaimana seorang yang mempunyai moral yang rendah dan tak boleh dipercayai seperti peguam aktor lucah ini boleh menuduh serta membuat kenyataan sesuka hati yang mempertikaikan kemampuan serta kebijaksanaan pihak berkuasa Polis melakukan siasatan?

Apakah ini satu tindakan terdesak untuk peguam ini mempopularkan diri ataupun ianya sengaja diatur pihak pembangkang supaya kredibiliti pihak Polis terjejas didalam kes pembunuhan melayu/islam seperti Datuk Sosilawati?


Pita video lucah Vijandran muncul setelah rumah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vinjandran dimasuki pencuri pada 8 Ogos 1988 . Pencuri tersebut telah mencuri 11 pita video dipercayai aksi lucah D.P Vijandran yang tersimpan dalam sebuah peti besi . Ibu dan anak saudaranya yang berada di dalam rumah itu turut diugut.

Dua bulan kemudian , Datuk Megat Junid Megat Ayub selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri mengumumkan bahawa 4 orang lelaki telah ditahan dan sedang disiasat oleh pihak polis PDRM kerana memiliki pita video tersebut.

Pada 6 Disember 1989 , Karpal Singh seorang peguam dan ahli parlimen Jelutong , Pulau Pinang telah membangkitkan isu pita video lucah tersebut.

Pada 11 Disember 1989 beliau menamakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vijandran sebagai lelaki dalam video tersebut. D.P Vijandran segera menafikan hal itu dan menutup suis pembesar suara Karpal Singh dan mengarahkan Karpal Singh keluar dari Dewan Rakyat.

Tetapi Karpal Singh terus membuat dakwaan di luar parlimen dan mendesak V.P Vijandran meletak jawatan . Lalu D.P Vijandran membuat saman malu terhadapnya.

Datuk Zaman Khan selaku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah , PDRM menjelaskan bahawa Polis Bukit Aman akan menyerahkan laporan penuh kepada Kementerian Dalam Negeri.

Edisi bongkar!!! Cerita sebenar mengapa Guan Eng naikkan tarif air di P.Pinang.


Lim Guan Eng yang selalu melaungkan slogan kerajaan berkebajikan telah mengumumkan kenaikan tarif air sebanyak 20% di P.Pinang berkuatkuasa bulan depan.

Ini katanya adalah sebagai hukuman kepada segelintir rakyat P.Pinang yang suka membazirkan air. Tindakan menaikkan tarif air ini juga disifatkan oleh Ketua Menteri kuat bohong ini sebagai satu langkah mengajar rakyat P.Pinang berjimat cermat.

Benarkah niat dan cakap Lim Guan Eng ini ataupun ianya merupakan satu lagi siri pembohongan bagi membodohkan rakyat P.Pinang dan juga rakyat seluruh negara?

Mengapa Lim Guan Eng sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah PBAPP tak bercerita serta membuat kenyataan mengenai kedudukan kewangan Perbadanan tersebut sebelum membuat usul untuk menaikkan tarif air?

Apakah Guan Eng mahu menutup kerugian yang dialami oleh PBAPP selama 2 tahun berturut-turut sejak ia diambil alih oleh DAP dan Lim Guan Eng sendiri? Jika benar begitu, ini bermakna Lim Guan Eng dan DAP memang sengaja mahu membodohkan rakyat di P.Pinang dengan menutup cerita yang sebenar!

Perbadanan Bekalan Air P.Pinang (PBAPP) sewaktu dibawah kendalian pemimpin kerajaan Barisan Nasional, mengalami pertumbuhan keuntungan yang amat memberansangkan. Pada tahun 2007, keuntungan bersih sebanyak RM43.9 juta dicatatkan oleh pihak PBAPP.

Malangnya, keadaan ini tak kekal lama setelah pentadbiran negeri beralih kepada DAP dibawah pimpinan Lim Guan Eng. Dan keadaan makin parah setelah Lim Guan Eng serta kroni-kroninya masuk ke dalam pentadbiran PBAPP.

Untuk tahun 2008, dicatatkan bahawa pendapatan PBAPP telah menurun kepada RM31.3 juta. Dan keadaan menjadi lebih teruk pada tahun 2009 apabila keuntungan bersih PBAPP hanya tinggal sekitar RM15 juta sahaja.

Alasan yang diberikan oleh pihak terbabit mengenai penurunan keuntungan ini ialah ianya disebabkan oleh penurunan jualan air dan kos lebih tinggi daripada jualan serta beban pentadbiran.

Persoalannya sekarang, apakah yang dimaksudkan dengan kos lebih tinggi dari pengeluaran dan juga beban pentadbiran yang menjadi alasan diatas kerugian PBAPP ini?

Mungkinkah beban pentadbiran yang dimaksudkan ialah merujuk kepada karenah birokrasi kerajaan negeri? Ataupun mungkin ia merupakan signal wujudnya campurtangan pemimpin negeri didalam perolehan keuntungan PBAPP?

Saya yakin bahawa rakyat P.Pinang berhak mengetahui tentang kebenaran perkara tersebut. Dan Lim Guan Eng selaku Pengerusi Lembaga Pengarah PBAPP patut jawab hal ini.

Lim Guan Eng dan DAP jangan hanya asyik menipu rakyat seolah-olah rakyat negeri ini semuanya bodoh dan tak tahu apa satu pun yang terjadi didalam pentadbiran negeri. Rakyat negeri P.Pinang ini bukannya pekak dan buta kesemuanya!

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online