BREAKING NEWS

Isu hadiah RM4 Billion. Kerajaan negeri Kelantan tak mengaku terima duit...


Siapa yang tipu siapa nii..? Pihak I'DA World telah membuat kenyataan bahawa mereka telah memberi sumbangan wang bernilai RM 4 Billion kepada kerajaan negeri Kelantan. Siap bagi replika cek kepada wakil Menteri Besar lagi.

Sumbangan hadiah ini dipercayai ada kaitan dengan kelulusan projek yang diberikan Kerajaan Kelantan kepada syarikat itu bagi membangunkan projek di Tumpat, Kelantan, yang bernilai lebih RM300 bilion. Walaupun dinafikan oleh pihak I'DA World, semua dapat mengagak kenapa sumbangan ini dibuat.

Tetapi peliknya, Exco kerajaan negeri yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Kelantan, Mohd. Amar Nik Abdullah pula menafikan kenyataan tersebut dengan berkata, hadiah sumbangan dari Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn Bhd (I'DA World), Abdul Rahim Abdul Wahab, adalah mengarut dan tidak masuk akal.

Timbalan Pesuruhjaya PAS 3 tersebut juga berkata pihaknya langsung tak mengetahui tentang kelulusan projek yang dikatakan oleh pihak I'DA WORLD itu. Ini sesuatu yang amat mengejutkan!

Persoalannya disini, siapakah yang menipu? Apakah pihak I'DA WORLD yang sengaja mahu mencari publisiti murahan ataupun pihak kerajaan negeri Kelantan melalui Mohd Amar mahu menutup isu sumbangan wang RM 4 Billion ini?

Perbincangan Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn Bhd (I'DA World), Abdul Rahim Abdul Wahab dengan Menteri Besar Kelantan

Mustahil pihak kerajaan negeri Kelantan tak tahu tentang kelulusan projek yang sebegini besar? Mungkin sumbangan duit bernilai RM 4 Billion ini sengaja mahu didiamkan oleh pihak kerajaan Negeri dari pengetahuan rakyat Kelantan?

Nampaknya, pihak kerajaan PAS negeri Kelantan telah bermuka-muka didalam isu hasil pendapatan negeri. Mungkin mereka mahu rakyat beranggapan bahawa kerajaan negeri tak mempunyai wang untuk melaksanakan pembangunan di negeri tersebut.

Jadi, bila rakyat ingat kerajaan negeri tak berduit, tak payahlah buat pembangunan di Kelantan. Dan jika rakyat bising nakkan pembangunan ditempat mereka, kerajaan negeri hanya perlu tuduh saja kerajaan pusat tak beri bantuan dan juga sekat kemasukan pelabur.

Maka, mungkin sebab itulah isu hadiah wang bernilai sebegini besar cuba dinafikan oleh kerajaan negeri!

Apakah Nik Aziz dan PAS nak gadai tanah Kelantan demi undi...


Apa lah punya teruknya Kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin oleh Nik Aziz ni.. Di P.Pinang cina DAP punyalah sibuk nak "rampas" tanah-tanah perkampungan melayu dan juga tanah rezab melayu, tapi di Kelantan ada pula usaha untuk beri sedekah tanah pada cina disana.

Sebelum ini kita hanya biasa dengar tentang "Malay reserve land" dan juga "Malay freehold" saja, sekarang ni dah ada pula "Chinese Freehold" di Kelantan. Bila masa pula wujud kod tanah baru dalam negara?

Didalam pengetahuan saya, bukan mudah untuk orang luar memiliki tanah di Kelantan biarpun dia adalah berbangsa melayu.

Sesiapa yang berminat nak beli tanah di Kelantan, dia kena mempunyai IC 03 iaitu kod bagi kelahiran negeri Kelantan, kalau tidak, dia kena angkat sumpah dulu sebab proses tukar nama tidak dapat dilakukan di pejabat tanah.

Sudah termaktud dalam Akta Tanah yang mana tanah di Kelantan cuma boleh dimiliki oleh anak kelahiran Kelantan atau pemastautin di Kelantan selama beberapa tahun (perlu disahkan melalui surat sumpah).

Penama Syarikat boleh mencuba untuk membeli tanah di Kelantan dan melakukan prosedur pengisian Borang 14A seperti biasa, namun fail tersebut akan melalui tapisan EXCO terlebih dahulu untuk kelulusan. Perlu ditegaskan tiada jaminan kelulusan akan dikeluarkan.

Ini bolehlah dirujuk melalui Enakmen Tanah Kelantan 1938 dan juga Kaedah-Kaedah Tanah Kelantan 1966.

Akta tanah bagi negeri persekutuan dinamakan Kanun Tanah Negara (KTN), dan di Kelantan terdapat tambahan Enakmen Tanah Kelantan. KTN adalah juga tergunapakai di Negeri Kelantan namun jika terdapatnya berlawanan klause di dalam Enakmen Tanah Kelantan dan KTN, Klause Enakmen Tanah Kelantan adalah digunapakai. Ini bermaksud Enakmen Tanah Kelantan adalah lebih besar kuasanya dari KTN.

Di negeri Kelantan, tanah Kerajaan tidak boleh diberimilik kepada orang yang bukan anak Kelantan seperti yang ditakrifkan dalam Enakmen Tanah Kelantan, 1938 tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Negeri. Peruntukan ini dipelihara melalui Jadual Kedua Belas KTN.

Dan pada pengetahuan saya juga, orang cina tak boleh membeli tanah di Kelantan kecuali dia memang lahir di Kelantan. Kalau tidak, dia terpaksa berkahwin dengan warga siam Kelantan dan membeli harta tanah menggunakan nama isteri atau anaknya nanti.

Saya difahamkan, peraturan sebegini dibuat bagi melindungi kepentingan anak-anak Kelantan.

Jadi, apakah Kerajaan negeri Kelantan dibawah pimpinan Nik Aziz dan PAS mahu mengenepikan kepentingan anak-anak Kelantan hanya demi memenangi hati kaum cina?

Apakah Kerajaan negeri Kelantan mahu menggadaikan tanah di Kelantan kepada kaum cina semata-mata mahu mendapatkan sokongan kaum cina di PRU akan datang?

Kalau begitu, selepas ini kerajaan negeri patut buat pula "Indian Freehold", "Punjabi Freehold", "arab Freehold" dan macam-macam freehold lagi untuk menarik undi!

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online