BREAKING NEWS

PANASS!!! Pendedahan bekas PKR tentang komplot Anwar dan Azmin..

Ini adalah e-mail yang diterima dari P S Jenapala, Calon bagi timbalan presiden PKR yang mendakwa berlakunya penyelewengan dan salahguna kuasa oleh Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan orang kanannya, Naib Presiden Azmin Ali dalam pemilihan parti pada ketika ini.

Kawasan-kawasan pemilihan yang dinamakannya ialah Permatang Pauh, Batu Gajah, Silam, Bandar Indera Mahkota, Raub dan juga di Sabah.

Selain itu beliau juga mendakwa akan berlakunya penyalah gunaan harta kerajaan negeri di Selangor yang digunakan oleh calon-calon untuk tujuan kempen seperti harta itu Mak Bapak Depa yang punya...

Dari: Subaan Jenapala Perumal
Tarikh: Ahad 20 September, 2010 pada pukul 3:31
Subject: kenyataan akhbar - Penipuan pemilihan PKR & taktik licik para pemimpin PKR dalam pilihanraya parti

Saya, Jenapala a / l Perumal Subaan mengadakan sidang akhbar ini untuk mendedahkan segala perlakuan jijik dan salahlaku yang bermaharajalela didalam pemilihan PKR dan taktik licik yang dipraktikkan oleh para pemimpin parti PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali semasa pemilihan parti yang sedang berlangsung.

Untuk menunjukkan betapa seriusnya saya mendedahkan amalan ini, saya komited untuk mengadakan sidang akhbar pada setiap Isnin di tempat ini. Untuk hari ini, saya akan menumpukan pada lima kes secara khususnya.

1. PERMATANG PAUH - dalam kes ini, ada tiga calon untuk jawatan Timbalan Ketua Cabang - Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman, Roselai Muhamad dan Che Mat Hashim. Setelah menghantar namanya, Roselai tiba-tiba menarik diri pada hari pencalonan selepas dipercayai tekanan kuat dikenakann terhadapnya.

Dalam kes Hashim Che Mat, beliau mengundurkan diri pada hari sebelum pemilihan dan para penyokongnya mendakwa bahawa beliau telah dipaksa untuk melakukannya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengunduran kedua-dua calon ini telah membuka jalan bagi Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri1 Pulau Pinang yang juga merupakan "blue eyes boys" Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menang tanpa bertanding.

Bahkan lebih ironiknya, Timbalan Ketua Menteri1 P.Pinang, Mansor Othman dibenarkan menjadi tuan rumah kepada satu sambutan Majlis Hari Raya besar-besaran pada hari pemilihan. Adakah ini bukan satu tindakan yang mengabaikan etika kempen? Majlis ini telah berlangsung di halaman belakang rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perkara seperti ini mustahil akan terlaksana tanpa pengetahuan beliau.

2. BATU GAJAH - Kes kedua melibatkan pencalonan saya di Batu Gajah. Ketika nama saya ditulis di papan pencalonan, seorang pemimpin senior parti, Naib Presiden Lee Boon Chye secara terbuka memadamkan nama saya dari papan pencalonan dan menolak untuk membenarkan saya menyertai dalam pemilihan bahagian parti. Pertama sekali, Lee Boon Chye sama sekali tidak memiliki hak apa pun untuk melakukan hal ini. Kedua, ia juga sama sekali tidak ada kuasa untuk memutuskan siapa yang dibenarkan menyertai pemilihan parti.

3. PENGGUNAAN JENTERA KERAJAAN NEGERI SELANGOR - Saya juga telah diberitahu oleh ahli-ahli di peringkat akar umbi Selangor yang Azmin Ali telah menyalahgunakan jentera kerajaan negeri Selangor - exco negeri menggunakan pejabat mereka serta peruntukan untuk pemilihan parti sementara pegawai maklumat negeri memaksa dan mendorong ahli-ahli di peringkat akar umbi untuk menyokong Azmin. Ini merupakan penghinaan kepada rakan-rakan didalam Pakatan iaitu DAP dan PAS serta juga rakyat Selangor yang memilih kakitangan kerajaan negeri mereka untuk berkhidmat kepada rakyat, bukannya semata-mata untuk pemilihan PKR.

4. PENAWARAN JAWATAN - Azmin Ali dalam kunjungannya ke Tuaran telah secara terbuka memberitahu bahawa calon Ketua Cabang Ansari Abdullah juga akan menjadi calon untuk pilihanraya umum jika dia menang. Azmin Ali juga menawarkan kedudukan didalam Kabinet Persekutuan untuk mereka yang menyokong dia dan memastikan dia menjadi orang nombor dua didalam PKR.

5. PERBEZAAN DALAM CABANG KUDAT, SILAM, BANDAR INDERA MAHKOTA DAN RAUB - anda semua mungkin menyedari, di Kudat, lebih 800 orang hadir dengan penyandang Mursalim Tangul, yang sebahagian besar dari mereka hanya mempunyai IC sementara dan telah dikenalpasti sebagai pendatang haram .

Di Silam pula, nama Ketua AMK Silam dan Timbalan Ketua Pemuda Negeri, Johan bin Nul tidak dapat ditemui dalam senarai keahlian walaupun pencalonan mereka telah diterima pada awalnya. Johan bin Nul, kemudian disingkirkan dari pemilihan. Pemenangnya, Johani bin Abdul Halim adalah merupakan penyokong kuat Azmin Ali.

Di Bandar Indera Mahkota dan Raub telah berlaku insiden yang mencurigakan. Setelah penutupan pemilihan dan pengiraan awal, kedua-dua calon yang merupakan orang Dato 'Zaid Ibrahim diumumkan sebagai pemenang. Namun di kedua-dua bahagian, pengiraan semula telah dipanggil disebabkan beberapa ahli muncul dan mendakwa bahawa mereka tidak sempat memberikan undi. Menariknya selepas pengiraan kedua, Azmin Ali menang tipis di kedua-dua bahagian.

KESIMPULAN - Saya kini ingin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali untuk mengesahkan atau secara terbuka menyangkal penglibatan mereka dalam insiden saya baru saja didedahkan.

Saya juga ingin tahu apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim menyedari satu insiden yang melibatkan pemimpin parti senior yang telah memanggil pemimpin India sebagai seorang paria, dan apakah permintaan maaf telah ditawarkan untuk pemimpin India tersebut dan masyarakat India pada umumnya?

Untuk Dr Molly Cheah, Ketua JPP, saya ingin bertanyakan perkara ini - adakah anda mempunyai dua jenis peraturan yang berlainan untuk diamalkan? Satu set bagi kita ahli biasa yang ingin bertanding dalam apa yang diwar-warkan sebagai 'pilihan raya bebas dan adil' dan satu set lagi hanya untuk untuk golongan elit yang mencaturkan PKR?

Untuk para pemimpin parti, saya ini menegaskan - praktikkanlah apa yang anda selalu canangkan. Kita telah mengkritik Barisan Nasional dan SPR atas amalan pilihanraya yang tidak adil. Ini bukan hanya pemilihan untuk ahli PKR. Seluruh Malaysia sedang memperhatikan kita. Biarkan rakyat tidak kecewa seperti saya, sebagaimana kita telah lakukan kepada diri kita sendiri selama ini.


Jenapala l / Perumal Subaan
Bekas Timbalan Setiausaha, PKR

MALWARE ATTACK!!!! Perhatian buat semua webmaster blog dan pelayar siber.


Beberapa portal berita di Malaysia termasuk The Malaysian Insider dan Malaysia Kini dipenuhi amaran malware - perisian yang boleh merosakkan komputer daripada pengendali web pencarian gergasi, Google.

Malware itu dikatakan berasal dari 'Innity' sebuah syarikat jaringan pengiklanan online. Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari malware berbahaya.

Hari ini saja, beberapa laman seperti The Star, The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Berita Harian dan My Sinchew turut terjejas.

Malah banyak blog pro kerajaan seperti Pisau.net, Minda Intelek Melayu dan juga blog Bumiyang.blogspot tak dapat dibuka. Begitu juga blog pemimpin terkenal seperti CheDet.cc.

Mengikut laporan 'Google Safe Browsing', Innity telah menjadi hos untuk perisian berbahaya yang disebarkan ke laman web yang menyiarkan iklannya.

Pemilik laman web yang terlibat dinasihatkan membuang semua kod dan iklan dari Innity sehingga ia menyelesaikan masalah ini. Untuk langkah keselamatan, buang semua link iklan atau blog dan portal yang mempunyai jangkitan Malware ini untuk sementara waktu.

Innity dalam laman webnya mendakwa jaringan pengiklanannya melayan lebih 2.1 billion iklan dan mempunyai lebih 29 juta pengguna sebulan termasuk 250 laman web terkenal di Malaysia, Singapura, dan negara Asia Tenggara yang lain.

Google telah mengesan ancaman itu pada 19 September dan ia meliputi pelayar internet terkenal termasuk milikan Google sendiri iaitu Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Safari yang digunakan pengguna Apple.

Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.

Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicious’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer.

Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.

Serangan malware termasuklah terhadap kebanyakan blog yang ada diantaranya terus tidak dapat diakses kecuali mereka yang mengambil risiko mengabaikan arahan daripada melayari blog-blog berkenaan. Beberapa template tertentu dikesani mudah untuk berkompromi dengan malware ini.

Bagi yang telah terkena jangkitan malware ini pastikan anda membersihkan "cookies" daripada browser-browser anda.

Pastikan portal dan blog anda TIDAK memasang iklan daripada Innity dan manggaonline. Bagi iklan pop-up dari widgeo.net yang mengganggu pelayaran blog, buang widget yang memaparkan data pengunjung. Sekalipun cantik dan maklumatnya bermakna, tetapi iklan popup yang diterbitkan terlalu menganggu sehinggakan pengunjung boleh menjadi bosan kerananya.

Semua malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.


p/s: bagi webmaster blog, anda dinasihatkan supaya bertindak segera mengatasi perkara ini supaya mengelakkan blog atau portal di blacklist selamanya oleh Google. Bagi pelayar internet, elakkan dari memasuki laman yang ada amaran tersebut kerana ia akan merosakkan PC/Laptop anda dalam jangka masa panjang!

Edisi Terjah!! Sebab-sebab Nik Ajis malu mengaku dia melayu...


N.ajis ni taklah cerdik sangat. Islam tak pernah mengajar umatnya membuang apatah lagi membenci bangsanya sendiri. Yang dilarang adalah menganggap cuma bangsanya yang mulia atau bangsanya bangsa terpilih atau memandang rendah pada bangsa-bangsa lain.

Ini perangai yahudi yang menganggap cuma bangsanya layak beragama sedangkan bangsa lain tak lebih seperti haiwan ternakan, dan juga seperti sesetengah Arab yg menganggap bangsanya lebih mulia kerana syariat Islam dibawa oleh nabi yang berbangsa Arab.

Ini tidak bermakna kita perlu meremeh-remehkankan kepentingan jatidiri bangsa sendiri. Tidak bermaksud juga kita boleh memperlekehkan kepentingan berbangsa. Mendirikan masjid dengan senibina Cina tidaklah salah tapi tidaklah sampai membawa kepada ‘menghilangkan atau menyelesaikan’ masalah perkauman.

Ini betul-betul nonsense, mengarut dan melalut. Sejak bila masjid di Malaysia dipisah-pisahkan mengikut bangsa? Adakah selama ini masjid kita terlalu ‘melayu’? Dimana yg dikatakan masjid Melayu?

Sedangkan untuk melihat masjid dengan senibina melayu saja amat jarang melainkan kebanyakannya bercirikan senibina timur tengah atau arab atau parsi. Tidak ada satu masjid yg dinamakan dengan nama Masjid Melayu sebaliknya terdapat masjid dengan nama Masjid India, Masjid Pakistan atau surau malbari, surau kerala dll.

Jadi Melayu tidaklah bersifat perkauman dalam beragama.

Nik ajis hidup dalam kepompong Melayu sepenuhnya. Rumah, kampung, daerah, malah negerinya hampir 100% Melayu dan 100% Kelantan, sebab itu dia hairan bagaimana orang Melayu lain yg hidupnya dalam masyarakat majmuk berbilang bangsa yang sentiasa menghadapi persaingan malah mungkin ‘ancaman’ bangsa2 lain bercakap mengenai semangat cintakan jatidiri bangsanya.

N.ajis berada dalam zon yg sangat-sangat selesa dan sangat-sangat selamat. Jadi dia tak tahu dan tak faham akan ertinya mencintai bangsanya sendiri kerana kedudukannya di kampungnya yang tak pernah tergugat oleh kaum-kaum lain.

Di kampungnya tak pernah ada masalah tanah-tanah Melayu yang tergadai dan terjual kepada tauke-tauke Cina satu persatu sehingga kedudukan melayu terhimpit dan terdesak. Di kampungnya juga tak ada masalah pembolotan ekonomi oleh kaum Cina sehingga Melayu cuma mengutip sisa-sisa kekayaan saja.

Jadi, bagi N.ajis, masalah Melayu-melayu lain di negeri-negeri lain bukanlah masalahnya. N.ajis cuma bercakap melalui tempurungnya saja dan dengan sebab itu hanya sesuai untuk permasalahan dalam dunia tempurungnya saja.

Senang cakap, pemikiran N.Ajis memang dah tak relevan serta melampaui tarikh luputnya. Elok dimuziumkan saja otak bebal Mursyidul am PAS yang sorang ini!

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online