Semua dijemput hadir terutama yang tinggal di kawasan Bayan Lepas. Ceramah Kisah Benar 3 akan menampilkan penceramah-penceramah yang cukup hebat. Antaranya Y.Bhg. Dato Mohd Ghazali Ahmad yang merupakan bekas Ketua Dewab Ulama PAS Terengganu.
Beliau telah meninggalkan PAS bukan kerana PAS berkawan baik dengan DAP. Ditinggalkan PAS sejak bertahun-tahun dulu lagi.
Tentulah ada sebab yang menarik kenapa beliau yang mengetuai Dewan Ulama PAS sanggup meninggalkan PAS. Takut juga pemimpin-pemimpin PAS dan penyokong PAS untuk datang mendengarnya.
Datanglah untuk mendengar cerita yang sebenarnya, mengapa dan bila Dato' Mohd Ghazali Ahmad meninggalkan PAS.
Di samping itu, Sdr Lokman Adam bekas pemimpin PKR dan bekas tahanan ISA kini menjadi exco pemuda UMNO Malaysia. Orang yang lantang berhujah di atas pentas politik boleh menyebabkan penyokong-penyokong Anwar Ibrahim kecut perut.
Cerita Anwar Ibrahim sudah ada dalam poketnya. Mereka tahu cerita sebenarnya, bukan fitnah seperti yang dimain-mainkan oleh pembangkang kepada BN.
Datanglah beramai-ramai esok (Sabtu) jam 8.00 mlm di Bayan Lepas, Pulau Pinang bagi mendengar pendedahan Kisah Benar 3 ini.
Ehsan
suarasatuduaumno
Penyanyi nombor satu negara Datuk Ct telah membatalkan konsert percuma yang mahu dianjurkan oleh Khalifah nombor satu PAS iaitu Lim Guan Eng di P.Pinang sempena sambutan hari Malaysia.
Akibat menolak "permintaan" DAP dan Guan Eng, Datuk Ct terpaksa memulangkan kembali wang pendahuluan konsert yang diterimanya dari kerajaan negeri sebanyak RM 60k dan juga terpaksa menanggung semua perbelanjaan menganjurkan konsert tersebut.
Yang menjadi perkara peliknya, pihak Ct tak pula mengeluarkan kenyataan mengenai hal ini tetapi Guan Eng dan DAP P.Pinang pula yang lebih-lebih dengan membuat sidang media mengatakan konsert percuma yang melibatkan Ct dibatalkan.
Kenapa tak diteruskan dengan menjemput artis lain jika benar Guan Eng nak "hiburkan" rakyat P.Pinang dengan konsert percuma? Penyanyi melayu lain tak ada "value" kah dimata Guan Eng?
Paling menarik, Lim Guan Eng sendiri menjelaskan bahawa Ct tak dapat hadir kerana "dinasihatkan" oleh pakar sakit puannya supaya membatalkan konsert tersebut. Tapi mungkin Guan Eng lupa untuk menyatakan apa sakit Ct yang sebenarnya.
Persoalannya disini, benarkah Ct tak dapat hadir kerana sakit atau itu hanya alasan Ct untuk tidak bersekongkol dengan Guan Eng memperbodohkan melayu di P.Pinang dengan konsert percuma? Itu di pihak Ct...
Di pihak DAP dan Lim Guan Eng pula, benarkah Ct menyatakan dia batalkan konsert tersebut kerana sakit ataupun Lim Guan Eng sengaja mereka-reka cerita untuk menutup "kemaluan"nya akibat penolakan dari penyanyi nombor satu negara tersebut?
Ct adalah melayu dan Guan Eng pula menindas melayu di P.Pinang.
Mungkin Ct juga tak bersetuju dengan apa yang Guan Eng lakukan terhadap terhadap peniaga-peniaga kecil melayu P.Pinang yang dirobohkan gerainya serta penduduk kampung melayu P.Pinang yang dihalau dari kampung halamannya sendiri.
Ini semua mungkin benar. Dan sekali lagi, kemungkinan besar Lim Guan Eng mahu menutup semua ini dengan melakukan satu lagi pembohongan....siapa tahu kannn.
Bukankah Lim Guan Eng sudah sinonim dengan title BOHONGnya selama ini?
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.