BREAKING NEWS

Azmin jadi punca Syed Husin berundur...


Hari ini sudah sah bahawa Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali tak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan PKR November ini.

Didepan media, Syed Husin memberikan alasan bahawa dia mengundurkan diri dari mempertahankan jawatan kerana sudah lama berada didalam kancah politik.

Namun ramai yang tidak tahu bahawa seminggu sebelum Syed Husin mengambil keputusan untuk tak bertanding, dia telah mengadakan perjumpaan dengan Anwar Ibrahim serta Wan Azizah bagi bagi membincangkan tentang pemilihan parti.

Sumber PKR memberitahu, sebelum perjumpaan tersebut, Syed Husin memang berniat untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presidennya biarpun akan ditentang oleh Azmin dan juga Zaid Ibrahim.

Menurut sumber tersebut lagi, amat menghampakan kerana Syed Husin mengambil keputusan untuk berundur sebaik saja pulang dari pertemuan bersama Anwar Ibrahim.

Disini jelas membuktikan bahawa Syed Husin mungkin telah dipaksa untuk tak bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR bagi memberi laluan kepada Azmin Ali.

Jika mengikut perkembangan semasa didalam kem PKR menjelang pemilihan kali ini, pengaruh Zaid semakin meningkat dikalangan majoriti ADUN PKR dari Selangor dan Negeri Sembilan.

Ini pastinya amat membimbangkan Anwar yang pastinya tak mahu "orang kesayangannya" Azmin dimalukan oleh Zaid Ibrahim. Dan mungkin sebab inilah Syed Husin "dinasihatkan" berundur dari PKR dan semua penyokong Syed Husin "diarahkan" supaya menyokong Azmin.

Apakah Zaid Ibrahim dapat mencabar Azmin Ali si "budak kesayangan" Anwar dengan perkembangan terbaru ini?

Kalau semasa PRK Hulu Selangor sahaja dikhabarkan Zaid berhabisan sebanyak RM3juta untuk berkempen, kini berapa pulak yang nak dihabiskan oleh melayu sekular ini didalam pemilihan PKR?

PAS bersekongkol dengan pembunuh Sosilawati???


Dah sah bahawa suspek peguam yang bergelar Datuk didalam kes pembunuhan Sosilawati Lawiya adalah merupakan peguam HINDRAF. Dia juga merupakan ahli seumur hidup sebuah parti politik yang dipercayai DAP.


HINDRAF pula mempunyai perjuangan yang dipersetujui oleh PAS kerana pertubuhan haram ini menentang kerajaan dan juga Barisan Nasional.

Manakala DAP ialah rakan sekutu PAS didalam Pakatan Rakyat dan juga "business partner" PAS untuk menjahanamkan melayu dan Islam di negara ini.

Memandangkan suspek bunuh ini merupakan orang kuat HINDRAF dan juga ahli parti DAP, ia sekaligus menjadikan PAS secara tak langsung bersubahat dengan kes pembunuhan tersebut kerana PAS menyokong HINDRAF dan menjadi pencacai DAP.


Apa kata totok-totok PAS semua? "Gangster" macam peguam HINDRAF ni yang korang sokong sangat untuk membunuh melayu? Dulu totok PAS semua sokong penjenayah Kugan yang mati dalam lokap sampai sanggup buat demo. Sekarang ni cai PAS tak nak demo ke dalam kes Sosilawati ni?

Pemimpin dan juga totok PAS mampus tak berani nak bersuara hentam suspek peguam HINDRAF ni pasal dia geng korang kan? Cuba kalau mamat celaka tu dari MIC atau PPP, mesti heboh tak ingat dunia totok taksub PAS bising.

PAS memang sudah sesat laa.. Korang semua memang patut insaf dan bertaubat!!!

Edisi Bongkar!!! Politik wang berleluasa didalam pemilihan PKR...


Pemilihan PKR peringkat cabang dan nasional telah mula dicemari dengan politik wang. Sumber-sumber dalaman parti itu sendiri telah melahirkan kebimbangan terhadap cubaan terdesak pihak tertentu menabur wang untuk menyokong calon terpilih bagi mengejar kedudukan lebih tinggi dalam PKR.

Cubaan untuk melobi dan membolot jawatan dalam PKR ini berpaksi kepada penubuhan sebuah portal berita dalam empat bahasa utama dan mengupah wartawan-wartawan serta pengarang berita berpengalaman dengan gaji yang lumayan.

Portal berita ini beroperasi di sebuah bangunan mewah di kawasan dagangan elit di tengah-tengah Petaling Jaya. Selain itu, penulis-penulis blog yang dirasakan mempunyai “saham” dalam mempengaruhi pemikiran ahli PKR dan masyarakat umum, turut juga diberikan habuan bulanan.

Wartawan tertentu daripada portal berita saingan di arena media maya, turut diupah untuk menulis berita-berita yang condong kepada calon berkenaan. Selain daripada itu, sebuah akhbar turut diterbitkan untuk memberi liputan meluas kepada calon berkenaan dan diedarkan secara percuma kepada ahli-ahli PKR sepanjang tempoh pemilihan parti.

Di Sabah dan Sarawak, dua negeri yang mempunyai jumlah perwakilan terbesar di Malaysia apabila dicantumkan, pemimpin-pemimpin Cabangnya pula dikhabarkan cuba dipengaruhi menerusi sogokan dan upah habuan untuk memberi sokongan kepada calon tertentu.

Operasi sebegitu besar khabarnya membabitkan sekurang-kurangnya RM400,000 sebulan. Ini merupakan satu belanja yang cukup besar, yang tentunya hanya boleh dibiayai oleh calon yang kaya raya atau pun pihak yang menyokong calon berkenaan.

Sumber-sumber dalaman PKR tersebut juga memberitahu, penggunaan taktik-taktik sebegini amat membimbangkan pucuk pimpinan parti kerana jelas media alternatif diperalatkan untuk tujuan politik individu.

Meskipun diwar-warkan oleh Anwar bahawa PKR mengamalkan politik keterbukaan, PKR sebenarnya tidak dapat lari daripada amalan lama pihak tertentu untuk merebut jawatan menggunakan taktik-taktik halus dan belanja besar.

Jadi, siapa kata pemilihan PKR kali ini bersih? Percaturan jawatan dan pelaburan besar-besaran didalam pemilihan PKR ini membuktikan bahawa amalan politik wang memang sinonim didalam PKR!

Selain dari kronisme, pemilihan pemimpin PKR bukan berdasarkan merit kebolehan memimpin, tetapi hanya berdasarkan siapa yang lebih banyak menabur "habuan" untuk mendapatkan undi sahaja!

Nantikan lebih banyak lagi pendedahan mengenai tembelang sebenar disebalik pemilihan PKR di masa terdekat melalui blog ini.

Hancur PKR!!! Tumbang Anwar Ibrahim!!! Anwar harus bertaubat!!!

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online