BREAKING NEWS

Ekslusif!!! Jambatan P.Pinang terbakar. Macam2 di zaman Guan Eng.





Kabel elektrik 132kV telah terbakar di Jambatan Pulau Pinang kira-kira pukul 10 pagi tadi yang menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di kedua-dua sisi jambatan.

Kebakaran ini juga menyebabkan gangguan elektrik di bahagian pulau terutama di daerah Bayan Lepas. Bagaimanapun ia dapat diatasi oleh pihak TNB dengan pantas.

Sehingga pukul 1 tghari tadi, lalulintas telah tersekat melangkaui hingga 4 km di kedua-dua sisi jambatan.

Asap hitam masih terlihat keluar dari bahagian sisi di mana kabel berada di bawah jambatan.



p/s: Kalau berlaku di negeri yang diperintah oleh kerajaan BN, mesti penyokong Pakatan khususnya totok PAS akan kata Jambatan terbakar ni adalah bala dari Tuhan... Jumud punya totok PAS!

Guan Eng bagi hadiah AIDILFITRI untuk penduduk kampung P.Pinang.

Permandangan di kampung Permatang Tepi Laut

Kalau Ketua Menteri Sarawak ataupun Melaka buat rumah terbuka untuk masyarakat negeri masing-masing untuk meraikan mereka sempena Aidilfitri, berlainan pula dengan Ketua Menteri P.Pinang yang amat taat kepada amalan Khalifah Umar ajaran Nik Aziz.

Di P.Pinang, Lim Guan Eng mengadakan "kampung terbuka" bermula dari 1 Syawal sebagai hadiah pentadbirannya kepada bangsa melayu negeri.

Berbeza dengan rumah terbuka yang kebiasaannya meraikan masyarakat setempat, "kampung terbuka" anjuran kerajaan DAP negeri adalah bagi meraikan para pelabur bermata sepet perumahan serta pembangunan untuk melenyapkan kampung-kampung tradisional di P.Pinang.

Buat permulaan acara selepas raya, sebanyak tiga buah kampung telah dikenalpasti untuk dijadikan mangsa kerakusan agenda penuhkan poket sendiri dan kroni Lim Guan Eng.

Tiga perkampungan berkenaan ialah Kampung Pokok Asam di Jelutong, Kampung Binjai di Permatang Damar Laut dan Kampung Permatang Tepi Laut di Bayan Lepas. Semua penduduk kampung-kampung ini adalah rata-ratanya terdiri dari keluarga nelayan dan pesara.

Dijangka, banyak lagi kampung-kampung melayu terutamanya di bahagian pulau akan menjadi mangsa khalifah Lim Guan Eng menjelang akhir tahun ini.

Mungkin polisi pentadbiran Guan Eng adalah untuk membebaskan P.Pinang dari wujudnya penempatan bangsa melayu. Sebab itulah tumpuan pentadbiran DAP dan Guan Eng sejak awal penjajahan mereka di negeri ini ialah "pengusiran" bangsa melayu!

Tapi, Ketua Menteri paling celaka ini pandai berpura-pura dan juga bermulut manis. Sudah tentunya dia akan kata ini semua bukan salah dia dan juga DAP negeri, tetapi semuanya adalah salah Mahkamah yang mengeluarkan perintah mengusir penduduk kampung.

Walhal jika kerajaan DAP dan juga Guan Eng tidak meluluskan projek pembangunan di kampung-kampung tradisional melayu, apakah Mahkamah boleh mengusir penduduk-penduduk di kampung tersebut???

Inilah hadiah yang paling bangsat sempena Aidilfitri untuk penduduk-penduduk kampung tradisional melayu di P.Pinang dari seorang Ketua Menteri bekas banduan yang paling celaka didalam sejarah pentadbiran negeri!!!

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online