Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog Media Permatang Pauh.
Ampun dan maaf dipohon andainya ada yang terkasar bahasa dan tersilap bicara yang dilakukan didalam blog ini oleh saya secara sengaja ataupun tak sengaja.
Saya juga ingin mengkhaskan ucapan Aidilfitri ini kepada semua rakan-rakan bloggers yang sama-sama berjuang digelanggang yang sama. Enjoy your holiday my bro and sis..
Tak lupa juga ucapan Maaf zahir dan Batin buat sahabat-sahabat bloggers dari kem assobiyah hijau dan juga biru muda. Semoga anda semua berbahagia disisi keluarga di hari kemenangan ini. Anda semua adalah sumber inspirasi saya didalam menghasilkan artikel.(kosong-kosong yeee.. lepas raya ni kira akaun baru pulak..)
Dan buat pemimpin-pemimpin Pakatan yang berbangsa melayu dan beragama islam sahaja khususnya Nik Aziz yang menjadi idola penulisan saya, semoga tuan-tuan semua akan beroleh hidayah serta petunjuk dari Allah swt di hari yang mulia ini.
Akhir sekali, tak dilupakan seluruh pemimpin kerajaan yang diamanahkan Allah untuk mentadbir negara. Berkerjalah dengan ikhlas dan juga berbaktilah kepada rakyat. Ingatlah wahai tuan pemimpin.., tanpa rakyat, tuan-tuan tak akan berada d kedudukan seperti sekarang.
Pemimpin yang bijak, berani serta berkualiti pasti akan disayangi dan dihormati oleh Rakyat. Tetapi pemimpin yang hanya bijak berjanji dan memanipulasi, bacul serta tak berkualiti pasti akan dicerca serta dipandang rendah oleh masyarakat.
Renung-renungkanlah....
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari saya di Media Permatang Pauh... Maaf Zahir dan Batin...
Guan Eng kata, bukan kerajaan DAP yang usir penduduk kampung-kampung melayu di P.Pinang tetapi pemaju perumahan yang usir. Betullah tu.
Tapi siapa yang bagi kebenaran untuk para pemaju perumahan membina projek-projek perumahan di kampung-kampung tradisonal melayu P.Pinang? Bukankah kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng?
Dan siapa pulak yang meluluskan permohonan pembinaan pembangunan kepada pemaju-pemaju tersebut? Jawapannya ialah Kerajaan DAP dan Guan Eng juga sebagai orang yang bertanggungjawab dalam hal ehwal tanah negeri.
Jadi, tak salahlah bila rakyat P.Pinang kata Guan Eng zalim dan menindas penduduk kampung. Memang betul maaa....
PULAU PINANG 8 Sept. – Kerajaan negeri perlu mempunyai pelan penempatan semula untuk kampung-kampung tradisional supaya penduduknya tidak terabai apabila pemaju mahu mengambil-alih tanah bagi tujuan pembangunan.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, adalah zalim sekiranya tiada program langsung disediakan untuk penduduk terbabit kerana kebanyakan kampung sedemikian telah wujud kira-kira seabad lalu.
Menurutnya, kerajaan negeri tidak boleh menganggap masalah berkenaan sebagai ‘ad-hoc’ kerana pembangunan di Pulau Pinang akan berterusan pada masa depan.
“Kerajaan negeri janganlah sewenang-wenangnya bila sudah meluluskan sebarang permohonan pembangunan, biarkan saja pemaju usir penduduk di kawasan terlibat.
“Walaupun Kanun Tanah Negara menyatakan jika sesuatu pelan pembangunan diluluskan, pemaju ada hak, mengusir penduduknya begitu saja adalah tindakan zalim,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama para pemimpin parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan kawasan Parlimen Bayan Baru di sini, semalam.
Beliau mengulas nasib 58 keluarga dari Kampung Permatang Tepi Laut, Batu Maung di sini yang diarah oleh pemaju mengosongkan rumah masing-masing pada 31 Oktober ini.
Kampung nelayan yang dihuni sepenuhnya oleh orang Melayu itu telah wujud kira-kira 100 tahun lalu.
Kampung-kampung tradisional lain di negeri ini yang mungkin menerima nasib sama adalah Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong dan Kampung Tengah terletak bersebelahan.
Zahrain memberitahu, kerajaan negeri perlu membuat satu dasar di mana sesebuah kawasan yang hendak dibangunkan mempunyai pelan penyusunan semula penduduknya.
“Kalau luas kampung yang diambil-alih empat hektar, peruntukkan sedikit buat kampung tersusun untuk penduduk,” ujarnya.
Sebagai contoh, jelas beliau, di Singapura yang mempunyai keluasan tanah terhad, kerajaan republik itu mempunyai program khas untuk menempatkan semula penduduk terlibat di kawasan sama.
Beliau menambah, kerajaan republik itu menyediakan flat yang selesa untuk penduduk berkenaan.
Zahrain berkata, jika mahu mempertahankan budaya khususnya orang Melayu di Pulau Pinang, masyarakat kaum itu perlu memiliki cara hidup yang betul serta sempurna. - Utusan
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.