BREAKING NEWS

Edisi PANASSS!!!! CT Norhaliza join DAP????


The Penang state government will hold a free Siti Nurhaliza concert in conjunction with Malaysia Day celebrations. Dato Siti Nurhaliza will perform at the Stadium Bandaraya Pulau Pinang on the night of 25th September 2010. This concert entitled “Menyambut Hari Malaysia Bersama Dato’ Siti Nurhaliza” will be funded by the Penang state government and private sponsors. - LGE BLOG


Wahhh... baik betul ct sampai sanggup berkerjasama dengan DAP yang terkenal dengan penindasannya terhadap masyarakat melayu P.Pinang. Apakah ct bersetuju dengan apa yang Ketua Menteri bekas banduan ini telah lakukan pada para peniaga kecil melayu dan juga penduduk kampung tradisional di P.Pinang?

Khabarnya ct dan suaminya adalah "orang kuat" UMNO, tapi mengapa sanggup pula berkerjasama dengan DAP meraih sokongan di P.Pinang? Berapa agaknya kos yang dibayar oleh kerajaan negeri kepada ct bagi menjayakan konsert percuma ini? Apakah Lim Guan Eng rasa dah habis kot agaknya rakyat miskin di P.Pinang untuk kerajaan negeri salurkan sumbangan?

Ataupun.., mungkin juga kerajaan negeri DAP telah untung berbilion-billion dengan pembinaan rumah mewah diatas tanah peniaga dan juga penduduk kampung melayu?

Selepas sibuk memberi hamper RM20 bagi menagih sokongan melayu dengan memanipulasi masjid serta surau di bulan Ramadhan, berita terbaru ini menunjukkan bahawa Lim Guan Eng kini menggunakan artis pula bagi menarik sokongan rakyat kepadanya.

Rakyat P.Pinang bakal "dirasuah" pula dengan konsert percuma yang boleh dihadiri dengan hanya membeli air mineral keluaran PBAPP yang berharga RM 1 supaya leka dengan segala perlakuan mungkar khalifah pujaan PAS ini.

Apa komen PAS tentang konsert percuma yang tentunya bercampur antara lelaki dan perempuan ini? Bukankah PAS amat menentang "kemungkaran" sebegini didalam negara? Harap Mujahid Rawa dan juga Salleh Man dapat mengeluarkan "fatwa" bagi "menghalalkan" konsert ini diteruskan oleh khalifah mereka.

Nak lagi afdal, kena tanyalah "godfather" yang memberikan pangkat khalifah kepada setiausaha agung DAP ini iaitu Nik Aziz.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online