Nik Aziz dan juga kerajaan PAS negeri Kelantan nampaknya semakin gilakan wang ringgit apabila telah memfailkan saman terhadap PETRONAS serta menuntut royalti sebanyak RM 1 billion.
Setelah habis hasil balak di Kelantan dirompak oleh kerajaan pimpinan PAS, kini mereka tanpa rasa segan silu meminta suatu perkara yang bukannya HAK mereka iaitu royalti minyak.
Tindakan Menteri Besar Kelantan ini dilihat hanya sia-sia dan ianya bakal mengabiskan duit rakyat Kelantan untuk membiayai upah peguam dan juga kos perundangan.
Kebarangkalian untuk Nik Aziz dan PAS Kelantan memenangi saman ini hampir tiada. Ini kerana telah jelas termaktub didalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 bahawa Kelantan tidak berhak memperolehii royalti minyak.
Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu No.7/1967) dengan jelas menyatakan ukuran sempadan untuk negeri iaitu tidak lebih daripada 3 batu nautika yang diukur daripada “tikas air surut (low water marks)” [di bawah kuasa Kerajaan Negeri] dan ukuran sempadan untuk negara adalah 12 batu nautika yang diukur daripada “garis pangkal (baselines)” [di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan].
Namun yang hairannya, mengapa tiada langsung sebarang kenyataan dari Anwar Ibrahim? Bukankah dia merupakan "pakar ekonomi" yang diiktiraf oleh puak yahudi? Jadi mengapa Anwar membisu dengan tindakan PAS Kelantan ini?
Sebenarnya, Anwar Ibrahim menyedari bahawa Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri-negeri lain tidak mempunyai hak ke atas hasil petroleum yang dijumpai dan diperolehi di luar 3 batu nautika perairan wilayah negeri-negeri.
Sebab itulah Anwar pernah mengusulkan untuk membuat pindaan kepada Akta Pembangunan Petroleum 1974 pada 14/12/2009 namun ianya ditolak kerana ianya langsung tak munasabah dan bertentangan dengan Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83], Akta Perlombongan Petroleum 1966 [Akta 95] dan juga Kanun Tanah Negara 1965.
Inilah yang menyebabkan Anwar langsung tak bersuara mengenai tindakan PAS Kelantan yang mahu menyaman PETRONAS. Anwar pasti tahu bahawa Nik Aziz dan Kerajaan PAS Kelantan pasti akan tewas didalam mahkamah nanti.
Cuma Nik Aziz dan PAS Kelantan saja yang bebal nak mampos tak menyedari keadaan yang sebenar.
Jadi, disarankan agar seluruh pengikut totok PAS bersedialah dengan segala macam alasan untuk menerima kekalahan di mahkamah nanti. Yang penting, jangan lupa untuk salahkan hakim dan juga sistem perundangan kerana PAS selama ini memang pakar didalam hal tersebut.

