BREAKING NEWS

Apa sudah jadi??? Ketua Puteri lebih berani dari Ketua Pemuda...


KUALA LUMPUR 27 Ogos – Puteri UMNO mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap seorang pemuda dari Muar Johor, Wee Meng Cheng atau dikenali sebagai Namewee kerana mengulangi perbuatan yang dianggap biadab, kali ini dengan menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.


Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, klip video terbaru Namewee yang disifatkan berbaur perkauman dengan merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman.


Dalam satu kenyataan hari ini Rosnah berkata, dalam klip video itu, Namewee antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar. Beliau berkata, selain itu, Namewee dalam klip video yang disiarkan dalam laman web YouTube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh.


Puteri UMNO mendesak kerajaan bertindak tegas kerana anak muda itu ternyata tidak mempunyai rasa hormat jauh sekali mempunyai tanggungjawab terhadap tanah air sendiri, katanya. – Bernama


Nampaknya Ketua Puteri UMNO lebih "bertelor" daripada Ketua Pemuda dan seluruh "gengnya" didalam isu si bangsat Namawee. Apa sudah jadi dengan menantu Tun Lah yang berkelulusan dari Oxford ni? Apakah dia sengaja mahu melingkupkan kerajaan pimpinan DS Najib?

Khabarnya, si Namawee ni adalah kawan baik Ketua Pemuda ni. Jadi, tak hairanlah jika semua perlakuan rasis dan juga menghina bangsa melayu, Islam dan juga negara dibiarkan saja oleh menantu Tun Lah ini. Dan mungkin kenangan berlakon bersama dalam cereka pendek dulu masih berbekas dihati Ketua Pemuda UMNO tersebut.

Apa nak jadi kepada Pemuda UMNO yang berketuakan "political animal" seperti Khairy Jamaludin? Banyak isu berkenaan bangsa melayu, agama Islam dan juga penghinaan negara yang sepatutnya di juarai oleh jentera Pemuda khususnya Ketuanya si Khairy J.

Tapi, KP UMNO dilihat seolah sengaja mendiamkan diri dan adakalanya memihak kepada pihak yang salah didalam membuat kenyataan.

Didalam isu nama Lim Guan Eng didalam khutbah Jumaat, dimana suara KP UMNO? Didalam isu kafir bertazkirah di Mimbar, kemana menghilang telor KJ? Dan didalam isu Pengetua Hajjah Siti Insyah, KJ pula yang lebih sudu dari kuah dengan MCA. Itu belum lagi dikira dengan isu penghinaan Indonesia terhadap jalur gemilang dan juga Malaysia.

Nampaknya, UMNO bernasib malang kerana mempunyai seorang Ketua Pemuda yang langsung tak sensitif dengan kehendak serta suara rakyat. Jika beginilah gayanya, bukan kata Ketua Pemuda UMNO Pusat, jawatan sebagai Ketua Pemuda cawangan pun tak layak untuk Khairy ni.

Jadi, eloklah rasanya selepas ini Ketua Puteri diangkat menggantikan Ketua Pemuda UMNO. Terbukti bahawa Rosnah Rashid lebih berani dan sensitif daripada Khairy didalam isu-isu Namawee sekurang-kurangnya.

Dan...dengar kata Khairy dah merajuk nak keluar dari UMNO. Eloklah tu..., disarankan agar masuklah PAS. Ini kerana selain dari dapat tiket ke syorga, PAS juga tak ambil peduli pasal melayu, agama dan imej negara. Memang sesuailah dengan jiwa Khairy rasanya.

Elok bubarkan saja PAS demi kebaikan Islam….


Spy ingat lagi…masa zaman Datuk Asri dulu, PAS kata nak memperjuangkan negara Islam dan melaksanakan hukum HUDUD jika mereka berjaya menguasai negara.

Maka, dari situ, bermulalah propaganda serta fitnah-fitnah menuduh UMNO tak mampu menjamin ke syurga dan juga UMNO adalah parti sekular demi untuk menarik sokongan bangsa melayu dan umat Islam di Tanah Melayu.

Dan pada pengetahuan Spy, dari sejak itulah timbul bermacam-macam “fatwa” tentang UMNO oleh kononnya ulamak-ulamak di dalam PAS. UMNO dituduh sebagai kafir, sembelihan orang UMNO haram dimakan, tak sah berimamkan orang UMNO didalam sembahyang, UMNO takkan membawa ke syurga dan juga pelbagai fitnah lagi didoktrinkan ke dalam kepala pentaksub PAS.

PAS sanggup menghalalkan segalanya demi perjuangan sempit mereka. Yang paling terkini, doa didalam khutbah Jumaat pun sanggup dipermainkan oleh PAS dengan menyelitkan nama kafir didalamnya.

Ini semua kerana apa? Semuanya hanya kerana pemimpin-pemimpin didalam PAS mahukan kuasa dan kedudukan didalam politik sahaja. Tidak terlintas pun sebenarnya didalam pemikiran ularmak-ularmak PAS untuk memartabatkan Islam dan melaksanakan hukum Islam di Tanah Melayu ini.

Spy tengok, dari dulu lagi matlamat PAS cuma mahu menumbangkan UMNO kerana dendam Nik Aziz dan Hadi Awang. Maka di war-warkan bahawa UMNO tak layak mentadbir negara kerana pemimpin-pemimpin PAS lebih bijak dan berpengetahuan didalam pentadbiran Islam.

Tetapi cuba kita teliti dengan mendalam, PAS telah lama diizinkan Allah swt untuk memerintah Kelantan. Namun apakah Kelantan dibawah pentadbiran PAS mampu mengimplikasikan hukum Islam dan menegakkan syiar yang dituntut oleh Islam?

Hadi Awang juga menipu seluruh rakyat negeri Terengganu dengan mengatakan mahu melaksanakan HUDUD sebelum ayam berkokok jika PAS berjaya menawan negeri tersebut. Dengan takdir tuhan, PAS telah berjaya mentadbir Terengganu namun Hadi memutarbelitkan kenyataan apabila mengatakan HUDUD cuma 0.00001% didalam perundangan Islam.

Semua ini telah menjelaskan perjuangan PAS yang sebenar. Sebenarnya pengikut mereka telah lama ditipu dengan retorik perjuangan negara Islam dan juga perlaksanaan HUDUD oleh para munafiqun didalam PAS.

Hari ini, PAS langsung tak mampu angkat muka apabila rakan sekutu mereka DAP menempelak agar PAS melupakan niat untuk menubuhkan negara Islam dan juga melaksanakan HUDUD selagi bersama dengan Pakatan Rakyat.

Malah, Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad juga akur dan menggesa semua pemimpin mereka supaya menghentikan perbalahan mengenai ura-ura hukum hudud akan dilaksanakan jika mereka membentuk kerajaan persekutuan.

Nik Aziz juga tak mampu bersuara apabila Karpal Singh membidasnya berkenaan hukuman HUDUD terhadap pesalah kes buang bayi. Dan Nik Aziz juga tak mampu berkata sepatahpun apabila nama Lim Guan Eng berkumandang didalam khutbah Jumaat dibacakan oleh khatib PAS.

Bagi Spy, ini semua merupakan satu signal bahawa perjuangan Islam PAS sudah sampai ke tarikh luputnya. PAS kini bukan lagi berkiblatkan Islam didalam hala tuju parti mereka, tetapi kini PAS telah bertuhankan DAP dan berkiblatkan Putrajaya semata-mata.

Maka, eloklah dibubarkan saja parti PAS itu demi menjaga maruah Islam dan imej Islam itu sendiri sebelum ia semakin teruk dirosakkan oleh tangan-tangan kotor didalam PAS yang kini telah “bertuhankan” DAP. Betul tak?


About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online