BREAKING NEWS

Inilah ajaran ulaRmak Nik Aziz. Bulan Ramadhan pun PAS masih nak berbohong?



Hingga ke hari ini, para pemimpin dan totok PAS telah membuat bermacam helah untuk melindungi dosa besar yang mereka lakukan apabila mendoakan kafir didalam Masjid dan juga sengaja merendahkan martabat Yang di Pertuan Agong untuk digantikan dengan Lim Guan Eng.

Untuk itu, mari kita bersama-sama lihat kronologi acara kencing beramai-ramai oleh pemimpin dan pembangang PAS & PR semua untuk cover line.....,

1) Pada mulanya, Lim Guan Eng, Malik Kassim, Mansor Othman, Mahfuz Omar, Mujahid Rawa dan Anwar Ibrahim cakap doa tersebut tak berlaku, itu semua adalah fitnah dari Zahid Hamidi dan juga UMNO.

2) Besoknya, ada jemaah di Masjid yang terbabit telah membuat laporan polis. Disertakan sekali dengan saksi dan tempat berlaku doa tu. Malah, khatib yang membacakan doa itu sendiri mengaku ada menyebut nama Lim Guan Eng dan meninggalkan nama Yang Di Pertuan Agong secara sengaja.

3) Apabila terkantoi dalam cubaan cover line yang pertama, pemimpin-pemimpin serta pengikut PAS yang buta perut telah mulakan agenda kencingan kali ke dua. Mereka dengan muka toya berkata, "oh, sebenarnya itu doa nak suruh guan eng masuk islam. Takkan itu pun salah??"

4) Tak cukup dengan itu, blogger-blogger bangang PAS secara sukarela menyumbangkan lagi kencing mereka untuk menambahkan lagi kemunafikan perjuangan PAS. Mereka dengan bangganya menyindir dengan berkata, orang UMNO tak paham bahasa arab, sebab itulah doa tersebut disalah ertikan.

5) Tetapi, kebenaran tetap muncul jua. Selang berapa jam selepas itu, keluar satu kenyataan dari saksi yang mengatakan doa tu berbunyi,

"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri"

6) PAS dah semakin tersepit. Kantung kencing mereka telah hampir kering kontang akibat terlampau banyak acara kencing yang dilakukan. Akhirnya, PAS mengungkit isu Solat Hajat untuk kemenangan BN di PRK Hulu Selangor. Padahal, tiada kena mengena pun diantara dua majlis tersebut kerana nama calon Hulu Selangor langsung tak disebut walau sepatahpun didalam doa solat hajat pada hari itu. Berbeza dengan khatib PAS yang secara terang menyebut nama Lim Guan Eng dan dia telah mengakuinya pun.

7) PAS masih tak berputus asa, kini mereka pula yang menabur fitnah apabila mengatakan bahawa UMNO sengaja melarang doa untuk Lim Guan Eng kerana takut jika cina melaka bekas banduan itu memeluk Islam. Ini kira dah titisan terakhir air kencing yang PAS mampu pancutkan. Sebab tu nampak sangat tak logiknya dan tak masuk di akal.

8) Dan semalam, Mufti Perlis dan juga Kedah telah mengeluarkan kenyataan bahawa mendoakan kesejahteraan untuk kafir adalah HARAM tambah-tambah jika ia dilakukan sewaktu solat Jumaat. Ramai pengikut-pengikut PAS berguling-guling dengan kenyataan tok mufti ini dan melabelkannya dengan agen UMNO.



Hingga ke saat ini pembohongan dan juga acara kencing beramai-ramai oleh PAS ini diteruskan biarpun hanya tinggal beberapa titis sahaja lagi bagi menghalalkan perbuatan kurafat mereka dengan berdoa untuk kafir didalam khutbah Jumaat.

Ini semua jelas membuktikan juga yang pemimpin serta penganut ajaran sesat PAS sanggup berbuat apa sahaja demi menghalalkan perbuatan mereka dan sanggup berbohong serta memfitnah bagi mengatasi pihak lawan.

Kesian sungguh pada pemimpin serta pengikut taksub PAS. Rupanya perjuangan mereka hanyalah sekadar kencing merata-rata sahaja....

Zack dah mengaku. Bukti akidah PAS memang menyeleweng.


Doa yang dibacakan Zakaria sewaktu khutbah kedua solat Jumaat Masjid Kubang Buaya, Bagan, berbuny..

"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri,"

Inikah doa yang dikatakan supaya Lim Guan Eng mendapat hidayah serta memeluk islam seperti yang diwar-warkan seluruh penganut ajaran sesat PAS?

Malah Zakaria sendiri mengesahkan dia selalu membaca khutbah yang mendoakan Lim Guan Eng sejak lebih 2 tahun lalu! Ini membuktikan bahawa Lim Guan Eng, Malik Kassim, Mansor Othman, Mujahid Rawa, Anwar Ibrahim, Mahfuz Omar dan seluruh barua-barua PAS serta blogger-blogger bangang mereka harus memohon maaf kepada Datuk Seri Zahid Hamidi kerana menuduh beliau membuat fitnah !!


Hari ini, Mufti Perak, Sahibul Samaah Tan Sri Harussani Zakaria telah membuat kenyataan menegaskan hukum orang Islam mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk orang bukan Islam adalah haram apatah lagi apabila ia dibaca di dalam khutbah Jumaat.

Beliau juga turut menegaskan bahawa perbuatan mendoakan supaya orang kafir memeluk Islam amat digalakkan agama Islam namun menggunakan pentas khutbah Jumaat untuk berdoa seperti itu dilarang agama.

Jadi, sekali lagi ditegaskan disini, seluruh penganut ajaran sesat politik PAS harus bertaubat kerana telah menyimpang dari garisan Islam yang sebenar akibat terlalu taksub kepada kafir seperti Lim Guan Eng.

Diharapkan, Nik Aziz yang menjadi kepala penyebar dakyah sesat wala' melampau ini boleh mengimamkan solat taubat nasuhah bagi seluruh jemaah PAS untuk memohon ampun kepada Allah taala diatas segala ketelanjuran mereka.

Semoga ada sinar cahaya di hujung terowong bagi penganut-penganut ajaran sesat PAS. InsyaAllah.


che wan (myKMU)

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online