BREAKING NEWS

Sogokan RM400 tak laku. Lim Guan Eng dimaki hamun oleh dua penjawat awam.



Usaha Lim Guan Eng untuk "merasuah" kakitangan awam negeri P.Pinang dengan wang RM 400 nampaknya tak memberikan hasil seperti yang Ketua Menteri bekas banduan ini harapkan.

Khalifah kaki pembohong ini mengharapkan sokongan padu dari seluruh penjawat awam dengan pemberian RM 400 tersebut, namun apa yang dia dapat hanyalah kata makian dan juga kutukan dari sebahagian kaki tangan awam itu sendiri.

Buktinya, Ketua Menteri rambut belah tepi ini dijerkah dan dimaki hamun oleh 2 orang penyokong kuat PAS kelmarin. Kejadian itu berlaku ketika Guan Eng dalam perjalan ke majlis berbuka puasa di masjid Kg Rawa Lintang. (lihat gambar di Pisau.net)

Sumber atas angin menyatakan, kedua-dua pemuda ini adalah merupakan PENJAWAT AWAM di negeri P.Pinang !

Arif Ibrahim dan Ramli Ahmad, ahli PAS kawasan Tanjung yang diberitakan berkerja didalam pentadbiran kerajaan negeri, hilang sabar terhadap Lim Guan Eng yang disifatkan tidak adil kepada penduduk Kampung melayu di P.Pinang terutamanya Kampung Jalan Pokok Assam.

Nasib baik ada pegawal peribadi kepada Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah ini berhampiran kawasan itu. Kalau tak, alamat berteraburanlah gigi si bekas banduan ini sebelum masuk waktu berbuka puasa pada hari tersebut dek penangan dua pemuda Melayu yang dah hilang sabar ini.

Nampaknya, sebelum ini tindakan Lim Guan Eng yang cuba "merasuah" warga emas dengan RM100 tak berhasil apabila Pak Ali bertindak menamparnya ketika di Parking lot bangunan KOMTAR.

Dan Father Joseph Lim Abdul Aziz ini juga tak berjaya juga didalam cubaannya kali ini untuk menarik sokongan penjawat awam dengan sogokan RM400 apabila hasilnya, dia dijerkah dan dimaki hamun oleh dua penjawat awam yang tak berpuas hati dengan tindakannya menindas bangsa melayu di P.Pinang.

Selepas ini, apa pulak agenda populis dan juga pembohongan yang bakal dibuat oleh musibat kiasu sorang ni.

Harap-harap, janganlah pulak akibat frust dimaki hamun oleh penduduk negeri P.Pinang, dia terjun dari tingkat 28 KOMTAR macam si TBH. Kalau nak terjun juga, buatlah nota pengakuan untuk memudahkan penyiasatan dibuat. Taklah perlu susah-susah nak tubuhkan Suruhanjaya DiRaja.

Edisi lawak!!! Wakil parti Penyokong Zina mahu adakan kempen Anti Zina ????


Pengerusi jawatankuasa tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Sumber Manusia Selangor Dr Halimah Ali dari PAS cuba buat lawak di bulan Ramadhan dengan memperkenalkan Kempen Anti Zina di negeri Selangor.

Bagi saya, kempen Anti Zina tu tak salah dan amat baik. Cuma jika ianya diadakan di negeri Selangor, ianya amat kurang sesuai kerana Selangor telah mempunyai "IKON ZINA" mereka sendiri iaitu Eli Wong.

Tambahan pula, parti Halimah Ali inilah juga yang sanggup menangis bersama-sama dengan "ratu bogel" Eli Wong sewaktu gambar bogelnya tersebar ke seluruh negara.

Jadi, layakkah Halimah Ali dari parti yang menyokong dan bersimpati kepada penzina dan pengamal seks bebas seperti Eli Wong menganjurkan kempen Anti Zina di Selangor? Ini barulah dinamakan "bagai ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan lurus".


Kononnya Halimah Ali mahu mengingatkan remaja supaya tidak lalai dan terjebak dalam gejala sosial termasuk sehingga terlanjur melakukan zina dan membuang bayi dengan Kempen Anti Zina ini. Tetapi bagaimana hendak menasihatkan remaja jika Halimah Ali sendiri bersekongkol dengan Eli Wong?

Apa yang saya nampak, walaupun kempen tersebut kelihatan bertujuan baik, namun Halimah Ali langsung tak layak untuk bercakap mengenainya. Ibarat pencuri yang cuba menasihatkan orang lain supaya jangan mencuri, begitulah yang cuba dilakukan oleh wakil wanita PAS ini.

Samsul Iskandar kurang ajar kepada Sultan Johor.


Samsul Iskandar @ sam ketot nampaknya amat marah apabila Polis bertindak menyiasat Anwar Ibrahim dan juga Chua Jui Meng didalam isu berkaitan kain rentang di Johor.

Mungkin bagi Samsul, Anwar yang merupakan idolanya amat maksum dan langsung tak pernah melakukan kesalahan. Sebab itulah didalam laman twitter nya, Samsul Iskandar telah mempertikaikan pihak Polis serta menyindir dengan pertanyaan sama ada Sultan Johor juga akan disiasat seperti Anwar.

Samsul Iskandar ternyata tidak menghormati baginda Sultan Johor apabila dia menyindir Polis dengan sebegitu rupa. Samsul Iskandar juga boleh disifatkan kurang ajar kerana masih mahu mengaitkan Sultan dengan politik haprak PKR di Johor.

Apakah Samsul Iskandar berasakan, jika Anwar disiasat oleh pihak Polis didalam isu kain rentang tersebut, maka Sultan Johor yang sebenarnya dimalukan oleh puak-puak PKR juga harus disiasat sekali?

Dan ini secara tak langsung mencerminkan bahawa Samsul Iskandar memang mahukan baginda Sultan Johor turut diheret didalam isu kain rentang provokasi ini.

Cara pemikiran Samsul Iskandar ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa PKR memang sebuah parti yang tak menghormati sesiapapun termasuklah Sultan-sultan melayu. Pemimpin dan penyokong PKR sanggup melakukan apa saja demi kepentingan politik mereka biarpun terpaksa derhaka kepada Sultan.

Mungkin didalam kes ini Samsul Iskandar beranggapan bahawa, tak salah untuk kurang ajar dan derhaka kepada Sultan Johor, asalkan jangan "derhaka" kepada Anwar Ibrahim !

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online