Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Musa Sheikh Fadzir menyalak lagi. Sekali dengar, bunyinya macam membela kaum Melayu-Bumiputera sangat-sangat. Namun hakikatnya, salakan itu hanya di hadapan media dan di dalam bilik berhawa dingin. Turun padang jauh sekali. KUNUN-KUNUNNYA marah sangatlah sebab kerajaan Lim Guan Eng robohkan gerai Melayu.
Masalahnya, UMNO tak muncul-muncul di tempat gerai Melayu dirobohkan. UMNO Pulau Pinang hanya bersuara setelah gerai dirobohkan. Biarpun para bloggers bagaikan memberi segala maklumat kepada UMNO Pulau Pinang, parti politik tersebut sekadar tidur nyenyak dan hanya terjaga apabila kepalanya kena pijak!!!
Suara UMNO Pulau Pinang dalam isu ini ibarat suara anjing menyalak bukit. Suara yang tidak memberikan sebarang hasil memandangkan UMNO Pulau Pinang masih berasa mereka menang dan penguasa sebenar Pulau Pinang. Sehingga setakat ini, UMNO Pulau Pinang sekadar bersorak dan berebut jawatan sesama sendiri tanpa melakukan sesuatu yang lebih besar untuk menarik Melayu Pulau Pinang menyokong mereka.
Sekali Ketua Penerangan berbunyi, tunggulah tujuh lapan bulan lagi sebelum ada suara dari UMNO Pulau Pinang lagi. Kalau ditanya setakat hari ini, sudah berapa ramai UMNO Pulau Pinang mendaftarkan pengundi-pengundi baru, rasa-rasanya jawapannya ramai yang sudah tahu.
UMNO Pulau Pinang seharusnya sedar, mereka sedang bersendirian. GERAKAN, MCA, MIC dan PPP lebih berpihak kepada DAP dan mereka hanya menunggu masa untuk menikam dari belakang sebelum bersatu saf dengan kepimpinan DAP. Dan seperti biasa, kerusi-kerusi yang berada di bawah penguasaan DAP tidak mencukupi untuk memerintah Pulau Pinang melainkan didatangkan kerusi-kerusi Melayu dari PKR dan PAS yang jumlahnya jauh lebih sedikit berbanding DAP tetapi sudah cukup untuk menjalankan pentadbiran.
Takkan UMNO Pulau Pinang hanya menyalak tanpa bekerja?
Ehsan TFK
p/s: worfffff...worfff....worfffff..... macam tu kot bunyi dia menyalak nuuu.... hehehehe...

