Pada malam pelancaran kutipan derma untuk Tabung Impian Rakyat Malaysia (TIRAM) bagi mengutip dana persediaan PAS menuju ke Putrajaya, salah satu agenda yang disusun pada bahagian akhir ialah lelongan Potret Nik Abdul Aziz Nik Mat, iaitu 2 jenis potret yang disenangi dan sebuah lagi lukisan kartun Zunar yang antaranya membawa elemen digeruni. Kesemua pendapatan dari harga lelongan didermakan kepada TIRAM.
Lelongan bermula dengan lukisan Zunar yang menurutnya sejak 24 Jun 2010 kartun-kartunnya diharamkan oleh Kerajaan Malaysia. Tetapi menurut Zunar, ``Walaupun diharamkan dia tetap akan melukis hingga ke titisan dakwat terakhir.`` Menurut Zunar lagi, ``Inilah sejarah terawal sebuah kerajaan mengharamkan kartun, tetapi tidak mengharamkan judi !``
Lelongan terawal ialah kartun Zunar:
Pada lukisannya terakam ungkapan:
Tun Razak Takut Komunis
(Sebab itu Tun Razak Haramkan Komunis)
Najib Razak Takut Kartunis
(Sebab itu Najib Razak Haramkan Kartunis)
Pembidaan bermula dari serendah RM500 dan meningkat hingga ke puncak RM1,500.
Pembidaan kedua Potret Nik Aziz yang sedang berdoa yang diberi nama:
'Doa Syahdu, Potret Tok Guru'
Pembidaan juga bermula dari RM500/=dan meningkat ke kemuncak RM6,000/=
Potret Ketiga juga Potret Nik Aziz yang tersenyum yang diberi judul:
'Seceria Suria Pagi – Potret Tok Guru'
Pembedaan juga bermula dari RM500/= dan meningkat hingga RM3,000/=.
p/s: TIRAM = TI- Tipu, RA- Rakyat, M- Malaysia


