BREAKING NEWS

Anwar Arahkan DAP Roboh Gerai Melayu Di Pulau Pinang



Hari ni kawan mamu hantar sms,katanya kelmarin Anwar berada di Pulau Pinang menghadiri beberapa siri jelajah ke seluruh negeri dan menyertai beberapa majlis.

Anwar dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berucap ketika majlis penyerahan bantuan kepada fakir miskin dan ahli khariah masjid.

Dalam majlis tersebut semasa ucapannya Anwar dalam nada yang serius telah berkata tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang merobohkan gerai gerai orang melayu ada salah satu tindakan yang bagus dan menepati sasaran CAT ,kerana hampir kesemuanya adalah gerai haram dan tidak memberi hasil kepada kerajaan negeri.

Justeru orang melayu harus mematuhi undang undang kerajaan tempatan jika mahu berniaga.

Beberapa orang hadirin kelihatan terkedu dengan kenyataan Anwar,lain yang diharap lain yang mereka dapat. Begitulah nasib jika punyai pemimpin yang talam dua muka dan sering kali putar belit.Anwar lebih membela tindakan kerajaan DAP daripada membela nasib orang melayu.

Anwar dilihat bagaikan hero dikalangan orang melayu yang kuat menyokong pakatan rakyat,tetapi kini dia lebih banyak menjuarai nasib bukan melayu. Secara tidak langsung segala janji beliau semasa PRK Permatang Pauh hanyalah satu pembohongan yang besar.

Amat malang sekali buat orang melayu Pulau Pinang kerana pemimpin mereka bermain kayu tiga kerana begitu gilakan kuasa hingga nasib melayu diperjudikan.


sumber: Mamu Chop Belon

Peniaga Melayu KOMTAR dihalau. Mana dia kononnya Pejuang melayu dan juga Penjaga Ketuanan Melayu ???



Seramai 23 peniaga melayu yang menjual pelbagai barangan di ruangan Konkos,Aras 3 dan Blok Podium KOMTAR telah dihalau keluar dari tapak perniagaan mereka. Memanglah kontrak mereka untuk menyewa tempat berkenaan sudah tamat, tetapi apa salahnya diteruskan memandangkan Hari Raya yang bakal tiba tak lama lagi.

Yang anehnya, golongan yang kena halau hanyalah peniaga Melayu manakala peniaga-peniaga berbangsa Cina yang menguasai sebahagian besar daripada kompleks perniagaan KOMTAR, tidak pula terjejas.

Walaupun satu tapak baru di Times Square iaitu sebuah shopping complex yang baru dan agak jauh dari KOMTAR ditawarkan sebagai tempat ganti, ianya umpama perangkap untuk meruntuhkan perniagaan mereka. Ini kerana tempat tersebut kurang strategik dan tak ramai pengunjung berbanding di KOMTAR.

Didalam isu ini, jangan nak diharapkan PAS atau PKR datang nak bantu nasib peniaga-peniaga melayu ini. Puak PAS dan PKR memang dah terbukti haprak dan memualkan setelah mereka bertukar menjadi anjing kepada DAP. Apa lagi yang boleh dibuktikan oleh mereka selain dari menyalak menjaga pintu kerajaan DAP.

Ada juga ura-ura untuk meminta bantuan dari Dr Mansor yang merupakan TKM 1 memandangkan dia seorang melayu berpangkat paling tinggi dalam negeri. Tetapi percayalah, Dr Mansor hanya barua pencacai sahaja kepada Lim Guan Eng. Hidungnya dah dicucuk dan telornya telah dipicit oleh zionis DAP.

Yang menghairankan disini, dimana pihak yang mengaku para pejuang bangsa melayu dan juga penjaga Ketuanan Melayu bercap Keris di P.Pinang??? Masih lagikah pemimpin-pemimpin melayu cap Keris ini dihinggapi sindrom 'tidor mampos' sampai tak sedar anak bangsa mereka sedang ditindas??

Inilah masanya untuk buat kerja. Kamu semua bukan lagi pemerintah di bumi P.Pinang yang hanya cukup sekadar buat program syok sendiri dan juga majlis yang dihadiri sesama ahli bagi memenuhi KPI bahagian.

Cukup-cukuplah dengan politik gotong royong dan juga politik makan kenduri yang diamalkan selama ini. Apabila sudah bergelar pembangkang di negeri sendiri, buatlah cara dan kerja sebagai pembangkang yang efisyen dan berkredibiliti !

Jangan hanya dok boria sana, boria sini sambil melagukan dendangan Hidup Melayu tapi menutup mata terhadap segala penindasan yang terjadi kepada masyarakat melayu di kampung halaman sendiri !!!

Siapa bakal jadi pemimpin melayu/Islam yang paling HAPRAK ????



Siapa yang patut dipersalahkan jika Chua Soi Lek kata "Kita perhatikan Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu. Kita timbulkan isu ini bagi membolehkan masyarakat Cina berfikir mengenainya,”


"Jangan optimistik bahawa jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Perlu diingat ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam,” katanya pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star. .

Chua berkata di bawah pemerintahan PAS, generasi muda tidak akan mempeduli untuk mempelajari impak ke atas negara yang mungkin menjejaskan keadaan sosial dan pembangunan ekonomi negara.

Mengapa seorang pemimpin bukan Islam begitu berani menyentuh soal pendekatan Islam dan juga siyasah syariah iaitu politik Islam disebuah negara yang dilabelkan sebagai negara Islam?

Mengapa Islam dilabel sampai sebegitu rupa oleh pemimpin bukan Islam di negara ini? Dan begitu buruk sekali pandangan mereka terhadap negara Islam dan juga kerajaan Islam.

Pas memang dari dulu lagi guna agama untuk kepentingan politik. Siapa berani nak menafikan fakta ini? Bagi Pas kononnya dasar mereka ialah Islam yang tak mengasingkan agama dan politik. Kononnya Pas tidak amalkan politik suku agama suku.

PAS bukannya berpolitik berlandaskan hukum yang digariskan didalam agama tetapi PAS mempolitilkkan agama itu sendiri.

Secara tanpa sedar, PAS telah memburukkan imej Islam itu sendiri apabila mereka melaung-laungkan retorik perjuangan menegakkan negara Islam dan juga hukum hudud tetapi niat sebenar mereka adalah sebaliknya.

Buktinya, Hj Hadi yang diberi peluang memerintah Terengganu sebelum ini sebagai Menteri Besar, langsung tak mampu membentangkan draf Hudud dan Qisas yang dijanjikannya. Begitu juga dengan Nik Aziz yang telah berakar sekian lama di Kelantan, masih lagi belum nampak tanda-tanda kehebatan pemerintahan Islam di negeri tersebut. Yang buruk tu banyaklah.

Chua Soi Lek telah mengambil rujukan orang Islam untuk serang parti politik yang kononnya jadikan agama sebagai dasar perjuangan mereka. Mengapa jadi begitu? Jika PAS telah menunjukkan hasil dari apa yang diwar-warkan mereka selama ini, semua persepsi buruk terhadap Islam pasti tak akan timbul.

Chua lepaskan peluru yang dibekalkan orang Islam sendiri untuk hentam umat Islam. Adakah Chua berkata demikian untuk tarik kembali hati masyarakat Cina yang menolak MCA sebuah parti perkauman yang bersekutu dengan Umno dan BN?

Memang kenyataan Chua adalah untuk menarik sokongan masyarakat cina, tetapi mengapa isu Islam yang ditimbulkan? Kempen DAP pada PRU12 lalu juga memainkan isu yang sama iaitu isu melayu UMNO. Dan mereka berjaya merampas P.Pinang hanya dengan isu tersebut.

Ini semua membuktikan bahawa melayu dan Islam tidak lagi dipandang oleh kaum bukan melayu didalam negara ini. Melayu dan Islam bukan lagi elit di Tanah Melayu pada mata kaum pendatang ini semua sepertimana sewaktu awal selepas kemerdekaan.

Melayu dan Islam kini berpecah belah hanya kerana pegangan politik. Sehingga sekarang, tiada apa yang dilihat dapat menyatukan secara kukuh bangsa melayu/islam yang semakin diserap ideologi politik haprak ciptaan pemimpin-pemimpin atasan parti masing-masing.

UMNO?? Kebanyakan pemimpin parti melayu terbesar ini masih tidur lagi tanpa mahu bangkit walaupun dikejutkan dengan kehilangan 5 negeri pada PRU12 lalu.

PKR?? Pemimpin melayunya hanya gilakan kuasa tanpa berfikir sesaat pun soal bangsa dan rakyat, dan PAS??? Seperti yang kita sedia maklum, pemimpin mereka sibuk menjadikan agama sebagai modal mereka didalam kegiatan "pelacuran' politik negara.

Ideologi pentingkan kuasa dan kedudukan tanpa memikirkan sumbangan kepada pembinaan bangsa,agama dan negara oleh pemimpin-pemimpin atasan parti-parti melayu inilah yang menjadikan Islam itu semakin lemah dan melayu itu semakin haprak dimata kaum pendatang!

Semua pemimpin parti politik ini berasa diri mereka elit dan juga kuasa mereka tak terbatas terhadap rakyat. Mereka tak sedar sebenarnya mereka itu adalah kuli kepada rakyat yang diupah untuk berkhidmat memajukan bangsa, agama dan tanahair !!!

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online