BREAKING NEWS

Lawatan ke kilang arak..., PAS kata walharammu, walhalalku..




Suatu ketika dulu begitu cepat dituduh tidak beriman dan juga dikatakan tidak islam didalam lidah rasmi bercabang PAS iaitu Harakah apabila ada orang islam yang melawat ke kilang Arak... (klik gambar untuk paparan jelas)




Kini selepas ularmak-ularmak PAS menerima wahyu baru daripada Father Joseph Lim Abdul Aziz dan juga Brother Aaron Anwar Abraham, tiada lagi halangan untuk muslim melawat ke kilang arak. Tapi dengan syarat, dia mesti masuk agama PAS terlebih dahulu !!


Inilah ajaran sesat yang dibawa oleh parti yang suka melacurkan islam ini. Bagi totok-totok PAS, mereka berpegang teguh dengan prinsip walharammu, walhalalku iaitu haram bagi orang bukan ahli PAS buat tetapi halal bagi seluruh ahli dan penyokong PAS.

Sebab tu lah Nik Aziz sanggup mengampunkan dosa Eli Lenjan yang menayangkan anu celah kangkangnya keseluruh Tanah Melayu. Bagi Tok Garu ini, semuanya akan terampun semudah ABC jika menganut ajaran agama PAS.

Take Beerrrrrr !!!!!!

Edisi Terjah !!! Lawatan Khalid ke kilang arak utk mengutip dana pilihanraya?


Khalid Samad yang amat terkenal dengan pro gerejanya telah kembali dengan kontroversi baru apabila melakukan lawatan sambil belajar ke Kilang Carlsberg di Shah Alam.

Apa yang menarik ialah, Khalid telah berjaya mencatat sejarah menjadi wakil rakyat yang pertama melawat kilang berkenaan sejak lebih 30 tahun ianya ditubuhkan. Khalid juga menjadi wakil PAS yang pertama yang mesra kilang arak di negara ini.

Tindakan Khalid gereja mengunjungi Kilang Arak ini telah membuatkan seluruh totok-totok PAS di seluruh negara lari bertempiaran sambil menutup muka tak hensem masing-masing akibat malu yang tak tertahan.

Blog-blog pro Pakatan juga senyap sunyi bagaikan dilanda garuda dek penangan kontroversi baru Khalid ini. Cuba bayangkan jika Hasan Ali yang melawat kilang Carlsberg ini, pasti riuh rendah goBlog Pakatan memainkan isu tersebut.

Di khabarkan, Nik Aziz juga terpaksa diberi rawatan CPR akibat tercekik budu apabila diberitahu bahawa Khalid Samad bergambar didalam kilang arak tersebut sewaktu dia sedang makan tengah hari kelmarin.

Hadi Awang juga diberitakan telah koma 10 minit sewaktu menjala di Pantai Rusilla akibat terlampau terkejut mendengarkan keberanian Khalid Samad mengharumkan nama PAS di arena politik negara dengan menjalinkan hubungan intim bersama tauke kilang tersebut.

Tetapi, suara rasmi PAS iaitu Haprakah cuba menutup isu ini dengan mengatakan bahawa tindakan Khalid tersebut ialah di atas keputusan peribadinya sendiri. Ia langsung tiada kena mengena dengan PAS ataupun yang sewaktu dengannya.

Namun, ada sumber atas angin yang memberitahu bahawa kunjungan ke Kilang Arak tersebut adalah bersangkut paut dengan projek baru PAS dan Pakatan iaitu kutipan derma yang dinamakan Tabung Impian Rakyat (TIRAM) bernilai RM 20 juta bagi mempersiapkan mereka ke Putrajaya selepas PRU13 nanti.

Majlis kutipan derma TIRAM ini akan dirasmikan oleh Nik Aziz di Stadium Malawati dan derma akan dikutip melalui sumbangan tempahan meja makan malam.

Mungkinkah kunjungan Khalid Samad akan berjaya membuatkan tauke Kilang Arak tersebut bermurah hati menyumbangkan dana bernilai RM juta-juta melalui tempahan meja di majlis tersebut untuk PAS dan Pakatan ?

Wallahualam.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online