BREAKING NEWS

Edisi Rasis !!! DAP berbangga dgn runtuhnya benteng perkauman melayu Pakatan.



Lim Hock Seng yang merupakan ADUN Bagan Jermal dari parti DAP telah membuat kenyataan bahawa pencapaian terbesar Pakatan adalah meruntuhkan benteng perkauman di dalam negara. Kenyataan ini dikeluarkankan oleh ADUN DAP ini semasa ucapannya di Bertam, Kepala Batas pada 1hb Ogos 2010.

Apa yang kita boleh fahami dari kenyataan Lim Hock Seng ini ialah gabungan diantara DAP, PKR serta PAS telah menyebabkan tiada lagi jurang perkauman dan juga sentimen rasis diantara kaum bukan melayu dan bangsa melayu itu sendiri.

Tetapi persoalannya, benarkah apa yang diperkatakan oleh ADUN Bagan Jermal ini?

Disaat pemimpin-pemimpin cina DAP dan PKR mengandaikan bahawa melayu yang menyokong Pakatan tidak lagi mengamalkan sentimen perkauman, kaum mereka pula sibuk mengatur strategi untuk mengaut sebanyak mungkin kekayaan didalam negara ini tanpa mengira tindakan mereka itu sebenarnya telah menindas bangsa melayu didalam negara.

Lihat sahaja di P.Pinang dan Selangor. Parasit-parasit ini begitu sibuk menjalankan agenda penjajahan mereka tanpa peduli kepada undang-undang serta peradaban manusia.

Jika inilah yang dimaksudkan Lim Hock Seng dengan meruntuhkan benteng perkauman yang dilakukan oleh gerombolan Pakatan, maka ia sebenarnya seperti memberikan lesen besar kepada kaum DAP untuk memandang rendah kepada orang-orang melayu dan juga merampas hak keistimewaan bangsa melayu di Tanah Melayu ini !

Ini menyerlahkan tujuan sebenar Tony Pua yang mahukan diskaun kepada bumiputra didalam pemilikan haratanah dimansuhkan. Begitu juga dengan gesaan Nga Kor Meng supaya subsidi pelajaran orang melayu dihapuskan serta tindakan DAP yang mahukan wilayah autonomi kepada P.Pinang diberikan.

Sedangkan, kaum cina masih tak tergugat hak untuk meneruskan persekolahan aliran jenis kaum masing-masing disaat pemimpin mereka mempersoalkan hak biasiswa orang melayu. Mereka juga tak dinafikan mengamalkan tradisi anutan nenek moyang mereka biarpun banyak pemimpin DAP mempertikaikan tentang Islam dan kedudukan Raja-raja Melayu.

Inilah sebab DAP, PKR dan PAS sangat mahukan semangat cintakan bangsa, perkauman atau kebangsaan dihapuskan khususnya pada bangsa melayu.

Dengan runtuhnya benteng perkauman orang melayu penyokong Pakatan, bermakna mereka merelakan hak keistimewaan dan juga maruah jati diri melayu mereka ditindas serta dipijak sesuka hati oleh kaum pendatang !!!

Lim Guan Eng...., Pak Ali bukanlah siapa-siapa...



Pak Ali bukanlah ahli mana-mana parti politik sejak dari zaman Tunku menjadi Perdana Menteri pertama di Tanah Melayu ini. Pak Ali cuma seorang melayu yang sayangkan tanah airnya dan juga prihatin tentang nasib generasi anak cucunya.

Pak Ali bukan juga pengikut atau kroni mana-mana politikus usang yang masih berpaksikan order baru mengkayakan perut serta tembolok sendiri. Pak Ali hanya seorang melayu yang sederhana tetapi terguris hatinya melihat penjajahan baru di Tanah Melayu.

Pak Ali juga bukan dari mana-mana NGO haprak yang bertopengkan hak melayu sejak dari zaman Tanah Melayu mula merdeka. Pak Ali cuma seorang individu kampung yang didalam dirinya mengalir darah melayu sejati dan jiwanya penuh dengan semangat cintakan bangsa serta ibu pertiwi.

Salahkah Pak Ali jika beliau tak dapat menahan sesak marah yang bersarang didada apabila melihat anak-anak melayu ditindas dan dihambat oleh kaum pendatang hanya semata-mata kerana melayu itu mahu mencari rezeki dibuminya sendiri?

Salahkah Pak Ali apabila beliau tak dapat membendung keperitan jiwa melayunya, apabila melihat sendiri bagaimana tanah-tanah kampung serta warisan nostalgia milik anak bangsanya direnggut satu persatu, oleh kaum yang nenek moyangnya pernah menjadi penarik lancha di Tanah Melayu?

Jika mempertahankan maruah melayu itu merupakan satu kesalahan, maka salahlah Pak Ali yang bangkit membuka dada menjadi penampan maruah bangsa dihadapan saki baki komunis yang semakin rakus bermaharajalela tanpa kawalan.

Jika memperjuangkan hak generasi anak cucu masa depan itu juga satu kesalahan, maka salah jugalah tindakan Pak Ali yang bangun berhadapan dengan permainan gampang konspirator kaum pendatang yang bertanggung jawab menggugat naluri kebapaannya.

Pak Ali bukanlah siapa-siapa. Pak Ali juga bukan berkepentingan apa-apa. Tetapi hari ini Pak Ali akan dikenang sebagai seorang melayu tua yang bingkas bangun untuk berjuang demi survival anak bangsanya di Pulau Mutiara.

Pak Ali juga membuktikan bahawa jiwa merdekanya masih utuh dan kukuh sepertimana hari pertama laungan keramat "MERDHEKA" oleh Tunku berkumandang di Tanah Melayu !

Terima kasih di atas inspirasi dan juga suntikan semangat dari Pak Ali. Langkah yang Pak Ali mulakan akan kami pastikan berterusan. Patah sayap bertongkatkan paruh, biar gunung setinggi mana akan kami terus dan kami daki jua" !

Hidup Melayu !!!




p/s: Siapakah Pak Ali, Pak Ali bukan siapa-siapa cuma seorang melayu tua yang berani menampar Ketua Menteri. (baca DISINI)

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online