Apabila Dato Hassan Ali mengakui yang belliau telah berjumpa Dato Mufti Perak bagi membincangkan hal-hal berkaitan dengan masyarakat Islam dan juga hal ehwal Islam, ianya telah menimbulkan cacian dan makian oleh pengikut-pengikut PAS.
Manakala, ancaman dan juga pelbagai kecaman dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin PAS kepada Hassan Ali yang dilabelkan sebagai ejen kepada UMNO bagi memusnahkan PAS dari dalam.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga telah mencadangkan bahawa pemimpin PAS yang cenderung kearah kerjasama dengan UMNO, harus dipecat dari PAS. Kenyataan Khalid ini dipercayai ditujukan khas untuk Hassan Ali yang memang selama ini merupakan musuh ketatnya.
Apa yang menghairankan, apabila seorang pemimpin yang diangkat menjadi Ketua didalam Pakatan Haram telah pergi sujud kepada Yahudi didalam isu Israel, tiada siapa pun yang marah dan juga mengecamnya.
Malah lebih teruk, para pengikut PAS memuji tindakannya bertemu dengan pemimpin zionis Israel dan juga membayar temuramah dengan CNN bagi memujuk pihak Yahudi didalam isu kecamannya terhadap Israel.
Inilah sikap munafik dan juga tak adil yang diamalkan di dalam PAS. Bertemu seorang Mufti bagi membincangkan hal ehwal Islam dianggap salah hingga ada pihak yang mengharamkannya kerana perezaan ideologi politik.
Tetapi berpeluk dan bersekongkol dengan Yahudi dan Israel seperti Anwar Ibrahim tak pula menjadi kesalahan malah ianya disanjung kononnya tindakan Anwar ialah bagi menerangkan tentang Islam kepada pihak zionis tersebut.
Lihatlah betapa jumudnya pemikiran pemimpin dan juga pengikut-pengikut PAS. Mufti dihina dengan pelbagai gelaran seperti pembohong dan juga pengkhianat, tetapi ejen Yahudi seperti Anwar diangkat tarafnya seumpama wali besar.
Sebenarnya sejak PAS berjinak-jinak dengan kafir harbi seperti DAP, mereka tak lagi tahu membezakan halal haram sesuatu hal. Sebab itulah mereka tak marah dan melenting apabila Anwar bersujud kepada Yahudi di barat.
PAS dari dulu lagi bukan memperjuangkan Islam dan juga penubuhan negara Islam. Mereka hanya memperjuangkan periuk nasi serta tembolok mereka sendiri.
Selepas mereka menjadi pro komunis apabila bersekongkol dengan DAP di dalam gabungan Pakatan Haram, kini mereka juga telah menjadi pro yahudi apabila menyokong seorang ejen Yahudi seperti Anwar.








