KUALA LUMPUR, 22 Julai: PAS menyeru kepada rakyat negara ini agar menyertai mereka sebagai parti Islam terbesar di negara ini yang memperjuangkan Islam dan membawa mesej Islam sejak ditubuhkan sebelum merdeka pada tahun 1951 lagi.
- Idris Ahmad (Ketua Penerangan PAS Pusat.
Apabila Idris Ahmad mengeluarkan kenyataan PAS merupakan parti Islam terbesar dalam negara, secara tak langsung Ketua Penerangan PAS ini menggambarkan bahawa UMNO ialah bukan Islam! Ayat kasarnya ialah UMNO parti KAFIR !
Dengan dakwaan terbaru Idris Ahmad ini, apakah dia mahu mempertikaikan keimanan dan juga keIslaman seluruh ahli-ahli UMNO yang berjumlah lebih kurang 3 juta itu? Apakah Idris Ahmad telah diberi Mukjizat dapat menilai keIslaman seseorang itu oleh Wali Selipar Nik Aziz?
Jumlah ahli-ahli PAS hanyalah lebih 1 juta tak termasuk syaitan-syaitan yang mereka jadikan sahabat. Ini adalah satu pertiga daripada jumlah keseluruhan ahli-ahli UMNO yang berbangsa Melayu dan ISLAM.
Jadi, apa rasional untuk ahli politik kaldai DAP seperti Idris Ahmad ini mengatakan bahawa PAS itu layak diiktiraf sebagai parti Islam Terbesar? Motif Idris Ahmad tak lain hanya semata-mata mahu mengatakan bahawa UMNO itu adalah KAFIR dan tak layak digelar Islam !
Inilah yang Dato Shafie Apdal maksudkan dengan menyatakan bahawa PAS adalah parti SESAT. Pemimpin-pemimpin politik PAS sewenang-wenangnya menuduh orang muslim lain sebagai bukan Islam demi kepentingan politik haprak mereka.
Kenyataan Idris Ahmad ini membuktikan bahawa penyelewengan aqidah telah berleluasa didalam PAS. Mereka semakin jauh dari ajaran Islam yang sebenar demi tamakkan kuasa serta kedudukan didalam politik.
Inilah akibatnya apabila Al Quran dan hadis tidak lagi dijadikan sandaran, sebaliknya ularmak-ularmak kangkong PAS lebih rela berkiblatkan kafir DAP didalam perjuangan !






