BREAKING NEWS

Yang UMNO masih belum buat.., BUNUH Anwar ! - Saifuddin



Hanya semata-mata kerana mahu menarik simpati rakyat, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution telah membuat membuat dakwaan bahawa Anwar akan ditimpa pelbagai lagi serangan yang dahsyat dari UMNO bagi menamatkan riwayat politiknya.

Kata Saifuddin lagi, kini telah terdapat banyak cubaan untuk menghancurkan Anwar yang dirancang oleh kerajaan UMNO termasuklah kes Homoseksual, Kronisme dan juga tuduhan menjadi agen CIA-Yahudi. Cuma yang masih belum dibuat opleh UMNO ialah, membunuh Anwar !

Beginilah keadaan pemikiran seorang individu yang penuh hasad dengki seperti Saifuddin ini. Dia sanggup melakukan apa saja bagi untuk memperbaiki imej bos nya yang semakin parah.

Biarpun Saifuddin terpaksa memfitnah dan membuat cerita yang bukan-bukan terhadap UMNO, ini tidak menjadi suatu "dosa" baginya kerana memang inilah amalannnya sebelum ini.

Apa lagi yang cuba hendak dinafikan oleh Saifuddin? Tuduhan Homoseksual terhadap Anwar bukannya dibuat oleh pemimpin tertinggi UMNO tetapi dibuat dengan kerelaan Saiful Bukhari yang merupakan bekas pembantu sulit Anwar sendiri.

Saiful juga sanggup bersumpah muhabbalah sedangkan Anwar enggan kerana menyifatkan sumpah dengan nama Allah itu tidak penting !

Kronisme dan juga Nepotisme memang sudah sebati dengan Anwar sewaktu dia masih di dalam UMNO lagi. Ramai yang mengetahui tentang perangai Anwar yang satu ini. Tak payahlah Saifuddin berpura-pura tak tahu hanya semata-mata mahu membodek bos. Agak-agaklah sikit kalau ya pun nak memenuhkan KPI mengampu.

Dan, tetang dakwaan Anwar menjadi AGEN CIA-Yahudi, tuduhan ini dibuat oleh beberapa pihak di Amerika termasuklah penulis blog di sana.

Lagipun Anwar sendiri yang membuktikan dirinya benar-benar pencacai Yahudi apabila membuat Apologies Tour bagi memohon keampunan diatas keterlanjurannya memaki hamun Israel sewaktu demonstrasi protes kekejaman Israel di Ibu Negara.



Lebih menarik lagi, Anwar telah menyatakan kepada pemimpin-pemimpin Yahudi di barat bahawa tindakannya memaki hamun Israel tersebut hanyalah lakonan semata-mata bagi mendapatkan sokongan politik dari masyarakat Islam di negara ini kepadanya.

Sebenarnya, Saifuddin tak perlulah membuang masa dengan memuji-muji kebaikan Anwar yang kononnya cuba diselindung oleh UMNO dan Kerajaan Barisan nasional. Saifuddin juga tak perlu merendahkan tahap pemikiran rakyat Malaysia dengan menimbulkan pelbagai fitnah terhadap UMNO.

Rakyat negara ini kini semakin rasional dan langsung tak boleh menerima dakwaan tanpa asas seperti yang dibuat oleh Saifuddin ini. Rakyat juga takkan terpengaruh dengan segala cerita-cerita baik Anwar kerana tembelangnya kini semakin terdedah di depan mata lengkap dengan bukti-buktinya sekali.

Yang panik dan gelabah sekarang ini ialah pemimpin-pemimpin Pakatan Haram. Populariti Anwar dikalangan rakyat semakin merudum dan imejnya yang diwar-warkan sebagai pemimpin agung juga semakin hancur.

Kini, hanya menunggu masanya sahaja untuk karier politik Anwar Ibrahim terkubur bersama impian serta angan-angannya untuk menjadi Perdana menteri !


Ehsan PakLong myKMU

Bekas duta Amerika yakin Anwar akan dipenjara semula.



Sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah atas tuduhan meliwat, adakah beliau akan dinafikan peluang ikat jamin dan terus dihumban ke penjara?

Senario itu dikemukakan oleh bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott, melalui rencana pengarangnya yang disiarkan di The Wall Street Journal – akhbar yang paling tinggi edarannya di Amerika, semalam.

“Ketika melawat Malaysia bulan lalu, adalah jelas bukan sahaja bagi Anwar tetapi juga pemerhati lain bahawa mereka menjangkakan keputusan bersalah pada Ogos nanti,” tulis Malott.

Menurut Malott adalah mustahil bagi Anwar bagi menang pada perbicaraan itu, lebuh-lebih lagi apabila bukti-bukti penting kes itu dinafikankepada peguamnya. Malah, media-media yang dikuasai kerajaan telah juga menghukumnya dengan mendapati beliau 'bersalah' dalam laporan mereka.

MalaysiaKini



Apa lagi yang mampu diharapkan oleh pengikut Pakatan Haram kepada Anwar jika pihak barat sendiri pun yakin bahawa Anwar akan didapati bersalah didalam kes liwatnya nanti?

Bekas duta Amerika sendiri menyatakan keyakinan bahawa Anwar akan didapati bersalah dan dihukum. Anwar juga akan hilang kuasa politiknya dan bakal meringkuk dalam penjara buat kali kedua.

Ini bukan cobaannn, ini betul-betul bekas duta Amerika yang cakap !

Nampaknya angan-angan pengikut-pengikut Pakatan Haram yang mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri tak akan terlaksana. Impian Anwar untuk bertahta di Putrajaya juga nampaknya akan terkubur.

Diharap nanti, apabila Anwar merengkok di sebalik jeriji besi penjara..., sudilah kiranya pentaksub-pentaksub Anwar selama ini melawatnya. Jangan lupa bawa ole-ole dan jajan untuk Anwar.

Ini kerana, jika disabitkan bersalah, Anwar pastinya akan berada lamaaaaa di dalam penjara.

Penjawat Awam pula jadi sasaran Zionis DAP !!




Sebelum ini, peniaga-peniaga melayu ditindas dan dihalang berniaga, selepas itu kampung-kampung melayu pula menjadi mangsa. Kini, para penjawat awam melayu pula menjadi sasaran "kezaliman" zionis DAP di P.Pinang.

Pegawai Kemajuan Negeri P.Pinang (SDO), Nik Ali Nik Yunus mendakwa bahawa Lim Guan Eng telah menghina peribadinya dengan mengatakan dia tidak profesional, pengecut dan tidak kompeten serta patut berhenti dari menjadi penjawat awam.

Menurut Nik Ali, sebelum ini juga Lim Guan Eng pernah menggelar beliau sebagai little napoleon dan juga lidah biawak. Ini berikutan dari tuduhan Lim Guan Eng yang mengatakan bahawa Nik Ali terlibat dengan isu curi pasir tanah milik Kerajaan Persekutuan di Balik Pulau. (baca DISINI)

Disini, jelas Ketua Menteri DAP ini berbohong dan cuba memfitnah pegawai kerajaan.

Apakah Lim Guan Eng tak tahu bahawa isu curi pasir tidak ada kena mengena dengan bidang tugas dan tanggungjawab SDO, sebaliknya ia bidang kuasa pihak berkuasa negeri, Pejabat Tanah dan Daerah dan ditangani bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri.

Seperti juga di Selangor, didalam isu kecurian pasir, Pejabat Tanah dan Daerah mempunyai kuasa penguatkuasaan, memantau dan mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menjalankan kegiatan itu sama ada di tanah persendirian, syarikat, kerajaan negeri atau Persekutuan.

Lim Guan Eng pasti tahu mengenai hal ini tetapi dia nampaknya sengaja mahu mengenakan pegawai melayu di dalam kerajaan negeri dengan membuat tuduhan membabi buta.



Nik Ali juga adalah dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, agensi yang memelihara kepentingan Kerajaan Persekutuan dalam memberikan kesejahteraan kepada rakyat Pulau Pinang.

Mungkin inilah faktor utama yang menyebabkan Lim Guan Eng dan DAP tak senang dengan kehadiran Nik Ali didalam kerajaan negeri.

Mungkin dengan adanya pegawai-pegawai melayu seperti Nik Ali, DAP tak bebas untuk melaksanakan agenda jahat mereka menyonglap segala harta negeri. Dan mungkin sebab itulah Lim Guan Eng dan kroninya dalam DAP bersungguh-sungguh mahu menyingkirkan Nik Ali.

Inilah perangai zionis DAP di P.Pinang yang terbukti ultra kiasu, chauvinist dan juga super racist !

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online