Akibat melawan Nik Aziz berkenaan pelaksanaan Hudud (Negara Islam), Karpal Singh terlantar di hospital dimakan sumpah Nik Aziz!
Itu baru Nik Aziz sumpah sikit je, kalau dia doakan pecah perut.., maunya ke kubur Karpal tu pergi.
Jadi, Anwar sebenarnya perlu marah kepada Nik Aziz kerana doakan bala kepada Karpal sampai Bai ni terlantar di Hospital. Sebab Nik Aziz lah semua blogger asyik maki hamun Anwar pasal kes mahkamahnya ditangguh lagi hari ini.
Lepas ni, sesiapa yang sengaja nak cari pasal dengan Nik Aziz perlu berhati-hati. Karpal yang "didadanya ada bulan" pun separuh koma disumpah oleh Wali Selipar ni, tambah pulak korang yang dada cuma ada bulu halus je.
Inilah bukti bahawa betapa berkatnya kata-kata Nik Aziz ! Inilah juga bukti bahawa memang benarlah karamah Nik Aziz yang pengikutnya puja selama ini. Karpal Singh yang "powerfull" itupun tersungkur akibat cuba melawan wali ke sembilan di nusantara itu.
Diharap Karpal cepat sembuh untuk meneruskan kes liwat Anwar yang dah lama tertangguh.
Satu peringatan kepada Karpal.., lepas ni jangan cuba-cuba nak lawan Tok Garu Nik lagi. Dulu masa belum dia diangkat jadi wali kesembilan nusantara, boleh lah kau lawan dia. Sekarang ni jangan gatal nak cuba laa.
Selipar jamban Tok Garu saja dah bawak berkat, inikan pulak doa bala dia. Nasib baik tak kojol terus.
Ini juga menjadi satu pengajaran kepada yang lain. Jangan sesekali cuba nak kutuk Wali Selipar. Tapi kalau nak maki atau carutkan, itu boleh sebab Tok Garu kata dulu Tuhan pun mencarut gak.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bersetuju menundakan perbicaraan kes liwat II yang membabitkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 2 Ogos ini. Ia berikutan prermohonan daripada peguam tertuduh berikutan peguam utama Anwar, - Karpah Singh diberi cuti sakit 15 hari akibat jangkitan paru-paru.
Karpal, 70, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor kini sedang berehat selepas dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 9 Julai lalu. Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata mahkamah membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh peguam Param Cumaraswamy.
"Ia berdasarkan jaminan dari Param bahawa kes itu akan diteruskan tanpa mengira sama ada Karpal akan hadir kemudian hari nanti,” katanya.
“Seorang daripada peguamnya mesti meneruskan jika diperlukan nanti.”
Malaysiakini
Asyik nak tangguh saja, sampai bila baru nak selesaikan kes? Masa nak buat "adegan minggir-minggir" dulu, tak pulak terfikir nak tangguh-tangguh. Masa tu semua nak cepat, maklumlah.., syok sudah mariiii...
Memang Anwar ni muka tak malu. Kalau orang lain, mesti tak sanggup keluar rumah bila dituduh main bontot. Tapi Anwar semacam seronok pulak jaja kisah kononnya difitnah liwat ke hulu ke hilir.
Kalau betul-betul tak bersalah, kenapa asyik nak tangguh saja? Kalau tak silap dah nak masuk dua tahun dan juga hampir 30 kali tangguh dah ni.
Anwar suruh pengikut dia laungkan slogan lawan tetap lawan. Tapi dia sendri laung Tangguh tetapppp tangguhhhhh !!!!
BUKIT MERTAJAM 18 Julai – Seramai 56 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Jalan Permatang Tinggi di sini bertindak keluar parti sekali gus membubarkan cawangan tersebut berkuat kuasa serta-merta.
Pada masa sama, semua mereka membuat keputusan menyertai UMNO dan borang keahlian diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Ramlan Ishak; Ketua UMNO Cawangan Permatang Tinggi, Saidin Ali; bekas Ketua PKR cawangan terbabit, Shafie Ali dan bekas Naib Ketua cawangan, Ismail Md. Ali.
Lebih 30 ahli cawangan yang keluar parti hadir ke Majlis Pembubaran PKR Ranting Jalan Permatang Tinggi dengan memakai kemeja T tertera ‘Selamat Tinggal PKR’ dan logo parti yang sudah retak di bahagian belakang.
Utusan
Ahli-ahli PKR di sini mengatakan mereka keluar parti kerana tak sanggup lagi melihat nasib rakyat terutama golongan Melayu di kawasan itu kini semakin diabaikan, malah sepanjang dua tahun ini kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk daripada PKR, Tan Hock Leong juga tidak kelihatan.
Menurut Shafie Ali, bekas Ketua PKR cawangan dan bekas Naib Ketua cawangan, Ismail Md. Ali.., semua janji-janji Anwar selama ini kosong sahaja begitu juga dengan janji wakil rakyat di situ. "Turun tengok orang susah yang sangat memerlukan bantuan juga buat seperti tak endah. Orang kampung ini juga tak kenal wakil rakyat sebab tak turun bercampur dengan kami", kata mereka.
"Peruntukan untuk orang Melayu yang rata-rata penduduk miskin di sini juga tak perlu cakaplah, memang dari dulu tak pernah ada, tak nampak pun sumbangannya di sini,” kata mereka lagi.
Inilah karenah pemimpin-pemimpin PKR yang hanya pandai menabur janji tetapi langsung tak tahu bagaimana nak berkhidmat untuk rakyat. Peruntukan yang sepatutnya di beri kepada rakyat, semuanya habis digunakan untuk membiayai Anwar Ibrahim berjalan ke sana sini termasuklah membuat "tour" memohon ampun maaf kepada Yahudi di Amerika.
Memang selayaknya Parti Keadilan Rakyat kini ditukar kepada Parti Kencing Rakyat kerana pemimpin-pemimpin mereka hanya tahu "mengencing" rakyat dengan janji-janji kosong mereka sahaja. Hari ini dah banyak ranting PKR dah patah, esok lusa tunggu batang pulak yang bakal tumbang !
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.